Dinner di SME Ardence Steamboat & Shellout Shah Alam Selangor

2 minggu lepas mak mertua mama ajak Dinner di SME Ardence Steamboat & Shellout Shah Alam. Terkejut juga mama sebab dia selalunya tak minta sangat steamboat2 ni. Rupanya dia saja nak belanja kitaorang.. Alahai ikutkan hati macam taknak makan malam-malam tu sebab tak berapa lapar, tapi mama turuti jugalah kesian dia sebab sehari sebelum tu dia ajak makan kat Madam Kwan tapi mama tak dapat ikut. 

Baca ni.. Grill & steamboat sini mama rekemen


Dinner di SME Ardence Steamboat & Shellout Shah Alam Selangor

Inilah antara makanan pilihan mama..

Sedang menggrill dan menyimboat.. habis rosak bahasa ku haha







Inilah antara menu di SME Ardence Steamboat & Shellout Shah Alam. Kalau tengok menunya takdelah sebanyak di kedai steamboat yang pernah mama pergi tapi ia nya mencukupi. Semua ada, seafood, kambing, ayam, sayur, noodles etc. Air panas, air sejuk  etc..

Kami ambil 2 dapur satu ambil sup biasa dan satu lagi sup tomyam. Kedua-dua sup ni ok. Sup biasa pun ok juga. Letak noodles pastu makan dgn grilled lamb/chicken sedap. Tempat makan di sini selesa dan luas juga di bahagian outdoor. Kedai nampak bersih dan pencahayaan pun terang. 


Ada aiskrim juga tapi memerlukan tenaga yang kuat nak korek aiskrim ni. beku macam batu haha..


Harga per pax di SME Ardence Steamboat & Shellout Shah Alam

Untuk dewasa RM30 dan kanak2 RM15. Anak yang tak bersekolah tak perlu bayar.

Puas menggrill dan menimboat. Habis la lemak-lemak ku, beranak pinak dia haha..


Maklumat SME Ardence Steamboat & Shellout Shah Alam




SME Ardence Steamboat & Shellout

Alamat: 41-G, Jalan Eco Ardence C U12/36C, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 5 petang - 12tgh malam (Isnin tutup)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. oh banyak sekali menu makanan yang tersedia

    ReplyDelete
  2. Sedapnya steamboat. Saya kalau datang tempat begini, mesti kosongkan perut dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya lebih suka pergi time lunch kak, malam makan x byk hihi

      Delete
  3. Baru makan bulan lepas..tapi nak cari steamboat lain plak...makan steamboat mcm ni puas..

    ReplyDelete
  4. Uishhhhh sedap2 terliur..
    Lama x makan steamboat ni..

    ReplyDelete
  5. Dekat dengan kampung saya ada bukak sebuah restoran sebegini. Saya pernah cuba sekali, dewasa RM30. Kanak- kanak tak ingat pula berapa. Oklah...sedap juga. Kedai ini ramai pelanggan khususnya di hujung minggu. Walaupun kedai di kampung saja namun tetap terkenal juga

    ReplyDelete
  6. menarik jugak tu kak, kira banyak jugak pilihannya kira murah la jugak kak. Dah lama tak makan stimboat atau grill gini ngn family

    ReplyDelete
  7. makan stimbot kena betul-betul lapar, baru puas. terliur pulak nengoknya

    ReplyDelete
  8. rasanya mana-mana kedai steamboat pun memang kena guna tenaga banyak kalau nak korek aiskrim tu haha

    ReplyDelete
  9. Murah! Tengok seleksi boleh tahan banyak.

    ReplyDelete
  10. banyaknyaaaa pilihannnn... dtg sini mesti kosongkan perut siap2 hehehe

    ReplyDelete
  11. menyimbot... hahaha asal aku baca macam pelik noo.. eh harga dia ok sgt la

    ReplyDelete
  12. Kak Sue sekeluarga memang suka steamboat nie Adda, kalau ke Shah Alam boleh lah cuba juga nanti..

    ReplyDelete
  13. mkn steamboat ni kalau ramai2 mmg syok😀

    ReplyDelete
  14. mak mertua ajak nak belanja, onzzz je k.adda..hehe...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post