Itineri Percutian ke Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak

Percutian kami ke Pulau Pangkor kali ni memang jenis nice and easy aje. Pada awalnya kami nak bercuti-cuti di area Teluk Batik, Teluk Senangin atau Lumut aje. Tapi cari punya cari tak berjumpa dgn homestay atau hotel yang menepati citarasa. Bila baca review byk tempat yg review teruk, rating pun rendah. Sama juga kalau nak bina rumah kena cari kontraktor Selangor yang bagus. Susah-susah mama decide aje terus ke Pulau Pangkor. Itineri Percutian ke Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak


Itineri Percutian ke Pasir Bogak Pulau Pangkor Perak


Pantai di Pasir Bogak, ada batu yang cantik macam ni.

Itineri Bercuti ke Pasir Bogak, Pulau Pangkor

Mama nak tulis sini apa yang kami buat dalam masa 3 hari 2 malam di sini untuk kenangan mama.


Naik Feri Dari Jeti Marina 

Sambil tunggu feri sampai boleh gambar2 di kompleks jeti. Ada byk port yang best. Boleh tgk kat FB mama. Boleh nampak pulau Pangkor tu dari sini..

Naik feri dari jeti Marina dah petang sebab kami 3 kereta dari lokasi lain2, Muar, Perak dan Kedah.. Pastikan tiket feri dibeli lebih awal ye. Mama beli tiket secara online di https://pangkorferry.com/ boleh pilih seat siap2 tapi hakikatnya duduk sebarang2 aje. Mama pilih bertolak dari jeti Marina sebab perjalanan sekejap aje dlm 10 minit. 

p/s: Disebabkan tiket pergi dan balik dah dibeli awal, maka perjalanan balik tak macam masa mama ke Pangkor 2 tahun dulu. Dulu sgt teruk dah le masa tu PKP takde epenjarakan sosial langsung, disumbat2 aje semua orang tau. 

Hari Pertama

Hari Kedua

  • Sarapan kedai makan depan Coral Bay. Sedap juga makanan situ.
  • Mandi pool
  • Jalan pusing 1 Pulau Pangkor naik van pink tu. Harga RM80 kalau tak silap mama dari Coral Bay. Kalau nak tahu tempat mana yang kami singgah boleh baca post ni Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pangkor Perak mama update kat situ. Siapa yang pergi ke Pangkor jgn lupa ambil van pink pusing keliling Pangkor tau. Memang best, kena pula dpt driver yang rajin bg info. 
  • Kali ni mama dapat driver yang pernah kerja di Teluk Dalam Resort Pangkor. Barulah mama tahu krisis kat situ sampai kena tutup dan rupanya tempat tu berhantu. Kuat juga gangguan hantu2 kat situ macam2 hantu ada. Seronok layan borak. Sayang tempat ni dah ditutup. Besar tempatnya dan cantik.
  • Dinner di D Balay Tomyam yang driver mama rekemen. Sate situ sedap
  • Balik hotel dan shopping coklat lagi hihi

Hari ke 3

  • Pagi-pagi kami jejalan pantai
  • Balik dari pantai sambung mandi pool
  • Sarapan depan Coral Bay Resort
  • Shopping coklat lagi
  • Bertolak pergi jeti Pangkor untuk pulang


Rasanya itu aje yang mama nak stori harini. Mama busy sikit minggu ni. Awalnya mama nak tulis post tentang perbezaan Teluk Nipah dengan Pasir Bogak tetiba tercerita itineri pula haha.. layan je la..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. bolehlah sy plan ke pangkor lps ni... sy x penah pegi lg... tggu ms sesuai nnt insya allah...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi pergi bercuti di pulau

    ReplyDelete
  3. Laast pi pangkor 2012 kot..masa tu Mak Pah sihat lagi...cuma kami tak bermalam kat pulau

    ReplyDelete
  4. tak banyak sangat aktiviti boleh buat dekat sini, syok bergambar lah sebab view cantik tapi tu lah tak dapat enjoy sunset

    ReplyDelete
  5. Ibu pun lama dah x ke Pangkor mama. Duduk Ipoh tapi nak sampai ke Pangkor pun payah. ;)

    ReplyDelete
  6. Haha banyak beli-belah coklat. Hari-hari ada aktiviti tersebut.

    ReplyDelete
  7. Boleh lah refer sini nanti kalau nak jalan-jalan Pulau Pangkor lagi..

    ReplyDelete
  8. Batunya cantik. Yang putih-putih tu teritip ke, yang melekap atas batu?

    ReplyDelete
  9. benar-benar puas selama 3 hari berlibur di sana

    ReplyDelete
  10. lama dah tak pergi area sana.. macam best pulak baca

    ReplyDelete
  11. Okay nak baca review akak pasal hotel Coral Bay plak. Mana tau nak bercuti nanti boleh bawa anak anak kat sini

    ReplyDelete
  12. Mmg seronok bercuti di sana, pantai yg cantik, makanan pun sedap dan coklat pun murah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post