Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor

Impian memiliki rumah di atas tanah sendiri tentu menjadi igauan semua termasuklah diri mama sendiri. Alangkah seronoknya mempunyai rumah dengan laman yang besar dimana boleh dijadikan tempat bersantai bersama keluarga. Dirikan gazebo dan tanam pokok buah-buhan sendiri, tentu sekali menjadi terapi dan sumber kebahagiaan. Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor


Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor

Sambil berborak dengan kengkawan kadang-kadang timbul juga isu bina rumah ni. Harga rumah kalau di Selangor memang terlalu mahal jika dibeli dengan pemaju. Kalau ada bajet lebih sedikit apa salahnya bina rumah di atas tanah sendiri. Rumah lebih luas dan ada laman besar. Seperti yang mama tengok kawan-kawan yang bekerja guru dan doktor ramai yang dah buat macam ni. Ada yang mempunyai banglo 2 tingkat dan ada yang mempunyai banglo setingkat. Seronok tengok rumah diorang. Wanita bekerjaya bila ada rumah sendiri tentu terasa berbaloi kepenatan bekerja tu kan.


Gambar di ambiil dari FB Nas Nuri Construction 

Banglo 2 tingkat macam ni menyerupai banglo kenalan mama yang juga merupakan seorang doktor. Laman dia memang luas sangat dan interior dalaman memang cantik, disusun mengikut kehendaknya sendiri.


Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 

Berdasarkan pemerhatian mama, kelebihan bina rumah atas tanah sendiri adalah seperti berikut:

  • Bina rumah mengikut kemampuan kewangan dan bajet sendiri. Contohnya jika ada bajet besar boleh bina rumah banglo 2 tingkat tapi kalau bajet lebih kecil sudah memadai banglo 1 tingkat. Begitu juga bajet belian tanah. 
  • Kos pembinaan rumah lebih rendah berbanding kos beli rumah dengan pemaju. Harga pasaran rumah sekarang memang terlalu mahal. Kalau di Shah Alam ni unit kondo pun dah capai RM1 juta. Dengat modal banyak itu kita mampu bina banglo 5-6 bilik. Siap ada laman lagi.
  • Bebas memilih konsep dan reka bentuk rumah mengikut citarasa sendiri. Seronoknya duduk rumah yang kita design by scratch, kan.
  • Dijadikan aset. Harga rumah setiap tahun tidak akan semakin menurun sebaliknya akan semakin naik dari tahun ke tahun. Tentu sekali rumah yang dibina adalah aset dan pelaburan berharga. Selain itu, rumah itu boleh juga dibuat untuk sewaan atau homestay. 

.com/img/a/
Mama lihat sendiri beberapa homestay yang mama berulangkali book, pemiliknya terdiri dari kalangan guru. Agaknya sebab tu homestay mereka selesa, cantik dan bersih. Almaklumlah cikgu kan organized orangnya. Ni contoh rumah yang dibina untuk dijadikan homestay. 

Nas Nuri Kontraktor Rumah  Dipercayai

Bagi sesiapa yang ingin bina rumah di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, mama nak rekemen Nas Nuri Construction. Nas Nuri adalah kontraktor di Selangor yang telah membantu lebih 100 pelanggan membina banglo bermutu di lokasi terpilih di sekitar Selangor & Negeri Sembilan sejak tahun 1996. Nas Nuri menghasilkan banglo berkualiti, cantik, tahan lasak & disertakan dengan waranti.

Mengapa Nas Nuri Menjadi Kontraktor Pilihan Negeri Selangor

Ini antara sebab mengapa ramai yang memilih Nas Nuri.

Kontraktor berdaftar CIDB G5
Kontraktor yang di percayai kerana berdaftar dengan CIDB. Maka, tak perlu lah risau jika projek terbengkalau atau perkara tak diingini berlaku.

Lebih 20 Tahun Dalam Pembinaan Rumah & Dilengkapi Sehingga 3 Tahun Warranty
Sehingga sekarang sudah lebih dari 100 banglo telah dibina. Setiap binaan ada 3 tahun warranty untuk Struktur dan 1 tahun warranty untun kemasan. 

Kualiti Kemasan Mengikut Standard Qlassic & CIDB Binaan
Dalam setahun, Nas Nuri hanya mengambil 15 slot saja bagi memastikan binaan yang tinggi kualiti. Oleh itu sesiapa yang berminat kena book slot cepat-cepat agar tak kecewa.

Menyediakan Pelan Banglo Secara Percuma
Arkitek NAS NURI sendiri telah melukis lebih 30 pelan banglo dengan rekabentuk terkini. Semuanya boleh di download secara percuma dan boleh terus digunakan untuk bina rumah. Bagi yang inginkan pelan baru, boleh hubungi Nas Nuri, ia juga ada disediakan.

Rekabentuk dalaman disediakan dengan kos menarik
Nas Nuri menyediakan rekabentuk dalaman (ID) dibawah nama Kriasi Design dengan kos yang menarik. Tawaran ini khas bagi pelanggan yang membina banglo bersama Nas Nuri saja. Selain itu khidmat servis selepas jualan juga disediakan..

Antara hasil ID bersama Nas Nuri

Rumah Dibina Tinggi Kualiti dan Ada Nilai Tambah
Nas Nuri mementingkan kualiti rumah yang dibina. Kerana itulah mereka menggunakan bahan yang berkualiti contohnya cat luar jenis tahan cuaca dan menyediakan rawatan anai-anai. Kebanyakan rumah yang dibina dilengkapi dengan longkang dan kaki lima keliling rumah. How thoughtful!

Peace of Mind & Dipercayai
  • Segala kerja binaan ditapak akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh 2 pegawai, iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan juga pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak).
  • Pekerja binaan pula dipecah mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai (tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir), setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai bertanggungjawab, dan segala urusan pembelian barang ditapak diuruskan staff kewangan di pejabat..


Contoh Rumah Yang Dibina oleh Nas Nuri Construction

Antara rumah yang telah dibina oleh Nas Nuri adalah seperti berikut. Memang nampak cantik dan high end rumah-rumah ni. Interior dan exterior kedua-duanya memang menawan. Lebih banyak gambar boleh dilihat melalui Facebook dan website Nas Nuri.

Banglo 2 tingkat di Shah Alam.

Kos keseluruhan banglo ni anggaran RM970k (termasuk pagar, retaining wall dan imprint concrete) dengan saiz binaan rumah anggaran 4500kps. Dilengkapi dengan tile dinding penuh bagi bilik air dan dapur.dan siling jenis plaster ceiling dengan palmet bagi langsir. Ada bathtub lagi.


Rumah Banglo 1 tingkat di Mantin

Kos keseluruhan banglo anggaran RM530k meliputi binaan lppsa, termasuk pagar belakang, kitchen kabinet dan kemasan ID bahagian hall. Saiz binaan rumah dalam anggaran 2500kps. Dilengkapi kemasan lantai bertile pilihan mengikut klien,.tile dinding penuh bagi bilik air dan dapur. Siling jenis plaster ceiling dengan decorative. Cantik sangat!



Banglo 3 tingkat di Senawang

Kos keseluruhan banglo 3 tingkat ini anggaran RM980k dengan saiz binaan rumah anggaran 5300kps. Binaan manggunakan tunai comply CCC, kos termasuk binaan pagar keliling. Kemasan lantai bertile pilihan klien dan plaster siling. Tile dinding penuh bagi bilik air dan dapur beserta papan 12mm bagi bahagian tertentu rumah kecuali patio, tandas dan dapur..


Maklumat Nas Nuri Construction

Korang boleh hubungi Nas Nuri melalui details di bawah. Bagi semua yang ingin bina rumah sendiri mama recommend kunjungilah website Nas Nuri. Ada banyak tips dan ilmu perumahan menarik dan berguna yang boleh kita ambil.

Contohnya FAQ di website dawaibesi.com korang boleh baca topik seperti 
  • Panduan 7 langkah membeli lot tanah banglo terbaik di Selangor
  • Panduan memilih tanah dengan ukuran & saiz yang tepat untuk mengelakkan tersalah beli.
  • Cara-cara untuk dapatkan kelulusan pembiayaan bina rumah 


Untuk maklumat lebih lanjut boleh berhubung atau kunjungi social media Nas Nuri seperti di bawah:

Logo-Nas-Nuri%2Bsaiz%2B580

NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD

Alamat: No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Office: 03-33597852 
No Telefon Sales: 019-3487372

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Seronoknya kalau boleh bina rumah di atas tanah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, seronok sgt ada tanah dan rumah sendiri

      Delete
  2. ada rezeki dpt bina rumah atas tanah sendiri, mmg bahagia. separuh 'kerunsingan' dah hlg 😁

    ReplyDelete
  3. kalau ada tanah sendiri mmg rasa nak buat rumah sendiri. tapi skrg harga tanah pun dah mahal. apa je la tak mahal skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin tahun mmg semakin mahal carneyz. sebab tu kalau nak beli, beli skrg jgn tunggu2

      Delete
  4. Impian juga tu untuk ada sebidang tanah sendiri. Samada untuk bina rumah atau tanah berkebun. Ayah Aqil suka berkebun. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada rezeki impian menjadi kenyataan. seronok tgk tanaman kalau dh membuahkan hasil kan

      Delete
  5. Replies
    1. semua tu hasil binaan Nas Nuri. Memang seronok cuci mata tgk gambar rumah2 kat FB Nas Nuri

      Delete
  6. Betul buat sendiri dapat reka ikut citarasa.
    Cantik-cantik rekaan Nas Nuri.

    ReplyDelete
  7. Tak lama lagi nak pencen, memang ada niat nak buat rumah kampung tapi tengah usaha cari tanah dulu hehehe

    ReplyDelete
  8. Memang best sangat dpt bina rumah ikut citarasa & design kita sendiri.Bebas kita nak buat mcmana pun bergantung pd bajet…

    ReplyDelete
Previous Post Next Post