Pergi ke Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor Yang Sendu

Semasa mama ke Pulau Pangkor 2 tahun lepas mama tak berpeluang Pergi ke Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor Perak.. Agak kecewa juga lah sebab kalau boleh nak juga melawat kilang hasil laut orang Melayu juga kan.Tapi rupanya ada sebab kenapa uncle tu tak bawa kami ke sana masa tu. Kali ni mama personally request nak pergi ke sini tapi driver van pink bgtau siap-2 kat situ takde apa.. Mama berdegil juga nak pergi.. Rupanya...

Mama pernah cerita pasal kilang ni kat sini CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak


Pergi ke Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor Yang Sendu

Rupanya, mama diberitahu yang dulu jeti dekat Hasil Laut Pak Su ni pada awalnya ingin dijadikan jeti utama ke Pulau Pangkor. Kalau tengok kawasan jeti ni memang cantik. Tapi akhirnya jeti ni tak jadi untuk dijadkan jeti utama. Sebab tu lah tempat ni memang takde orang. Macam jadi tempat tinggalan aje. Masa awal sampai sini memang macam tak percaya.. Kosong aje. Sebab tu amat penting kalau nak beli tanah dan bina rumah sendiri kena pastikan tempat tu betul2 ada potensi.


Korang masih boleh membeli barang hasil laut di sini tapi hanya keluaran situ punye aje lah. Takde choice lain


Yang ada hanya 2 orang staf yang menjaga kedai. Snek ikan ni mama rekemen beli kat sini. Sedap juga. Kami beli semua versi. Semuanya sedap. Tempat lain rasanya tak jumpa snek ikan macam ni.


Ni lah antara barang yang dijual kat situ.

Walaupun sendu, tapi kami seromok juga bergambar-gambar dan spend masa di tepi jeti tengok ikan-ikan. Pemandangan cantik so takdelah rasa terkilan sampai sini. Kalau korang ke Pulau Pangkor singgahlah ke sini support diorg ni. 


Maklumat Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor 


Nampak seyap sunyi aje kan

Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor

Telefon: 013-513 1523



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

28 Comments

Words of wisdom

  1. bagusnya mamapp tolong support hasil laut paksu. mungkin dia banyak hantar produk hasil laut ke kedai2 di lumut kot, jadi kurang fokus jual di kilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun rasa macam tu carneyz.. elok lah kalau bisnes dia bagus

      Delete
  2. senyap sunyi harga tak cekik darah oklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga ok kan, tu yg beli mcm2 juga kat sini hihi

      Delete
  3. betul2 sunyi tu, nasib mamapp datang support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesiapa yg pergi pangkor singgahlah, ambil gambar kat jeti, cantik

      Delete
  4. Alahai kasihan pula.
    Takpelah sokong. Ramai yang tidak tahu agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dulu mmg glemer, tapi tak tau la nape xde pengunjung. brg pun terhad na

      Delete
  5. mungkin masa ni org x ramai kot... tp kalau sbb PKP... x tau laa nak kata... mmg kesian dgn usahawan kecil kecilan mcm ni

    ReplyDelete
  6. Jadi pusat memproses
    mungkin di pasarkan di tempat lain

    ReplyDelete
  7. Masa pergi pangkor tak singgah kat sini, tya2 dekat kawan2 katanya tak meriah disitu... jadi cancel nak pi situ

    ReplyDelete
  8. Kesian pulak.. kalau hasil jualan dia sedap dan harga ok knp org x rekomen ke sini ye.. kesian pak su

    ReplyDelete
  9. iya
    tampak sepi sunyi
    mungkin belum buka kali ya

    ReplyDelete
  10. Best juga tak ramai orang. Dapat pilih betul-betul barang yang nak dibeli kan.

    ReplyDelete
  11. few years back, aida hanya ke lumut.
    jalan2 di situ, tak ke pangkor.
    rasa dulu kala jejak pangkor tahun 2003, sebelum kawin :) ha ha ha ha...
    sure da byk perubahan.

    sendu. tapi mcm aman je dari gambar2 aida tgk.
    mudah kot nak pilih apa nak beli.

    ReplyDelete
  12. Patut kena majukan lagi tempat tu kan bagi meriah..

    ReplyDelete
  13. sayang pulak bila tengok.. sebab PKP ke puncanya?

    ReplyDelete
  14. ha'ah nampak sunyi, huruf pun sampai tertanggal.

    ReplyDelete
  15. Alaaaa... sedihlah pula tengok keadaan sunyi sepi di sini.
    Harap tak lama lagi akan meriahlah tempat ini dengan kedatangan para pengunjung dan pembeli dari luar daerah.

    ReplyDelete
  16. Pernah pergi Pulau Pangkor tak tahu pula ada tempat ni. Baca entry akak batu tau. Nanti boleh pergi

    ReplyDelete
  17. Sy di pangkor skrg...memang sendu..ada la 3...4 customer..sayu rasa..but my wife beli juga la bilis2 mata biru.ikan kering talam je abis stok...so plan gi kt jamilah la kt lumut....and snek ikan mg sedap..beli la..makan tanpa ragu..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kesian tgk. tapi kan percaya atau tak sebenarnya mama baru tau rupanya harga di pulau pangkor lebih mahal. baik beli kat lumut aje. rupanya yg dijual dari pangkor tu eg satay ikan, etc diambil dari mainland..

      Delete
Previous Post Next Post