Assalamualaikum semua.. Harini mama ingin membuat sedikit perkongsian sebagai peringatan untuk diri mama sendiri. Jom baca sama-sama
Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ
Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; pemimpin adil, pemuda yang sentiasa dalam beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul kerana itu dan berpisah kerana itu, orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya berlinang air mata, lelaki yang diajak oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan (melakukan kejahatan) lalu ia berkata: Aku takut Allah, seseorang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya." (Sunan Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih
gambar hiasan
Kesimpulan hadith:
Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar. Tujuh golongan orang yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah
3. Orang yang hatinya sentiasa tertambat ke masjid
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana kecintaan kepada Allah.
5. Orang yang mengingat Allah ketika bersendirian lalu berlinangan air matanya
6. Lelaki yang diajak oleh wanita kaya dan cantik melakukan kejahatan, lalu ia enggan dan berkata berkata: Aku takut Allah
7. Seseorang yang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha menjadi orang yang mendapat naungan dan RAHMAT Allah di hari Kiamat.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor,
Tags
ISLAMIK
terima kasih atas perkongsian ilmu ni mamapp. Selamat tahun baru 2023 ye :)
ReplyDeleteSemoga kita masuk dalam golongan yang dinaungi
ReplyDeletePerkongsian yang bagus mama.. Terima kasih.. Semoga kita mendapat kerberkatan Allah swt.. Selamat tahun baru mama.. ;)
ReplyDeletein shaa Allah :)
ReplyDeletemoga di tahun baharu ni kita semua berlumba-lumba menjadi lebih beriman :)
Terima kasih di atas perkongsian yang memberi seribu maksirat.. semoga kita berada dalam golongan ini, Insha Allah...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi Adda, semoga pahala berpanjangan untuk Adda..
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat...
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian ini
ReplyDeletealamakkkk jauhnya sy daripada golongan2 ni...
ReplyDeleteyang taat disukai Tuhan tapi yang lebihj disukai lagi yaitu masih muda tapi sudah taat beribadah
ReplyDelete