Buat Cermin Mata di Kimisha Optometrist Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Harini mama nak sambung kisah anak mama dan spek barunya. Masa cuti sekolah bulan Disember lepas dia ada mengadu yang mata dia kabur. Sebab tu mama bawa dia dapatkan prescription doktor untuk power mata. Selepas selesai urusan di Optimax, terus kami  pergi ke opto untuk Buat Cermin Mata di Kimisha Optometrist Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Baca kisah optometrist kat sini


Buat Cermin Mata di Kimisha Optometrist Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Sekarang ni kalau buat spek memang kami ke Kimisha. Dulu first time cermin mata anak mama buat di GM Klang. Katanya kat situ lebih murah. Tapi kat Kimisha pun OK juga, dekat, cepat dan puas hati dengan hasilnya. Biasalah kan, kita mesti mahukan servis yang terbaik sama juga macam bina rumah, mesti nak rumah yang cantik dan selesa.

Tak ingat nak ambil gambar kat sini hihi.Masa first time ke sini mama ada ambil gambar tapi malas nak kored galeri hp yg ada 9k gambar tu hiks

Mula-mula pilih bingkai yang berkenan. Then kita boleh ambil option lain seperti nak blue ray/balance dan lens nipis. Disebabkan power mata anak mama yg tinggi sebelah kiri, spek lama dia mmg nampak pelik. Sebelah kiri tu terlalu tebal sampai mata dia macam dlm akuarium (korang dapat bayangkan tak hihi..) Mama suka ke sini sebab staff emmeng friendly dan tempoh masa untuk siap mmg cepat. Mama buat hari Sabtu, Rabu dah siap. Itupun sebab Isnin public holiday. Total spek anak mama ialah RM 390  inclusive blue ray, cermin nipis medium. Ada warranty 6 bulan.


Maklumat Kimisha Optometrist Seksyen 7 Shah Alam Selangor

No. 5, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Buka setiap hari Dari 10 pagi - 8 malam


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. berpatutan harga tu mama. Saya tak tau kenapa setiap kali saya buat cermin mata blue ray nipis, harganya RM600 ke atas. Sbb tu malas nak tukar spec walaupun kadang2 rasa dah senget2 skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal tu carneyz.. power mata mcm mana? ordinary or extraordinary mcm anak mama? kalau dekat try la kimisha ni haa.. dulu rasanya buat spek anak mama kat GM rasanya dlm RM450 gak. masa tu buat biasa aje, takde amik blue ray + nipis tu

      Delete
  2. mata dia macam dlm akuarium? alamak... kena fikir dulu ni. sy x leh bayangkan mcm mana keadaanya tu

    ReplyDelete
  3. Kira standard harga cermin mata anak akak. Yang buat mahal tu power cermin kan kak

    ReplyDelete
  4. semakin hari minus mata akan semakin tinggi harus segera ditangani

    ReplyDelete
  5. okey ni harga dia...akak buat kat Sungei Wang Plaza tu mula2 je pakai okey..bila dah lama rasa macam x ok plak

    ReplyDelete
  6. Anak-anak Kak Sue semua dah pakat pakai spek jugak dah Adda..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post