Memberanikan Diri Mencuba A&W Blue Bearry Burger

Assalamualaikum semua. Alkisahnya last week mama dan kawan-kawan telah pergi ke A&W for lunch. Kawan mama craving nak makan A&W maka mama turutilah hasratnya. Boleh juga mama enjoy rootbeer float favourite mama tu sekali. Tetiba ternampak ada menu baru, maka mama pun  Memberanikan Diri Mencuba A&W Blue Bearry Burger tu.

Lama juga mama berdiri depan kaunter. Dalam 10 minit ada. Duk tenung menu dan berkira-kira sama ada nak order ke tak. Blueberry kot dalam burger, memang pelik kan. Last-last mama order juga sebab nak try rasa.


Memberanikan Diri Mencuba A&W Blue Bearry Burger

Inilah rupa burger mama.

Ada 2 jenis iaitu beef dan grilled chicken. Mama beli beef. 

Nampak ada warna blueberry di situ kan. Rasa burger ni memang macam makan burger tambah blueberry. Cuma mungkin bila bercampur dengan cheese dan mayo dia jadi macam lemak-lemak manis pula. Mama tambah sos cili dan rasa burger not bad juga. Boleh ditelan.


Mama ambil set combo dan upgrade air kpd float dan curly fries yg sedap tu.


Ni harga bagi beef set.

Ice cream caramel chocorice . Rasa dia macam makan kek hihi

Dalam burger ni ada keju, mayo, salad segar dan tomato dengan sos blueberry. Korang amacam? ada berani try tak?


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. blueberry tu saja, rasa mcm mn? masam2 manis ke?

    ReplyDelete
  2. Burger paling sedap tanpa sayur and sos. Tapi agak pelik ye burger blueberry tu. Kalau sy, memang tak akan cuba.

    Dr Amelina Tempelak Beautifulnara, Ohmedia dan Rotikaya Sebab Putarbelit Kenyataan

    ReplyDelete
  3. Berani cuba tapi tiada kesempatan lalu depan A&W.

    ReplyDelete
  4. setakat hari ni saya belum berani nak mencuba tapi tak tau kot esok lusa jadi berani hehe
    iklan duk lalu lalang pun tak ada rasa nak cuba

    ReplyDelete
  5. teringin juga nak cuba... nampak tebal dagingnya tu yang akak punya tu

    ReplyDelete
  6. a&w rootbeer float tu mmg legend.

    ReplyDelete
  7. Secara peribadi, saya tak berani nak makan.. Haha

    ReplyDelete
  8. bukan tak berani nak try...tapi takut membazir je nanti. so better takyah try ahaksss

    ReplyDelete
  9. Hurm..try boleh kot, tapi kena share. buatnya tak kena selera, jenuh nak habiskan

    ReplyDelete
  10. oh burger lokal ya ini kak
    boleh coba nih

    ReplyDelete
  11. A&W Rootbeer Float tu memang all time Fav

    ReplyDelete
  12. mcm x brape nak berani la :) ha ha ha ha ha
    tekak melayu, Adda, confirm aida x berani la nak oder burger blueberry.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post