Sebenarnya dah lama mama perasan kedai aiskrim Mokti's di Eco Ardence tu. Tapi mama tak berpeluang nak merasa lagi aiskrimnya sehinggalah hari Sabtu lepas mama berada di sekitar situ. Kebetulan mama sakit tekak dah beberapa hari. Secara automatik terus masuk parking di depan kedai dan merasalah mama First Time Makan Aiskrim Mokti's.
First Time Makan Aiskrim Mokti's
Seriusoly mama tak penah makan aiskrim Mokti;s sebelum ni. Rupanya aiskrimnya berasaskan aiskrim gula apong. Baru mama tahu..
Ni eskrem pilihan en hubby. Aiskrim Apongato. Ala-ala affogato la kot. Ada espresso di bahagian bawahnya dan serbuk kopi di atasnya. Sedap juga eskrem ni. Tak manis sgt. Sesuai utk peminat kopi. Kenapa eskrem ju senget mcm tu mama pun xtahu haha..
Ni eskrem pilihan mama. Honey crum. Ada cereal corn flakes di bawahnya dan madu sarang. Sedap tau. Cornflakes tu agak kecil dan keras berbanding cornflakes biasa tapi bila dah lama sikit terendam dalam eskrem rasa dia sedap. Agak senang nak kunyah.
Ni la harga bg 2 eskrem tu. Sebelum balik sempat kami tapau popsickles yang ada mcm2 perisa. Murah2 aje popsikle kat situ RM1-2 aje
Antara pilihan topping
Suasana kedai. Kedai ni nampak bersih dan teratur. Mesti dia guna khidmat kontraktor Shah Alam yang bagus.
Menu dan Harga Aiskrim Mokti's Eco Ardence
Depan kedai.
Ramai juga yang dtg beli aiskrim kat sini. Tak putus orang yang masuk.
Tags
FOOD
Tula ramai plk review...nak kena r
ReplyDeleteTry juga laa eskrem ni jahaha ramai sgt org dah cuba ni
Haha nampak tapi tidak singgah-singgah juga.
ReplyDeletewah ya rugi dong tidak singgah
Deleteni kalau ank ciknur lajuu je ajk singgah
ReplyDeletepernah laa merasa makan sekali, okay je pada kak ana rasa dia banyak gak pilihan kan mama :)
ReplyDeleteTak pernah makan lagi. Walaupun jarang makan manis, tapi kalau ada geng layan gak
ReplyDeleteok lah. nnt boleh ajak anak bujang dating ke sini. dekat rumah je ni
ReplyDeletedah lama tak makan ice cream yg camni, sini suatu ketika dulu famous tapi skrg cam ssh dah nak cari.
ReplyDeleteTeringin pulak Kak Sue nak merasa Adda.. hehehe..
ReplyDeletees krim memang nikmat
ReplyDeletedana lagi lah tak pernah try lagi kak heheheh
ReplyDeletePernah dengar tentang jenama ni tapi tak pernah cuba lagi.
ReplyDeletegula apong ni dari Sarawak kan mama...yang honey crum tu ala2 aiskrim si shuib tu kan
ReplyDeleteais krim mokti's mmg lain drpd yg lain. sy dah try brand lain yg gula gula apong. kureng sikit rasanya. mokti's tetap jd pilihan
ReplyDeleteNampak sedap tapi area Seremban tak ada rasanya aiskrim Mokti's ni
ReplyDeletetk pernh try lagi
ReplyDeleteMemang sedap Ais Crem Mokti Nih..
ReplyDeleteAdussss... nampak sedap tu walaupun tak pernah makan Ais Krim Mokti's.
ReplyDeletesedap plak eskrem tu ha...pepagi tengok ni aduhai....takpe akak tgh diet...kena kuatkan hati ni
ReplyDeleteDapnya tengok eskrim tu...kat mana lagi ada branch moktis ni, k.adda...
ReplyDeletetak perasan la kat melaka ni, mokti ni kat mana.
ReplyDeletenanti nak search.
aida eksrem gini kurang minat.
tapi anak-anak dara aida berdua tu, memang minat sgt la.
so suka belanja diorang makanan gini.