Ngopi di Kopi K Seksyen 9 Shah Alam Selangor

Assalamualaikum semua, Mama ni masih dalam mood M. Tapi ada byk entry kat draft tu sampai 300++. Banyak juga gambar-gambar yang belum upload. Aduyai napelah malas sangat ni haha.. Harini mama nak tulis cerita basi Ngopi di Kopi K Seksyen 9 Shah Alam  Selangor. Mama beli kopi kat sini lama dah. 2 bulan lepas kot baru harini nak cerita.

Sambil tu baca juga:


Ngopi di Kopi K Seksyen 9 Shah Alam  Selangor

 Asalnya mama nak beli 3 kopi aje tetiba ada promo buy 3 free 1. Maka tetiba kopi mama beranak jadi 4 haha..


Inilah air yang mama beli.. Kalau tak silap mama beli 2 Caramel macchiato, kopi signature gula melaka dan blacak hazelnut. Rasa kopi ni semuanya ditekak mama OK lah. Rasa kopi dia pekat dan terasa kepahitannnya macam kopi vietnam. Mama leih suka kopi yang kurang pahit. Almaklumlah sejak baik dari Covid ni mama mmg sensitif dgn kepahitan kopi..


Gerai yg katanya drive thru ni, Senang aje mama parking kat sebelah tunggu adik ni buatkan kopi..


Harga kopi kat sini berpatutan tak mahal sgt. Ini dia senarai menu kopi dan harga di Kopi K Seksyen 9 Shah Alam  Selangor

Tempat niaga ni area Tapak Seksyen 9 depan Cili Merah.


Maklumat  Kopi [K] Seksyen 9 Shah Alam

Kopi [K] Seksyen 9 Shah Alam

Address: Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi - 6 petang (Rabu tutup)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. skarang mmg rmi org niaga kopi...murah juga tu

    ReplyDelete
  2. Memang murah. Kalau standing dengan kopi mahal memang berbaloi.

    ReplyDelete
  3. waktu kebosanan gini nengok kopi akak tu aduhai syoknya dapat sedut .. nikmat

    ReplyDelete
  4. hahaha comel je kopi beranak ye. nampak sedapp

    ReplyDelete
  5. Sampai 200++ deraf.. fuh banyaknya..

    ReplyDelete
  6. W'salam mamapp.. Inshaa Allah kalau LZ ke Shah Alam akan ku cari kopi K ni.. teruja betul tengok kopi K dengan whipped cream chocolate drizzle, terasa sejuk di tekak.. :)

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik. Weekend ni nak pi area Shah Alam ..boleh cari ni.

    ReplyDelete
  8. bab kopi.. i like!!! dpt free lagi la i like kan...

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaa, mcm2 jenis kopi zaman sekarang ni hehe

    ReplyDelete
  10. harap2 kt area sy ni akan ada 1 gerai kopi k ni

    ReplyDelete
  11. bagus juga tolong para peniaga kecil-kecilan begini....moga bisnes mereka semakin maju jaya

    ReplyDelete
  12. Hi, akak! Saya lah yg buatkan kopi akak tu. Hihi thanks for your support & review! 🫶♥️

    ReplyDelete
Previous Post Next Post