Assalamaualaikum semua. Ini adalah schedule post mama. Kalau ikutkan mama sedang berada di Ipoh hari ini. Di hari Jumaat ini marilah kita sama-sama berdoa agar semua amalan kita dan keluarga serta kawan2 diterima, dihapuskan segala dosa dan masuk ke syurga tanpa hisab. Amin.. Topik yang mama nak share ni menarik pada mama kerana berkaitan dengan Hukum Wanita Haid Memandikan Jenazah. Mama sudah beberapa kali kutip pengalaman memandikan jenazah tapi kebetulan masa tu mama tak period. Jom kita sama-sama baca penjelasan fatwa dari Mufti WP ni.
Hukum Wanita Haid Memandikan Jenazah
Soalan: Assalammualaikum, Adakah boleh wanita yang sedang berhaid memandikan jenazah? Mohon pencerahan SS Mufti.
Ringkasan Jawapan:
Wanita yang sedang haid dibolehkan untuk memandikan jenazah.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.
Perkara yang perlu disegerakan selepas kematian ialah proses menguruskan jenazah seperti memandikan, mengkafankan, didirikan solat ke atas jenazah dan mengebumikannya yang merupakan kategori fardu kifayah. [1] Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَسْرِعُوا بِالْجِنَازَةِ فإنها إن تَكُ صالحة: فخير تُقَدِّمُونَهَا إليه. وإن تَكُ سِوى ذلك: فشرٌ تَضَعُونَهُ عن رِقَابِكُم
Maksudnya: “Segeralah kebumikan jenazah, apabila jenazah tersebut adalah jenazah yang baik maka kalian telah menyegerakannya kebaikan (kenikmatan). Apabila jenazah tersebut tidak seperti itu (jenazah yang buruk) maka kalian (segera) meletakkan keburukan tersebut daripada kamu semua.”
Riwayat Bukhari (1315)
Perintah memandikan jenazah berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA.huma telah berkata:
اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
Maksudnya: “Mandikanlah dia dengan air yang dicampur dengan daun bidara”
Riwayat al-Bukhari (1267)
Antara syarat tukang memandikan jenazah mempunyai ciri-ciri amanah iaitu seorang yang tidak menyebarkan aib si mati dan haram menyebutnya keburukannya melainkan keperluan. Namun, sekiranya melihat yang baik dari si mati, maka tukang mandi jenazah perlu menyebut-nyebut perkara yang baik.[2]
Seterusnya, tiada halangan bagi orang berjunub mahupun orang yang sedang berhaid memandikan jenazah, imam al-Nawawi menjelaskan perkara ini di dalam kitabnya, Minhaj al-Tolibin:
ويغسل الجنب والحائض الميت بلا كراهة
“Orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid tidak makruh memandikan jenazah,”[3]
Kesimpulannya, tiada larangan bagi mereka yang dalam keadaan junub mahupun sedang haid untuk memandikan jenazah. Yang lebih penting, seorang yang ditugaskan untuk memandikan jenazah perlu mempunyai sikap amanah tanpa menyebarkan aib si mati sekiranya melihat perkara-perkara yang buruk kerana haram menyebut-nyebut perkara yang buruk berkaitan si mati.
Sumber: Irsyad fatwa muftiwp
Perkongsian yang bermanfaat. Teringin jugak nak belajar mandikan jenazah tapi masih lagi ada rasa takut.
ReplyDeleteyang paling penting dimandikan si jenazahnya
ReplyDeletegood sharing, ramai x sure kan tentang perkara ni
ReplyDeletelama x BW ke sini sbb x tau napa blog mamapipie x leh bukak kat pc MA...tgk kat hp tapi x best... now dah boleh..lega la
baru VM tahu, perkongsian yang baik =)
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi. Bagusnya Mama ada pengalaman. saya selalu tenok dari jauh sahaja. kursus secara teori pernah pergi tapi praktikal tak pernah
ReplyDeletemulia tugas mandikan jenazah ni
ReplyDeletep/s sis sihat ke tu?
ReplyDeleteinsya allah sihat anies.. anies apakkhabar
Deletealhamdulillah sy sihat😀👍
Deletealhamdulillah sy sihat👍😀
Deleteterima kasih adda berkongsi info
ReplyDeleteterima kasih atas pencerahan.. info baru..
ReplyDeleteTerima kasih kongsi Adda. Kak Sue pertama kali pengalaman mandikan jenazah.. mandikan arwah Mak Kak Sue. Antara saat-saat akhir dengan Mak yang akan Kak Sue simpan sehingga ke akhir hayat..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih kak untuk perkongsian ini..
ReplyDeletetak ada pengalaman mandikan jenazah walaupun arwah mama ammi sendiri sbb mama pergi dalam keadaan tidak perlu dimandikan jenazahnya
ReplyDeleteOh, baru tahu. Good sharing mama :)
ReplyDeleteThanks info..saya pun baru tahu tentang ni...
ReplyDeletetentu boleh saja
ReplyDeletekan bukan salat ya