Diserang Slip Disc

Sebenarnya tahun 2022 ni mama terasa yang mama banyak diuji dengan masalah kesihatan. Mama dijangkiti covid 2 kali, diserang vertigo 2 kali, sakit gigi dan a lil bit high blood pressure. Terbaru doktor mengesan ada "sesuatu" di perut mama. Minta korang doakan semoga tiada apa-apa ye. Mama tengah cari masa untuk visit doktor ni.

Baca ni:


Mama pernah cerita yang mama diserang severe back pain hujung september lalu dan kalau korang tengok bulan oktober tu mama kurang buat blog post. Selama lebih kurang sebulan mama menanggung back pain yang teruk. Kalau baring, sangat2 susah nak bangun. Bila tidur, tak boleh gerakkan badan ke kanan atau ke kiri tanpa rasa sakit. Setiap kali nak bangun dari duduk, mama tak boleh terus berjalan. Kena berdiri dulu sehingga terasa kurang rasa sakit baru boleh melangkah. Kalau salah position mama akan menanggung kesakitan yg terasa macam nak gone aje. Kesakitan yang melampau tu terasa seperti kejang dan terseliuh yang 3-4 kali ganda sakitnya. Semasa sakit tu datang memang mama tak boleh nak buat apa melainkan terkapar sekejap.


Alhamdulillah walaupun keadaan mama teruk tapi mama masih boleh bekerja (setelah mc beberapa hari dalam masa 2 minggu on off). Tapi pergerakan mama memang teruk. Bak kata officemate mama, nampak sangat berjalan sambil menahan kesakitan. Selama 3 minggu mama sembahyang atas kerusi. Rasa sedih sangat masa tu.


slip disc L3-4
X ray tulang bekang mama. Boleh nampak L3-5 mama tu rapat melakat kan


Selepas doktor sahkan mama menghidap slip disc terus dia tanya, mahukah mama refer ke hospital dan buat fisioterapi. Mama terus tanya bolehkah dgn keadaan mama macam ni mama pergi urut. Doktor kata boleh. Terus mama book appoitment dengan seorang kakak yang menetap di Kota Kemuning. Kawan mama bagi nombor dia sebab kesian sgt tengok keadaan mama.


Maka mama pun berurut satu badan selama 2 jam dengan dia. Kebetulan akak tu pun ada slip disc tapi di leher. Maka galaklah kami share pengalaman. Dia kata tiap2 tahun dia masuk hospital bila diserang kesakitan. Dia urut mama satu badan tapi mama minta dia urut light2 aje di pinggang mama. Dia pun faham.


Alhamdulillah selepas seminggu terasa ada perkembangan positif dan akhirnya mama berjaya pulih kembali. Sehingga hari ni pinggang mama dah OK tapi mama memang sangat-sangat menjaga postur badan dah elakkan terus mengangkat benda berat. Kalau dulu mama rasa malu nak minta tolong orang tapi demi kesihatan mama minta tolong aje kalau perlukan bantuan. Kawan-kawan mama dan family pun memang larang mama angkat benda berat. Kadang-kadang sampai kena marah kalau mama terlupa/


Alhamdulillah syukur sakit tu tak berpanjangan. Itu sajalah coretan kali ni. Simpan sini sebagai kenangan tahun 2022


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Allahuakbar seriau baca..kawan saya pun ada yg kena slip disc ni memang nampak sakit sangat2
    moga baik2 semuanya ye mama..harap tak ada apa2 perut mama tu moga sentiasa sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2 tq afzan semoga afzan pun sihat2 selalu dan semoga kawan afzan kembali sihat juga.

      Delete
  2. Akak plak diuji dengan senggugut yang teruk..semoga Adda cepat sihat ye...susah kan kalau dh umur2 ni semuanya sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syafakillah kak SA.. ye la kan rasanya faktor usia juga ni

      Delete
  3. Nasib baik dah sembuh. Seksa kalau lama menderita.
    Adda jumpa pakar atau doktor biasa masa x-ray?

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor klinik biasa na, tapi klinik ni bagus ada xray dan kebetulan doktor yg layan aritu mcm ada ilmu orto ni

      Delete
  4. Semoga segera diberikan kesembuhan, kak.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar. sakit belakang ni jangan dibuat main-main. harap Mama jaga diri ye. tak salah mintak tolong orang, tapi tulah kan kadang-kadang kita segan

    ReplyDelete
  6. Allahu!! Apapun ibu doakan mama diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik hendaknya.. ;)

    ReplyDelete
  7. Pergi jumpa doktor mama.. bahaya jugak slip disc kalau x dirawat dr awal.. dgn umur kita pn makin meningkat saban tahun... baca saja pun dh terasa kesakitannya.. take care ya mama... happy new year

    ReplyDelete
  8. aduh. besarnya dugaan!
    moga terus sihat ye. yes, jgn angkat berat!
    kita ni wanita, if takde pape pun dilarang angkat berat Adda.
    take care ye.

    ReplyDelete
  9. Semoga terus diberi kesembuhan untuk Adda ya, tahun lepas memang ramai diuji dengan kesihatan kan Adda..

    ReplyDelete
  10. syafakillah...mudah2an diberi kesembuhan dan dapat jalani aktiviti harian seperti biasa...aminnn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post