Assalamualaikum semua.. apa khabar korang. Mesti semua berdebar-debar menunggu2 pengumuman PM ke 10 kita ni kan. Semoga keputusan yg keluar nanti adalah keputusan yang paling tepat untuk semua rakyat Malaysia. Amin.
Mama pula.. mama ada dirumah ni. Pukul 1.20 baru bangun tido hihi.. Badan tak berapa sihat. Nampaknya mama diuji sekali lagi dengan COVID-19. Ni kisah kali pertama mama dijangkiti Covid.
- Ini Dia Positive Yang Orang Paling Tak Gemar
- Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab
Swab test semalam
Hari Ahad lepas mama hantar anak ke asrama. Ye la tunggu2 keputusan PRU tiada lagi pengumuman cuti maka mama pasrah la hantar anak. Masa Tu mama dh muka sakit tekak. Dalam hati dh tak sedap dah. So mama sekeluarga buat swab test Dan kesemua Kami -ve. So mama proceed la hantar anak.
Semalam otw balik ke Shah Alam badan mama rasa makin tak sihat. Badan sakit2 dan rasa dedar. So bila sampai rumah terus buat swab test. Dan keputusannya positive. Terus mama call anak dan suruh dia buat swab sekali Lagi. Alhamdulillah Masih -ve. En hubby pun negative. Semoga mereka tak terjangkit hendaknya.
Jadinya, sekarang mama kuarantin di rumah. Simptom kali ni ada sedikit lain dari Kali pertama. Suhu badan tak tinggi 36++ aje. Cuma badan dan kepala sakit2 macam org demam. Mata berair aje macam panas dalam. Sakit tekak sama mcm dulu cuma kali ni disertai batuk yg agak teruk Dan selsema. Sekali batuk mmg tak berhenti2 sampai nak termuntah. Makan pun kurang selera. Tapi mama boleh katakan simptom kali ni agak kurang dari dulu. Alhamdulillah. Cuma satu perkara aje mama harap tak berlaku iaitu hilang deria rasa dan bau. Korang doakan ye..
Ok. Tu je la nak cerita kalini. Kalau dah ok sket nanti mama muncul semula.. Tata..
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
ReplyDeleteAllahu....demam PRU la kiranya ni yer.. semoga cepat sembuh key, have a good rest..ada kawan opis kena 2nd time baru ni pun simtomnya..sakit kepala & sakit2 badan..lain plak dr yg 1st tu kan...
ReplyDeleteAllahu...semoga cepat sembuh..eh simptom macam akak kena la..akak dah seminggu dah ni..tapi bila check negative...ni badan lemau dan asyik cirit birit, selera memang out la...hari- hari check negative je...apesal erk....
ReplyDeleteMoga cepat sembuh mama . Aminn
ReplyDeletemg cepat sembuh doaku
Deleteallahu semoga cepat sembuh kak adda. banyakkan rest ye
ReplyDeleteTak sangka boleh dua kali kena c19
ReplyDeleteSemoga cepat sembuhnya
adik saya kena sampai 5 kali wak hihi
DeleteSemoga cepat sembuh mama.... sama la bebudak ni dah sminggu on off demamnya. Panas dalam..Mata bertaik aje la
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh ye Mama. Saya dulu macam tu lah, suhu tak tinggi, tapi tekak perit
ReplyDeletesemoga semuanya cepat sembuh
ReplyDeleterisau kan kak skrg ni kalau rasa badan lain macam terus buat swab kan... apa pun moga akak cepat sihat ya
ReplyDeleteAllahu.. semoga cepat sembuh ya Adda. Banyakkan rehat..
ReplyDeleteEmm... Samalah saya.. Sebelum ke Sarawak tu hari kena covid buat kali kedua..
ReplyDeleteSemoga diberi kesembuhan buat Mamapp
ReplyDeletesemoga cpt sembuh. syu pon tgh kena covid jgk skang. hari ke4 ni bru rasa ok sikit
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh.
ReplyDeletekes tengah naik setiap hari, nasib ada pengalaman sebelum ni just amalkan balik tau Mama, Moga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan
ReplyDeletecovid masih ada dan kita tak boleh leka. syakillah...
ReplyDeleteSemoga diberi kesembuhan mama.. Aamiin!
ReplyDeleteterima kasih atas doa.. alhamdulillah mama dah ok insya allah
ReplyDeleteAmmi pun tengah sakit-sakit tekak, sampai ke telinga ni. perit betul waima nak telan air liur sekalipun. Risau je nak check
ReplyDeletemoga cepat sihat, k.adda...
ReplyDelete