Assalamualaikum semua. Bagi kaum ibubapa korang dah habis shopping barang sekolah anak ke? Mama sendiri since last week sibuk menyiapkan persiapan sekolah anak mama. Last minute juga sebab minggu pertama dan kedua cuti mama sibuk berjalan. Last week baru sempat basuh baju2 anak mama yg dibawa dari asrama. Teruk betul mama ni kan hii.. Harini mama nak cerita perihal Anak di Serang Psoriasis di Kepala. Tak sangka juga anak mama tetiba diserang Psorisis.
Baca juga:
- Misi Rescue Anak Dari Asrama
- Pengalaman Bawa Anak Periksa Mata di Optimax Eye Specialist Centre Klang, Selangor
- Kenapalah Awak Masukkan Pemadam Dalam Telinga hai Anak
Anak di Serang Psoriasis di Kepala
Mama sebenarnya sudah perasan kulit kepala anak mama ada seperti sisik putih. Mama ingatkan kelumumur dan masa tu mama belikan shampoo kelumumur dan minta dia gosok kepala semasa shampoo rambut. Sehinggalah cuti bulan Dec lepas mama tengok masih lagi ada benda2 putih tu. Sebab tu 14hb Dis mama bawa dia ke farmasi HealthLane di Sek 18 Shah Alam. Bagi yang mencari Peguam Syarie Shah Alam mama boleh rekeman.
Terkejut mama bila phamacist bagitau yang anak mama ada Psoriasis. Dan sudah pun pada 2nd stage sebab keadaan kulit tu dah jadi tompokan putih. Kalau early stage tompokan tu masih dalam kemerahan. Masa tu klit muka dan di tangan anak mama pun ada tompok putih seperti panau kecil. Rupanya tu pun disebabkan psoriasis ni juga.
Selama 2 minggu mama bebetul ikut step yang pharmacist minta iaitu
- Spray lotion Beprosalic setiap hari 2 kali. Mama spray di bahagian putih2 dan juga sapu di bahagian kulit yang seperti panau
- Anak mama tukar shampoo kepada Mother earth shampoo
- Dezour plus shampoo tu sepatutnya guna 2 kali seminggu tapi yang ni tak berapa ikut step.
Hasilnya, alhamdulillah yang berkuping2 tu hilang dan kulit anak mama sudah tak bersisik. Terasa licin aje. Pada mama lotion Beprosalic tu memang amat membantu.
Ni la harga barang2 tu.
Rupanya pakcik dia dan cousin dia pernah hadapi masalah ni juga. Mama terbaca yang Psoriasis ni antara penyakit autoimmune dan boleh disebabkan oleh diabetes atau stress.. Mama doakan semoga anak mama tak stress kat asrama tu. Semoga sentiasa dipermudahkan urusannya. Psoriasis ni takde ubat so kena sentiasa pantau dan beri rawatan topikal (jika tak serius) dan guna produk yg kurang chemical.
Ni mama tepek sebagai rujukan mama. Diambil dari Hello Doktor
semoga cepat sembuh...mcm2 kan
ReplyDeleteHarap2 dah sembih dah
ReplyDeletesemoga cepat2 sembuh aamiin dah nak buka sekolah dah kan minggu depan mama :)
ReplyDeleteBagus Adda peka kesihatan anak. Terus bawa ke farmasi cari penawar.
ReplyDeleteMoga lekas sembuh!
ReplyDeletemoga dapat pulih seperti sediakala dan sembuh sepenuhnya kak, dia siap boleh ada tompok putih tak tangan juga rupanya ye kak
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh
ReplyDeleteamiiiin...
DeleteBaru tau penyakit ni punca dari apa. Semoga bujang akak bebas dari psoriasis
ReplyDeleteamin, tq mimiku sayang
DeleteAduhai mesti tak selesa tu kan...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ya
ReplyDeleteooo stress pun boleh menyebabkan penyakit ni ya
ReplyDeletePernah juga nampak kawan anak Kak Sue kena macam nie. Nanti boleh lah suggestkan ubat yang Adda kongsi nie..
ReplyDeleteboleh cuba kak sue, dgn syafi mmg menjadi
Deleteaduh.. mesti gatal sangat tu kan..mujur anak lelaki wei.. kalau perempuan dengan bertudung lagi..
ReplyDeleteuish kalau perempuan lagi kesian kan..
DeleteKena bagi ubat /krim sapu dekat situ... kalau kering lagi sakit... moga cpt baik
ReplyDeleteguna spray tu dh ok bonde, yg bersisik tu jadi licin tp kena selalu apply la
Deleteni dah naik asrama semula..harap2 rajinlah abang spray guna spray tu ye
ReplyDeleteinsya allah ammi, kena selalu ingatkan dia
Delete