Salam hari Jumaat semua. Harini mama ternampak satu soaljawab berkenaan Adakah Sah Mandi Junub Jika Hanya Berendam Dalam Bathtub? dan mama terasa nak share di sini. Post ni berdasarkan soaljawab dari website Mufti Wilayah Persekutuan. Mari kita baca sama-sama. Bestnya bina rumah yang ada bathtub ni.. eh selingan pula..
Baca juga:
Adakah Sah Mandi Junub Jika Hanya Berendam Dalam Bathtub?
Soalan: Adakah boleh mandi junub dengan sekadar berendam di dalam tab mandi?
Mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Perkara yang menyebabkan seseorang itu wajib mandi ialah keluar air mani, haid, nifas dan wiladah.[1] Para ulama telah menjelaskan bahawa fardu bagi mandi wajib ada dua perkara sahaja iaitu niat mandi wajib dan meratakan air ke seluruh badan.
وَأَقَلُّهُ نِيَّةُ رَفْعِ جَنَابَةٍ أَوْ اسْتِبَاحَةِ مَفْتَقِرٍ إَلَيْهِ أَوْ أَدَاءِ فَرْضِ الْغَسْلِ مَقْرُونَةً بِأَوَّلِ فَرْضٍ وَتَعْمِيمُ شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ.
Maksudnya: Sekurang-kurang untuk (mandi wajib) ialah niat mengangkat hadas atau bagi memboleh ibadah yang memerlukan kepadanya atau bagi melaksanakan fardu mandi wajib yang dilakukan bersamaan dengan basuhan pertama anggota yang wajib dan meratakan air ke seluruh bulu dan badan.[2]
[Rujuk Minhaj al-Tolibin: 1/14]
Ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha, yang merujuk kepada meratakan air ke seluruh badan, beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الجَنَابَةِ، بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي المَاءِ، فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ، ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ، ثُمَّ يُفِيضُ المَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Sesungguhnya apabila Nabi SAW mandi junub, Baginda akan memulakannya dengan mencuci kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Seterusnya, Baginda memasukkan jari-jari ke dalam air lalu meratakannya ke kulit rambutnya. Kemudian Baginda menyiramkan air ke atas kepala dengan kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali, seterusnya Baginda mengalirkan air ke seluruh kulit tubuhnya.
Riwayat Bukhari
فَلَوْ انْغَمَسَ جُنُبٌ أَوْ مُحْدِثٌ فِي مَاءٍ قَلِيلٍ ثُمَّ نَوَى ارْتَفَعَ حَدَثُهُ عَنْ جَمِيعِ أَعْضَائِهِ فِي الْأُولَى، وَفِي الثَّانِيَةِ عَنْ أَعْضَاءِ وُضُوئِهِ، وَصَارَ الْمَاءُ مُسْتَعْمَلًا بِالنِّسْبَةِ إلَى غَيْرِهِ لَا إلَيْهِ
Kesimpulan
Justeru, mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan. Akan tetapi, jika terdapat kotoran tersebut, maka wajib menggosok dan menghilangkan kotoran tersebut seperti perbahasan di dalam bab wuduk.Sumber: Muftiwp
syukran for sharing...tak puas mandi kalau x gosok2 badan...
ReplyDeleteTak pernah terfikir utk tanya soalan tu. Thanks for sharing! ;)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteyg sy faham apa jua cara mandi yg penting air mengenai seluruh tubuh
ReplyDeletemandi ini memang sangat penting
Deletepernah terbaca juga mandi wajib / junub pun sah kalau terjun atau berendam dalam sungai / air laut sebab kedua-duanya air suci dan menyucikan.
ReplyDeletethanks for sharing. tp sy lebih suka dan yakin mandi guna shower atau getah paip...
ReplyDeleteBoleh rupanya. Hehe.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Tambah ilmu.
ReplyDeletemakasih kakak atas pencerahannya. jangan lupa untuk berniat mandi junub agar sempurna
ReplyDeleteterima kasih sharing adda
ReplyDeleteThanks for sharing adda...dapat ilmu lagi hari ni
ReplyDeleteTerima kasih kongsi Adda..
ReplyDeletetq for sharing..good info!
ReplyDelete