Plot Twist Kisah si Kucing

Memandangkan harini hari Rabu mama nak buat word less post. Alkisahnya kat rumah mama ni ada banyak kucing yang takde tuan. Kami jiran-jiran ramai juga yang rajin beri makan. Masing-masing simpan makanan kucing kat depan rumah. Alhamdulillah, semua kucing-kucing ni takdelah yang kurus,semua gemuk-gemuk. Orang Shah Alam semua baik-baik agaknya. Sebab tu ramai yang suka tinggal dan bina rumah di Shah Alam.

Ada 2 ekor kucing yang selalu datang ke rumah mama. Ni mama nak cerita kisah diorang.


Kucing-kucing ni semuanya jenis liar so memang tak pernah dapat pegang atau manjakan. Kucing hitam dalam gambar tu dilahirkan di rumah jiran mama. Dia ada 3 adik beradik semuanya comel gile. Dia aje yang hitam legam bulu tak kembang. Selalunya bila mama keluar rumah dia akan julur kepala dia kat pagar. Kalau dia buat macam tu tau lah mama dia nak makan. 

Sebelum ni dia bawa adik2 dia 3 ekor dtg rumah makan sini. Mama kenal mak dia. Setiap kali mak dia beranak dia jaga betul-betul adik2 dia. Mama panggil dia kak tam. Kalau ada kereta nak lalu dia akan pastikan adik2 semua duduk jauh. Baru-baru ni dia bawa kucing kecil dalam gambar tu. Pergi sana sini berdua. Dia protect habis adik dia. Mama sampai bgtau husband yang si hitam ni mmg kakak yg baik


Mama suspect ini adik dia sebab sama warna mcm mak si hitam. Dia ni lagi super takut orang. Tapi mmg kelakar kalau tgk dia ni. Bak kata husband, macam kucing tapi ada gak macam tupai, ada masa macam musang, berjalan gaya kambing. Tak pasti mama specias apa sebab badan dia kecil, kaki pendek, bulu kembang tapi kucing siam. Mata bulat macam tu..


Plot twistnya, masa mama di depan rumah tetiba mama dgr bunyi kucing seperti bergaduh. Mama pun carilah sumbernya.. Terkejut mama tetiba mama nampak kak tam tengah gigit tengkuk si musang tu. Haa... barulah mama tau yang kak tam tu rupanya bukan kakak, tapi abang haha.. So, mama pun jadi confuse sekarang ni adalah dia jaga adik atau dia jaga bini haha.. OK lah itu aje entry santai dari mama.. Bukan drama korea aje ada plot twsti tau.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. amboiii kak tam... eh abam tam... tgkp musang ko yeeee😁

    ReplyDelete
  2. sebab tu kucing jantan atau betina kene di mandulkan kak, kalau tak gini lah jadinya kucing liar merata. Tak terjaga, kesian mereka. Kucing betina 3 bulan je bunting pastu beranak la dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada segelintir manusia yg tak bertanggungjawab dana. bela kucing cantik2 sampai beranak pinak. Bila dh banyak tak mahu jaga. Tu yg last2 jadi kucing liar. kesian

      Delete
  3. Selalu tiada nampak kucing suami isteri. Adik pada Tam agaknya.

    ReplyDelete
  4. Laaa..si Pak Tam tu punya kerja..amboiiii..buat hal erk

    ReplyDelete
  5. Haha...al kisahnya pok tammm XD

    ReplyDelete
  6. hahaha plot twist betul cerita ni, tak pasal2 saya tergelak sorang2 baca!

    ReplyDelete
  7. Dah macam drama Korea pulak ye Adda.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. ha ha ha..pun boleh yer mcm tu punya plot twist..
    comel la yg putih tu..

    ReplyDelete
  9. ada Kucing sifat penyayangnya melebihi manusia 😁
    Umah ciknur jga byk kucng luar. Yg ada waktu menunggu kita bg mkn. Blkg umah skrg bertambah lg.ada dua ibu dah berani bw ank2nya berderwt keluar .yg jantan jga ada je time lapar memanggil manggil nkknan.
    tp jenis x blh dkt dia akan lari jauh. Jadi kita letak je mknan . Kesiann , selagi mampu bg kira sedekah jga kan

    ReplyDelete
  10. Nak bagi anugerah pelakon drama terbaik kat diorang ni.

    ReplyDelete
  11. si blacky dan si putih akur sekali

    ReplyDelete
Previous Post Next Post