Assalamualaikum semua. Last week semasa mama bercerita tentang kopi Bendang Cafe tu mama ada menyentuh tentang masalah kerap batuk selepas kena covid kali ke-2 kan. Baru mama perasan yang mama takde cerita keadaan mama selepas sembuh tu. Cerita pasal mama kena slip disc pun takde tulis. So, harini mama nak cerita tentang Long Covid mama kali kedua kena Covid-19 ni.
Baca ni juga
- Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab
- Ini Dia Positive Yang Orang Paling Tak Gemar
Alhamdulillah sudah lebih kurang sebulan mama sembuh dari covid kali kedua. Kali ni mama punya simptom agak ringan berbanding semasa kena kali pertama. Badan tak panas walaupun sebenarnya deman dan sakit badan. Deria bau dan rasa mama tidak hilang dan alhamdulillah kali ni mama tak semput sangat seperti dulu. Cuma yang nyata adalah batuk yang kuat dan selsema. Batuk mama memang lain macam. Sekali batuk mesti minimum 3 kali dan seperti tak lepas. Macam tu lah keadaan mama sehingga tamat tempoh kuarantin. Batuk teruk sampai sakit tekak dan sakit dada. Sehinggakan mama terpaksa pegang dada dan cuba kawal dari batuk untuk menahan sakitnya. Selepas pulh dari covid selama beberapa minggu tekak mama seperti berair dan asyik terasa loya aje.
Selepas habis dari kuarantin disebabkan masih ada simptom maka mama diminta mengisi Kajiselidik Long Covid dalam MySejahtera. Setakat ni dah 2 kali mama isi, iaitu sekali selepas seminggu dan sekali lagi selepas sebulan.
Diserang Sesak Nafas
Awal disember ni mama pergi ke Pulau Pangkor bersama keluarga. Kebetulan cuaca memang hari-hari hujan dan sejuk sampai tidur pun tak sanggup buka aircond. Selama 4 hari mama berhujan setiap hari. Sehingga satu malam tu mama terbangun dari tidur dengan keadaan berpeluh satu badan. Mula-mula tak tahu apa yang terjadi. Bila mama cuba tarik nafas langsung tak boleh, lepas tu nak hembus nafas pun tak boleh langsung. Rasa mula nak panik tapi mama cuba bertenang dan gunakan mulut untuk bernafas slow-slow. Alhamdulillah tak lama lepas tu kurang dah peluh kat badan ni. Seriau juga pengalaman macam ni. Alhamdulillah sekali tu aje kena.
Mungkin mama masih dalam proses healing, sebab mama pun tahu memang ambil masa untuk sembuh 100%. Sebab tu sesiapa yang baru baik dari Covid dan influenza silalah cari supplement yang baik untuk diri korang. Buat masa sekarang ni memang mama masih batuk tapi sudah berkurangan. Setiap hari memang ada occationnally batu tu datang, secara tiba-tiba tanpa sebab. Selepas batuk rasa semput pun ada. Semasa tidur memang kerap diserang batuk ni sehingga rasa nak termuntah.
Perkara Positif Setelah Covid kali kedua
Walaupun mama menghidap long covid tapi alhamdulillah mungkin Allah bagi bagi mama ganjaran ikut lain. Alhamdulillah, BPPV dan blood pressure mama kembali pulih. Dari hujung september sebenarnya bp mama tak berapa cantik sejak mama diserang slip disc. bacaan dalam 135/95 setiap kali jumpa doktor begilitulah bacaannya sehingga buat mama jadi risau sebab mama ni berketurunan yg ada darah tinggi. Padahal sebelum tu bp mama selalunya dalam 120/75 aje. 2 minggu sebelum tu pula mama diserang pening kepala yang sepanjang masa sehingga bila berjalan pun agak terhuyung hayang,
Mama sangkakan kepala pening tu berpunca dari bp mama yg tak cantik atau terlebih minum kopi :). Tapi bila berjumpa doktor, doktor bagitau mama menghidap BPPV iaitu Benign paroxysmal positional vertigo. Beberapa bulan lepas mama diserang vertigo secara tiba-tiba sehingga terasa dunia ni berpusing-pusing dan rasa mual. Mama terpaksa berbaring dalam 10 minit baru dia OK. Tak sangka pula ada juga jenis vertigo macam BPPV ni juga. Tapi alhamdulillah semasa mama dijangkiti covid mama dapati BPPV mama menghilang.
Mungkin ada hikmahnya atas sebarang ujian yang Allah bagi pada mama.
Eh panjang pula celoteh mama. Saje mama bingkiskan disini sebagai ingatan dan kenangan pengalaman mama.. OK tata..
oh ada macam2 jenis vertigo pulak ye..ammi penah kena vertigo yg teruk masa tengah belajar part time dulu..tengah tidur rasa berputar dunia..pejam mata takboleh buka mata tak boleh...rupanya vertigo sbb stress dan kurang tidur. Doctor bagi ubat tidur, langsung belajar kemana kerja kemana..MC je terus
ReplyDeletedapat bayangkan macam mana ammi alami tu. Memang kena rehat tu ammi, elok juga dpt mc
DeleteAllahuakbar teruk juga ye mama..takut baca yang sesak nafas tak boleh nak imagine mcm mana seksanya kan..moga sentiasa sihat ye mama
ReplyDeletetu la afzan, mama pun dh terasa panik juga mujur otak masih boleh berjalan. tapi mama x sure ia disebabkan covid atau benda lain
DeleteTerima kasih ceritakan. Harap sembuh ya.
ReplyDeleteSayapun tengah makan ubat doktor. Ujian manusia beza-beza.
semoga na pun sentiasa sihat ye.. dh umo2 kite ni biasalah
Deletekadang2 masa kena covid tu tak berapa teruk tapi lepas covid pulak teruk. macam saya, masa covid tak de batuk2 tapi bila dah negatif batuk2 lama smp skrg pun walaupun dah kurang tapi mlm2 nak masuk tido tengah baring tiba2 batuk teruk sampai asben terbangun tepuk2 belakang.
ReplyDeleteoo mcm tu pula ye. batuk tu mmg tak tahan kan. semoga carneyz cpt sihat
DeleteSaya pula sejak kena covid, saya seperti selalu kena brain fog. Batuk memang setiap hari. Huhu
ReplyDeletebatuk tu mmg simptom biasa agaknya.. tp firt time dgr brain fog ni. dia jadi mcm blur2 eh.. semoga syaz cpt sihat ye
DeleteAllahuakbar. Perit tu batuk samapi tak boleh berbafas. Boleh bayangkan perasaan Mama. Semoga mama diberi kesihatan yang baik
ReplyDeletesemoga cepat sembuh.. tak siapa nk kena covid berulang-ulang kali
ReplyDeletemoga cepat sembuh mcm biasa...aamiin.
ReplyDeletebetul tu, sakit tu ujian dr Allah..tanda Allah sayang & setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya
Semoga cepat sembuh mama
ReplyDeleteperit tu bila batuk sampai tak boleh bernafas...
ReplyDeleteterbaca kat twitter pg td china nak buka sempadan 8 januari nnt. aduhhh dgr kat itali penumpang dlm flight ramai positif covid...
syafakillah...
aida membaca entri Adda ni. speechless.
ReplyDeletemembaca dan mendengar pengalaman org kena covid ni, buat diri sendiri istigfar.
aduhai. mujurlah diri ni tak pernah dijangkiti.
risau ni, CNY akan dtg ni. pelancong from china diramalkan ramai masuk negara.
Allahu Akbar. moga kita dilindungi la dari bahaya covid 19 ek.
maka CNY nanti tak boleh nak bebas sgt berjalan.
tunggu tempoh 14 days after, covid 19 da lemah di awangan.
Semoga mama sembuh seperti sediakala.. Baru² nie saya pun demam jugak, risau kalau² kena covid tapi Alhamdulillah results -ve.. cumanya batuk jea masih belum hilang, lebih kuat batuk bila malam..setiap 4 hari sekali saya akan buat test, sebab risau.. setakat nie Alhamdulillah ok lagi...
ReplyDeleteyg sakit cepat sembuh
ReplyDeletejangan sakit lagi
terapkan protokol kesehatan pada diri sendiri