Assalamualaikum semua. Sudah bertemu kita di hari Jumaat pertama bulan Disember. Lagi 4 jumaat dan kita akan masuk ke tahun 2023. Alahai sekejapan sangat masa berlalu kan.. Sebab itulah masa itu emas. Harini mama nak share tentang Hukum Membuat Isyarat Finger Cross. Kita selalu nampak isyarat ni bila seseorang tu berharap akan sesuatu. Jom kita dapatkan penjelasan mufti WP.
Hukum Membuat Isyarat Finger Cross
Soalan
Assalamualaikum, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan hand gesture atau isyarat tangan finger cross yang menunjukkan doa untuk mendapat nasib yang baik dan mengelak daripada keburukan. Mohon penjelasan berkenaan hukumnya dan adakah perbuatan itu menyerupai salib dan memohon daripadanya. Terima kasih
Ringkasan Jawapan
Boleh melakukan apa-apa isyarat atau finger cross atas apa-apa tujuan atau pemudah cara komunikasi dan semata-mata isyarat sahaja, di samping mempercayai sepenuhnya bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan untung nasib dan takdir seseorang itu.
Walau bagaimanapun sekiranya boleh mendatangkan fitnah dan tohmahan, maka hendaklah menghindarinya. Bahkan haram sekiranya mempercayai dengan melakukan isyarat finger cross boleh mendatangkan keuntungan dan nasib baik serta dapat menghindari perkara buruk. Umat Islam seharusnya mengucapkan salam dan berdoa kepada Allah SWT agar mendapat kebaikan dan dihindari daripada keburukan.
Huraian Jawapan
Hand Gesture atau isyarat tangan mempunyai fungsi dan maksud yang tersendiri sebagai pemudah cara berkomunikasi sesama manusia. Sebagai contoh di Malaysia, umum mengetahui bahawa isyarat mengangkat ibu jari menunjukkan tanda bagus atau baik , begitu juga dengan isyarat jari telunjuk dan jari tengah berbentuk V yang membawa maksud keamanan(peace). Dalam hal ini, hukum melakukan isyarat tangan adalah diharuskan seperti mana kaedah fiqh yang menyebut:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah terdapat dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).[1]
Selain itu, isyarat tangan dengan melakukan silangan jari tengah dan jari telunjuk (finger cross) menunjukkan isyarat berharap supaya memperoleh nasib yang baik dan menghindar nasib malang.[2] Sebagai contoh, seseorang itu akan menyilangkan jarinya sebagai isyarat mengharap tuah dan nasib yang baik serta isyarat untuk mengucapkan kejayaan dan kebahagiaan.[3]
Isyarat finger cross dikatakan amalan masyarakat Kristian pada era awal dan pertengahan agama Kristian sebagai isyarat memohon kebaikan dan menghindar keburukan. Namun menurut Larry Ray Palmer, dakwaan ini tidak terdapat bukti yang kukuh. Selain itu, isyarat finger cross tidak diguna dan dipraktikkan oleh masyarakat Muslim dan Buddha. Menurut beliau lagi, wujud teori yang menyatakan bahawa isyarat ini digunakan oleh penganut agama Kristian pada era awal bagi menyembunyikan identiti agamanya kerana mengamalkan agama Kristian menjadi satu kesalahan. Oleh itu dengan memberi isyarat finger cross mereka dapat mengenali satu sama lain dan menjadikan ia sebagai isyarat rahsia. Pada era peperangan di antara Perancis dan England pada tahun 1337 hingga 1457, isyarat finger cross digunakan oleh tentera berpanah sebelum menarik tali busurnya sebagai tanda doa dan mengharap untuk mendapat keberuntungan yang baik agar anak panahnya menepati sasaran.[4]
Berdasarkan kenyataan di atas, isyarat finger cross bukanlah satu isyarat khusus bagi agama Kristian seperti salib bahkan ia tidak diamalkan dalam upacara keagamaan mereka. Walau bagaimanapun, perbuatan mempercayai keberuntungan dan nasib baik akan berlaku dengan melakukan isyarat finger cross adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Hal ini kerana keberuntungan dan nasib hanya ditentukan oleh takdir Allah SWT. Hadis yang diriwayatkan oleh Yahya bin Ya’mur RA, Nabi SAW bersabda:
أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
Maksudnya: Beriman kepada Allah SWT, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir baik dan buruk.
Riwayat Muslim (8)
Di samping itu, melakukan isyarat finger cross serta mempercayainya adalah amalan segelintir daripada mereka yang bukan Islam dan fasik. Hal ini dibimbangi akan terjerumus dengan ancaman tasyabbuh atau menyerupai mereka. Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar sabda Nabi SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.
Riwayat Abu Daud (4031)
Imam al-San’ani di dalam karyanya Subul al-Salam menyebut bahawa hadis ini menerangkan tentang mereka yang menyerupai golongan fasik, kafir atau ahli bidaah khususnya dalam meniru pakaian, tunggangan dan perbuatan mereka.[5]
Selain itu, jika isyarat finger cross ini boleh mendatangkan kejanggalan dan bercanggah dengan adat kebiasaan masyarakat maka hendaklah ia dihindari dan dijauhi. Imam al-Ghazali di dalam karyanya Ihya’ ‘Ulum al-Din menukilkan sebuah hadis yang menyebut:
أَنْ يَتَّقِيَ مَوَاضِعَ التُّهَمِ
Maksudnya: Hendaklah berhati-hati dengan ruang-ruang tohmahan.[6]
Berdasarkan hujah di atas, dapat disimpulkan bahawa boleh melakukan apa-apa isyarat atau finger cross atas apa-apa tujuan atau pemudah cara komunikasi dan semata-mata isyarat sahaja, di samping mempercayai sepenuhnya bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan untung nasib dan takdir seseorang itu.
Walau bagaimanapun sekiranya boleh mendatangkan fitnah dan tohmahan, maka hendaklah menghindarinya. Bahkan haram sekiranya mempercayai dengan melakukan isyarat finger cross boleh mendatangkan keuntungan dan nasib baik serta dapat menghindari perkara buruk. Bagi umat Islam, seharusnya seseorang itu mengucapkan salam dan berdoa kepada Allah SWT agar mendapat kebaikan dan dihindari daripada keburukan.
Wallahu’alam
Wahh panjang lebar huraian hukum finger cross nih.. thanks for the info ye mama 😀😀
ReplyDeletemacam2 spekulasi dulu ada yg kata haram buat mini love
ReplyDeleteoh tengah viral ke.mostly kawan-kawan saya, saya buat x faham pun
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian..menarik
ReplyDeletesy tau finger cross ni ada kaitan dgn kristian. tp secara details nya... baru tahu kat sini😀
ReplyDeleteKita dengan agama kita, mereka dengan agama mereka.
ReplyDeletetq mama perkongsian yang baik sangat :)
ReplyDeleteTak buat cross finger..rasa pelik..hahaha..tapi mini love..suka pulak buat..
ReplyDeletesama nona mama pun rasa pelik hikhik
Deleteboss ammi christian..kadang-kadang bila kitorang dok bincang2 dan dia harap job tu dapat dia akan cakap "finger cross sambil cross jari dia"...tapi ammi akan sebut "may Allah ease everything for us". kita berdoa cara masing-masing
ReplyDeleteitulah cara yg seeloknya ammi
DeleteSaya selalu rasa berdosa kalau nak buat, jadi tak buat. Hehe
ReplyDeletesama la syaz, rasa pelik pula kan.. tapi kadang2 dlm kata2 tu ada tersebut
DeleteIbu pun tak tau pasal cross finger ni mama.. Macam2 isyarat deme ni ye..
ReplyDeletebiasa nampak dekat drama-drama omputih la, tp tak terpikr lak nk ngikut nya. Baik buat gaya tadah tangan je
ReplyDeleteMini love pun ada yang kata haram dulu kan?
ReplyDeleteTq sharing Adda.. rasa macam tak pernah buat, tapi dulu suka buat touch wood tu.. sekarang dah lebih faham, harus kena elakkan. Setiap semua yang berlaku kita kena yakin aturan Allah yang terbaik untuk kita..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Ada untuk ilmu ini..
ReplyDeleteitu isyarat kotor maknanya
ReplyDeletesebaiknya jangan digunakan
tapi
lain tempat beda juga
aku kadang seram nak buat isyarat pelik2 ni sebab tak tau maksud hahaha
ReplyDelete