Assalamualaikum semua, harini sambil baca-baca telegram 1 Hari 1 Hadis mama teringin nak share berkenaan hadith berkaitan Malaikat Mendoakan Kebaikan Kepada Pendoa . Untuk peringatan diri mama. Baca juga:
Malaikat Mendoakan Kebaikan Kepada Pendoa
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan adalah mustajab.
Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. (Riwayat Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)
Marilah sama-sama kita amallkan mendoakan saudara-saudara kita termasuklah umat muslimin muslimat satu dunia. Bagi sesiapa yang mencari kontraktor rumah yang bagus mama doakan korang berjumpa dengan yang terbaik..
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor.
Tags
ISLAMIK
moga2 doa-doa sy selama ini diaminkan oleh para malaikat.a minnn
ReplyDeleteamin amiiin ya Robbal Alamin
DeleteTerima kasih kongsi ilmu, mamapp.
ReplyDeletethank u for this, mamapp. inshaAllah, aamiin
ReplyDeleteKita yang butuh Tuhan, bukan Tuhan yang butu kita, Jadi pasti sj wajib hukumnya berdoa
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteTq share
ReplyDelete