Review Coral Bay Resort Pasir Bogak, Pulau Pangkor Perak

Setelah sebulan bercuti ke Pulau Pangkor, barulah mama berkesempatan nak tulis kat sini. Ini adalah kali ketiga mama ke Pulau Pangkor. Kali pertama ke sana masa mama masih lagi belajar di UM. Kami pergi selepas berjaya buat program di Sarawak. Masa tu kami siap ambil pakej island hopping dan masa tu lah pertama kali mama jumpa gamat hidup..Kali kedua mama pergi semasa tahun 2020 masa tu kerajaan baru longgarkan larangan merentas negeri. Masa tu mama tinggal di Teluk Nipah, kali ni mama duduk di Pasir Bogak pula. Mama nak Review Coral Bay Resort Pasir Bogak, Pulau Pangkor Perak yang kami duduki selama 3 hari 2 malam.

Baca juga


Review Coral Bay Resort Pasir Bogak, Pulau Pangkor Perak

Dari dulu lagi mama selalu nampak voucher (masa tu di Groupon) ttg Coral Bay Pasir Bogak. Tengok gambar pool dia memang dah tertarik dah. Setelah bertahun-tahun akhirnya dapat juga menginap kat sini.  

Pandangan dari unit mama. Mama duduk di tingkat 2.

Sebenarnya mama book 2 unit. Mulanya ramai juga adik2 mama yang tak dapat join trip tapi tiba-tiba last minute ada beberapa org adik2 mama nak join pula. Haish memain budak2 ni. Yang mama duduk ni ialah unit dengan 2 bilik. Unit mama ni agak simple dan comel aje,siap disediakan ada tilam extra. Jadilah untuk tidur-tidur dan berehat. Mama book melalui booking.com. Satu lagi unit ialah apartment dengan 3 bilik. Yang tu nampak mcm airbnb. Mama malas nak tepek gambar hihi, tak ambil gambar situ pun.

Ruang tamu dan dapur dalam bentuk memanjang. Ada beranda boleh tengok2 pool kat bawah. Kat ruang tamu ada aircond juga mmg sejuk menggigil duduk rumah ni. Kebetulan masa  kami ke sini hari-hari hujan. Tapi alhamdulillah masih boleh pergi ke sana ke mari time tak hujan. Mama tidur tak on aircond pun dah rasa macam kat Cameron Highland dah.

Ada satu bilik air aje. Bilik air dia agak sempit. Sebab tu kalau korang bina rumah sendiri baik buat besar sikit bilik air tu biar selesa.

Best juga duduk sini. Supermarket dan kedai duty free ada kat hotel tu sendiri. Hari-hari mama turun bawah beli coklat dan shopping2 tau. Sampai nak balik tu kena beli 2 luggage bag sebab tak muat coklat huhu..Ruangan lobi dia pun syok juga bersantai2 dan berehat. Ada mainan dan kerusi urut. Masa mama ke sini dulu mama datang hotel ni untuk beli coklat aje kat CK duty free tu. Baca ni CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak


Kat sini ada juga makanan yang boleh di order dan makan di hotel. Refer kat atas untuk menu dan harganya. Ada juga yang buat bbq dan hotel sediakan semua. Tak tau lah bayar macam mana. Kalau nak book apa2 pakej pulau pun ada di hotel e.g. island hopping, etc. Boleh dikatakan duduk sini semuanya ada.

Overall stay kat sini puas hati juga lah. Staff baik2 siap ada khidmat concierge hantar sampai depan pintu. Nak pergi pantai cuma jalan kaki tak sampai 5 minit. Memang dekat sangat dah dengan pantai. Nak cari van pink pun senang sebab van pink byk yang parking depan hotel tu. Pasir Bogak tak se crowded mcm teluk Nipah so kami chill2 aje kat sini. Nak makan pun senang ada 3-4 warung depan hotel. Malam pula ada kedai ikan bakar sebelah hotel.

Harga Unit Apartment di Coral Bay Resort 

Unit mama duduk ada 2 bilik Pangkor Coral Bay Resort RM 614 untuk 2 malam
Unit adik mama 3 bilik Sea & Wave Coral Bay RM 848 untuk 2 malam.


Maklumat Coral Bay Resort Pasir Bogak, Pulau Pangkor Perak

Ini maklumat Pangkor Coral Bay Resort

Gambar yg mama ambil Dari warung depan hotel sambul2 tunggu nasi goreng mama siap hihi.

Pangkor Coral Bay Resort

Address: Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Phone: 05-685 5111


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. Hujung2 cuti CNY tu pun kami konon2nya nak ke Pulau Pangkor, tak plan pun main terjah je. Sekali tiket feri nak balik dah habis daa, kalau nak kena balik esok harinya. Terus batalkan hasrat, singgah ke Teluk Batik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalik pula dari kes mama, mama pada awalnya nak pegi teluk batik tapi sebab stays kat sana tak kena citarasa maka terus kepangkor. mmg tiket kena beli awal carneyz

      Delete
  2. pernah pergi sini dengan geng media blogger. dapat bilik sorang satu. best ! bilik besar duduk sorang.

    ReplyDelete
  3. besar juga ya? memang best kalau datang ramai2 dan menginap kat sini... puas hati pun ya!

    ReplyDelete
  4. Not bad. Cantik poolnya bentuk love

    ReplyDelete
  5. kalau pergi ramai2 best stay mcm ni. semua pon lengkap dan yang best malam2 boleh lepak sama2 dekat ruang tamu

    ReplyDelete
  6. bestnya holiday tepi pantai..relax je

    ReplyDelete
  7. Bagus semua kemudahan ada.
    Amboi borong coklat sampai 2 beg!

    ReplyDelete
  8. Boleh survey tempat ni kalau nak ke Pulau Pangkor nanti.

    ReplyDelete
  9. Lama tak cuti-cuti ke Pangkor..Nak ajak mr hubby lah bebila nanti..Best tengok resort mama stay ni..Suka tempat yang tak crowded sangat macam ni...

    ReplyDelete
  10. harganya terlalu mahal, ternyata 3 malam ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 malam pak.. 3 hari. agak mahal sebab peak time. cuti sekolah

      Delete
  11. mujur ok...kalau dapat bilik hauk mcm ammi masa kat Virgo Batik tu hmmmmm...time nak tidur tu pun rasa nak marah

    ReplyDelete
  12. nampak selesa penginapan di coral bay... seronok pergi ramai-ramai

    ReplyDelete
  13. nampak penginapannya selesa & bersih.
    tandas pun ok tu. bersih.
    coklat murah tu yg jugak menarik perhatian aida :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. Nampak biasa dari luaran tapi terbaik. Saya suka macam ni la kak tenang tenang aje bila bercuti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post