Dinner di Restoran D Balay Tomyam Pulau Pangkor, Perak

Malam kedua di Pasir Bogak Pulau Pangkor mama dan adik-adik Dinner di Restoran D Balay Tomyam Pulau Pangkor, Perak. Selepas ronda satu Pulau Pangkor maka mama terus minta en driver van pink bawa kami ke kedai makan yang dia rasa rekemen. So, singgahlah kami ke sini sebelum balik ke hotel. Masa tu pun dah pukul 7 malam. Semasa round2 pulau, cuaca tak berapa elok sekejap hujan sekejap gerimis. Maka laparlah kami ini haha

Malam pertama makan kat sini - Dinner di Shellout de Pangkor, Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak


Dinner di Restoran D Balay Tomyam Pulau Pangkor, Perak

Restoran ni berada di tepi jalan aje dan van kami pun parking kat tepi tu aje. Perkara pertama yang mama nampak adalah ada org jual sate kat tepi jalan tu. So, mama order satay dulu then baru masuk ke restoran.


Kami tapau aje makanan kat sini sebab mama kan bawa mak mertua. Dia tak larat nak makan kat situ. Nak cepat-cepat balik bilik dan berehat. Nasi goreng USA rasanya ni


Bihun tomyam. Sedap bihun tomyam ni. Tomyam dia kaw dan pedas. Memang favourite mama la

Lamb chop utk anak mama

Satay yang mama beli tu. Sedap sate ni takde lemak.

Tak ingat nasi goreng ape tah ni haha

Sambil tunggu makanan siap, kitaorg minum air dulu. Teh ais ni rasa teh siam. ala teh pyorr tu.


Menu & Harga Makanan di Restoran D Balay Tomyam Pulau Pangkor, Perak

Ini adalah Menu & Harga Makanan di Restoran D Balay Tomyam Pulau Pangkor, Perak

Segment western. Kitaorg ada beli fries juga 2 bungkus. Makan ramai-ramai. 




Secara keseluruhan makanan kat sini OK. Takde yang tak sedap semunya OK. Cuma agak lama masa menunggu. Order ambil memang cepat dan air pun cepat aje sampai, tapi nak tunggu makanan siap dimasak memang lama betul satu jam mama tunggu tau. Mama sampai ulang alik tanya kat kaunter depan tu tau. Kedai ni kena lebihkan kecekapan tukang masak. Air punyalah awal sampai tapi makanannye alahai. Sama juga kalau buat rumah kena ada kontraktor yang cekap. Banyak meja yg ada air aje. Semua tunggu makanan. Kesian juga tengok muka adik manis yang ambil order bila org dh mula tanya2 makanan..

Maklumat Restoran D Balay Tomyam Pulau Pangkor, Perak

Keadaan dalam kedai

D Balay Tomyam

Alamat: 57, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Nasib baik makanan sedap. Tukang masak kena tambah.

    ReplyDelete
  2. kedai makan ni wajib try, baru sendiri tahu sedap or not, servis ok or not, kan :)
    tapi dari gambar, nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. boleh buat kacau mood lama sangat menunggu

    ReplyDelete
  4. dah lama sungguh rasanya tak makan nasi goreng USA..dulu2 itu la menu kegemaran saya

    ReplyDelete
  5. Selamat mendinner selera
    Nampak sesedap

    ReplyDelete
  6. Tengok pada harga mcm ok dah.. Lamb chop tu nmpk sedap basah..
    Dorang perlukan tmbh kitchen crew, rugi klau customer tunggu lama terus balik je nnt..

    ReplyDelete
  7. mak aiiii lamanya sejam tu. kalau sy laa gaknya dah angkat kaki kot😁

    ReplyDelete
  8. Rasanya kalau makan kat Pangkor nie memang lambat tau siap makanannya. Kalau lapar tu boleh mendatangkan marah.. hehehe.. tapi nasib makanan sedap kan Adda..

    ReplyDelete
  9. nasi goreng dia tu nampak sedap tomyam tu pun nampak kuah nya pekat... dapat hirup tomyam yang sedap memang boleh habis kuah nya tu dihirup

    ReplyDelete
  10. kalau aku suka satay yang ada lemak hehe..

    ReplyDelete
  11. Harga macam mana adda? reasonable ke mahal? sebab biasa harga kat pulau mahal skit

    ReplyDelete
  12. tak syoknya kena tunggu lama macam tu. tengok menu dia takde lah yang menarik sangat. mungkin tak cukup pekerja kot

    ReplyDelete
  13. Puas makan tom yam kalau rasanya pedas, masam...perghhh!

    ReplyDelete
  14. Erm..memang kena perbaiki lah yang mana kurang. Tukang masak kena cekap. Selalunya kalau ada banyak pilihan mavam tu kurang2 kena ada dua tukang masak. Tukang masak untuk makanan western dan makanan goreng2 tu kan. Saya kalau tak lapar sgt tahap kesabaran tunggu makanan tu memang tahap maksima tapi kalau tgh kebulur memg hilang sbr jadinya..hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post