Dinner di Shellout de Pangkor, Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak

Assalamualaikum semua, Harini mama nak sambung cerita percutian Pulau Pangkor mama dan adik beradik sekeluarga pada bulan lepas. Kami menetap di Pasir Bogak dan malam tu kami pun cari-cari tempat untuk dinner beramai-ramai. Mulanya nak makan ikan bakar di restoran beteul-betul tepi Coral Bay Resort. Sekali dia hendak tak nak layan je kitaorang ni wak. Malas nak bagitau nama resstoran tapi korang boleh cari sendiri lah restoran yg tepi Coral Bay. Waiter dah nampak kami ramai-ramai datang tapi diorg langsung xde tindakbalas, padahal masa tu tak ramai pun dlm kedai. Tercangak-cangat kitaorg tak sure nak duduk mana, takde org layan langsung. Sebab kitaorg kan ramai so kenalah susun meja. Last-last kami Dinner di Shellout de Pangkor, Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak aje.

Bila tengok review google memang teruk restoran tu.. Alahai dik kalau xnak meniaga tutup kedai je la ye.. Sambil tu baca juga:


Dinner di Shellout de Pangkor, Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak

Mula-mula mama dah aim nak makan di Coconut Paradise sebab ternampak kedai tu semasa pergi ke Pantai petang tu, tapi tengok2 malam tu dia tutup pula. Sebab tu kami akhirnya decide makan shell out aje la.. lapar dah perut ni..

Inilah set shell out yang kami order, atas recommendation staff kat situ. Nama set ni ialah Combo Super X berharga RM 229. 



Puas hati makan kat sini. Shellout ni raa dia memang tak mengecewakan kuantiti mix potion seafood dia ok. Sebab mama pernah makan shellout kat tempat lain sebelun ni ada yang terlebih lala, etc. Set ni mama ambil sos sambal memang sedap. Lobster besar dan fresh. Air pun sedap2. Harga shellout berpatutan dan overall kami satisfied. Pekerja ramah, siap tlg ambil gambar dan recommend menu utk big group kami.. total 10 pax harga RM 300++ ok la kan.


Set ni didatangkan dengan ikan siakap goreng crunchy yang sedap ni..



Ni harga keseluruhan yang kami bayar malam tu untuk taotal 10 pax


Menu dan Harga di Shellout de Pangkor, Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak





Sauce Options: Sambal, Black Pepper & Golden Salted Egg


Maklumat Shellout de Pangkor, Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak

Exterior restoran. Terletak bersebelahan satu lagi dengan Cora Bay Resort menghala ke Pantai Pasir Bogak.

Interior restoran. Cosy aje. Staff friendly dan ada kucing yang friendly juga hihi. Kalau nak cari kontraktor selangor yang friendly boleh mama rekemen.


Shell Out de Pangkor

Alamat: 76, Jalan Pasir Bogak, Pangkor, Malaysia

Waktu operasi: 5:30 - 10 PM

Phone: 012-625 8432


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. OK, kalau ada rezeki ke pangkor boleh la usha kedai ni hehe

    ReplyDelete
  2. Rangup betul nampak ikan siakap goreng tu kiranya sape tak nak join shell-out bolehlah makan ikan je

    ReplyDelete
  3. ruginya dia tak nak layan pelanggan..tapi nasib baik juga mama lari tempat lain,dibuatnya makanan lambat sampai lagi panas hati kan

    ReplyDelete
  4. Harga tu OK lah untuk lobster besar dan fresh. Yang penting sedapp

    ReplyDelete
  5. Mak aii.. Besaunya lobster.. Saya tak pernah makan lagi..

    ReplyDelete
  6. Hikmah pergi kedai lain. Mungkin makanan di kedai orang tidak layan itu tidak mebepati selera.

    ReplyDelete
  7. padan dengan harga lobster kut...mesti manis isi diaa..nyum nyum..best nye gie pangkor.
    dah lama tak pergi. hilang masalah kalau pergi ni. 😅

    ReplyDelete
  8. So far x pernah lg dpt jejak pangkor ni hehe...ntah bila la agaknya dpt ke sana

    ReplyDelete
  9. utk 10 pax kena 300++ ok banget tu mama... geram pulak tengok tangan lobster tu.....

    ReplyDelete
  10. perghhhh lobster tuuuu waduhhh mmg x keruan menengoknya😁 padanlah dgn harganya👍👍👍

    ReplyDelete
  11. sedap tak shelloutnya... kalau sedap nak pi nanti

    ReplyDelete
  12. Mmg ada sejenis waiter yg x suka layan org reramai.. to rugilah tolak rezeki.. baik pegi ke kedai yg org nk layan kita kan? Alhamdulillah dpt mkn sedap

    ReplyDelete
  13. happynya tengok lobster dia! Berbaloi harga kalau makan 10 orang, memang tersandar lepas makan

    ReplyDelete
  14. Berbaloi dapat makan sedap, harga pun ok untyk 10 orang.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post