Assalamaualaikum semua. Beberapa minggu lepas dan sudah beberapa kali mama Dinner di Restoran Jelita, Seksyen 7, Shah Alam Selangor. Pada mulanya mak mertua mama yang ajak sebab katanya ada restoran baru di Seksyen 7 tu dan sedap katanya. Nak tahu sedap ke tak sedap mari baca sampai habis.
Baca juga:
Dinner di Restoran Jelita, Seksyen 7, Shah Alam Selangor
Disebabkan beberapa kali sudah ke sini maka mama dah cuba beberapa menu di sini. Dan mama dapat rasakan perubahan dari segi servis pada awal pembukaan sehingga selepas beberapa minggu di restoran ini. Sebelum dibuka ada sedikit construction yang dibuat untuk lebih cantikkan kedai. Mari tengok dulu antara menu yang kami order.
Favourite mama kat restoran ni adalah bihun kungfu. Memang sedap. Mama selalu minta extra pedas.
Nasi goreng kampung telur mata. Sedap tau nasi goreng kg ni
Bihun Tomyam. Namun begitu tomyam dia perlu improve lagi kasi lagi kaw. Sebab mama ni suka tomyam pekat. tomyam kat sini rasa dia agak tawar.
Sup gearbox kambing. Sedap yakmat dan berbaloi2. Harga cuma RM20 tapi ada 3 ketul besar dalam tu. Mangkuk pun besar semput nak habiskan berdua tau. Sup kat sini ada 2 jenis, satu yang dah siap masak dlm periuk besar (ni yang sedap), satu lagi yang dimasak oleh cook (ni biasa aje)
Selain dari ni mama dah rasa kerang bakar, ikan bawal penyet (tak cukup sifat sebab kurang kunyit dan takde tempe/tahu), dan beberapa menu lain. Makanan kat sini di tekak mama ok cuma di tekak SIL mama agak kureng. Mungkin sebab dia order menu yang tak sama dgn mama spt paprik, etc.
Dari segi layanan pula sebenanrya mmg ok. Cuma masa awal-awal tu mungkin pekerja tak berapa cekap lagi, so selalu dapat menu yang tak sama dengan yang di order. especially kalau kita datang ramai-ramai. Saimpai kami laki bin berspekulasi, husband mama suspect tukang masak tak faham tulisan waiter, mama pula suspect waiter ada masalah pendengaran haha. Tapi visit mama terbaru iaitu minggu lepas nampak dah OK dah. Mungkin sebab that specific waiter tu x ambil order kami. Kalau weeken ada busking kat sini.
Menu & Harga di Restoran Jelita, Seksyen 7, Shah Alam Selangor
Ini adalah Menu & Harga di Restoran Jelita, Seksyen 7, Shah Alam Selangor. Terbaru, ada menu asam pedas pula.
Maklumat Restoran Jelita, Seksyen 7, Shah Alam Selangor
Alamat: No 1, Jalan Platinum G 7/G, 40000, Seksyen 7, Shah Alam.
(Dulu kedai mamak di premis ni)
Tags
FOOD
Sup gearbox tu menggoda sungguhlah
ReplyDeletewow...yummy yummy!!!
ReplyDeletebagus, ada improvement dari segi servis....
ReplyDeletebagus keseluruhnnya bukan hanya servis sj menurut saya
Deleteterbuka mata sy tgk sup tuuuuu hehehe hujan2 ni sedap dpt sup mcm niiii
ReplyDeletetime sejuk mmg syok pekena sup gearbox kan
DeleteTu laa dpt cicah dgn roti potong surrrrrrrrrrrrr
DeleteGeram pula ibu tgk sup gearbox tu mama. Iskkkkkk! Terliur ehhhh. ;)
ReplyDeletesedap tauu
Deleteni kalau datang makan, auto jelita ke ni? Tapi kalau mamayan, jumpa sup kambing, hilang terus jelitanya...hahaha
ReplyDeleteAkak suka bihun kungfu sy suka kuey teow kungfu.nampak sedap semua makanan dia. Cuma tuhlah tomyam tu tengok pun tau tak kaw..lagi kaw lagi sedapkan
ReplyDeletetu la mimie akak lagi suka bihun kungfu..
Deletesemua menu yg mamapp pilih tu nampak sedap2. alhamdulillah ada penambahbaikan dari segi servis di situ.
ReplyDeleteYa Allah tengok gambar sahaja sudah menyelerakan. terliyur laa 🤤
ReplyDeleteLama tak ke seksyen 7..sbb slalunya jammed...bihun KungFu 1st time dgr sbb fav suka kuehtiaw KungFu
ReplyDeletearea icity ke ? situ mmg kan..
DeleteDlm gambar pun dh nmpk sedap mama... mmg berbaloi kalau sup tu rm20 je
ReplyDeleterasa macam pernah sampai je ke sini tapi ingat2 lupa
ReplyDeleteSup gearbox kambing tu menggiurkan la...nampak sedap betul
ReplyDeletesama lah kita kak..suka yang ada kungfu-kungfu tu tapi kena pedas sikit, baru layannn...
ReplyDeleteresto yng cantik nan elok
ReplyDeletedulu tapak kedai mamak..tp masa ammi memula baca tajuk ammi terbayang kedai mamak
ReplyDeletesedap2 nampaknya hidangan restoran ni.
ReplyDeletedari presentation nya tu, tertarikh :)
aida pun suka mee chinese style tau.
kue teow kungfu my feveret! ada plak cili jeruk di sisi pinggan.
memang la best.
sama la mama pn suka kungfu
DeleteTerkena kat saya, dorang abaikan saya, mula2 order dalam pukul 10.15pm, lepastu tunggu punya lama pukul 10.45pm saya inform la waiter, lepastu sambung tunggu sampai 11.25pm saya dah fedap, takde supervisor ke, nasib baik la saya ni penyabar.
ReplyDeletesabarnya awak.. last week mama pergi sana terkena juga. dah le dtg nak buka posa. tungu2 lama tak mari, jadi marah sikit laju aje dia buat hihi
Delete