Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang Bolehkah Wanita Haid Pegang Al-Quran Secara Berlapik? Sebagai seorang kadang-kadang bekerja dan memegang al Quran, sering berlaku persoalan macam ini teruatama ketika sedang dala had. Mari sama-sama kita baca penjelasan dari Mufti WP.
Bolehkah Wanita Haid Pegang Al-Quran Secara Berlapik ?
Soalan:
Assalammualaikum, Adakah terdapat halangan bagi wanita haid memegang al-Quran secara berlapik? Mohon pencerahan SS Mufti.
Ringkasan Jawapan:
Wanita haid dilarang memegang mushaf al-Quran walaupun secara berlapik.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.
Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf berdasarkan dalil-dalil berikut:
Firman Allah SWT:
(٧٩) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: “Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79)
Surah al-Waqiah (78-79)
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:
لا يمسُّ القرآنَ إلَّا طاهرٌ
Maksudnya: “Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci”
Riwayat al-Tabarani
Seterusnya, maksud mushaf ialah nama bagi yang tertulis padanya kalam Allah SWT antara dua kulit.[1]
Hukum wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i:
مَسُّ الْمُصْحَف حَتَّى حَوَاشِيهِ وَمَا بَيْنَ سُطُورِهِ وَالْوَرَقِ الْبَيَاضِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ جِلْدِهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ الْمُتَّصِلِ بِهِ، وَيَحْرُمُ الْمَسُّ وَلَوْ بِحَائِلٍ، وَلَوْ كَانَ ثَخِينًا
“(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal “[2]
Begitu juga, haram menyentuh mushaf secara berlapik dengan kain perca :
“Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain. [3]
Kesimpulannya, mushaf al-Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang mengalami hadas dilarang membawa mahupun memegang mushaf walaupun secara berlapik dengan kain.
terima kasi untuk perkongsian ni mama! memang ingt boleh sentuh berlapik kalau tengah period
ReplyDeleteTerima kasih kongsi Adda..
ReplyDeleteAlhamdulillah!
ReplyDeleteTq sis atas perkongsian info..
Happy Weekend..
iya benar
ReplyDeletetidak suci ya dilarang memegang yang suci2
seperti alquran
Terima kasig atas perkongsian...akak pun dah tanya beberapa tahun lepas..memang x boleh...
ReplyDeletePerkongsian yang menarik.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. pernah juga buat, moga Allah ampunkan dosa saya
ReplyDeleteTerima kasih mama di atas perkongsian yang bermanfaat nie, yang kadang-kadang ada segelintir orang memandang remeh tentang perkara nie... Tapi bila dah ada penjelasan daripada pihak JAKIM, maka ianya perlu diambil berat tentang perkara nie..
ReplyDeleteterima kasih perkongsian dan info yang bermanfaat sekali
ReplyDeletegood sharing k.adda...
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan adda.. kalau yang tafsir boleh kan?
ReplyDeleteammi memang ambil pendekatan utk tak sentuh Al-Quran, Al-Quran bersekali tafsir sewaktu period...takut sangat
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiannya...
ReplyDeletezaman jahiliyah sy mmg penah buat. byk nyaaa dosaaaaaa
ReplyDeletezaman jahiliyah sy dulu mmg selalu buat.... allahuuu byk nya dosaaa
ReplyDelete