Berbuka di Buffet Ramadhan 2023 Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Selangor Bersama Anak-anak Al-Mahabbah Klang

Assalamualaikum semua. Pada hari ketiga berpuasa aritu mama  Berbuka di Buffet Ramadhan 2023 Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Selangor Bersama Anak-anak Al-Mahabbah Klang. Selalunya mama lebih selesa berbuka dirumah kerana mengejarkan tarawih tapi rupanya berbuka dengan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA ni perasaan dia sama seperti berbuka di rumah juga dan lebih lagi. Jom orang Shah Alam datang berbuka di sini.

 

Buffet Ramadhan 2023 - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah



Mari sama-sama kita raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023- ‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini.

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Sabtu lepas telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah, Bukit Raja Klang.


Sebahagian dari adik-adik dari rumah Al-Mahabbah. Comel dan behave sangat diorang ni. 

Majlis ini diadakan untuk menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Dalam masa yang sama juga ia merupakan inisiatif pihak Nusantara Catering & Event untuk memberikan sinar kegembiraan buat anak-anak ini di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan. Seronok berbuka dengan anak-anak ni sebab diorang memang happening dan berdisiplin. 

Persembahan anak-anak rumah Al-MAhabbah


Pelbagai Menu Enak Menanti

Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak.

Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian.

Highly recommended. Kambing golek kat sini juicy dan perapan yang terbaik. Sedap!

Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.



Semua lauk-lauk ni sedap dan fresh. Korang wajib cuba ketam masak kamheong, ikan bawal, rendang dan kuey teow.

Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.


Hidangan pencuci mulut yang pelbagai


Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.

Air bandung dia sedap. Teh tarik pun tak terlalu manis.

Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.



Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan QR code yang ada di poster yang disediakan.


Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 28 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

Tetapi untuk 2 hari pertama pembukaan, iaitu 25hb dan 26hb Mac,2023 tawaran harga yang lebih menjimatkan iaitu hanya RM75.00 sahaja diberikan kepada semua pelanggan yang membuat tempahan.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kids zone’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.


Persembahan live band


Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Video Buffet Ramadhan 2023 Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Selangor


Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini.


Tempah Slot Berbuka dengan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Selangor sekarang!

Dewan berhawa digin yang besar dan selesa

Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event

FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event

IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event.

 

  

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah sambil berbuka sambil beramal ye.

    ReplyDelete
  2. betul carneyz, seronok tgk muka ceria anak2 tu

    ReplyDelete
  3. Seronok ramai- ramai buka puas..lama dah x pi Ramadhan review sejak dah duduk seremban ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Rezeki berbuka di sini, tak payah sibukkan diri sediakan pelbagai menu. Cuci tangan jew...Bismillah.

    ReplyDelete
  5. Buffet Ramadhan dekat Dewan Bankuet MBSA ni nampak sedap dan menarik nak ajak family makan kat sinilah

    ReplyDelete
  6. kompem lps mkn ni tersandar kekenyangan😀

    ReplyDelete
Previous Post Next Post