Dinner dan Sambutan Birthday di Andra by Gula Cakery Eco Ardence Shah Alam Selangor

Assalamualaikum semua. minggu ni hari hari mama kembali bersiaran. Minggu yang busy. Mama baru balik dari Langkawi dan sehari selepas kembali ada audit luar pula. Harini baru nak rasa stabil. Harini mama nak cerita tentang Dinner dan Sambutan Birthday di Andra by Gula Cakery Eco Ardence Shah Alam Selangor. Birthday anak sedara mama pada 13/2 yang lepas. Yang bestnya semua keluarga ada tapi yang paling tak bestnya masa ni anak mama takde. Sebab belum cuti sekolah. Terkenang-kenang dia masa berkumpul tu huhu.. rinduu..

Baca ni masa mama bali kek di Andra


Dinner dan Sambutan Birthday di Andra by Gula Cakery Eco Ardence Shah Alam Selangor

Duduk di Shah Alam ni memang seronok sebab banyak tempat makan dan banyak juga pilihan. Restoran ni dipilih sendiri oleh birthday girl. Kita ikut aje la ye. Bagi sesapa yang tengah cari kontraktor Selangor bolehlah baca di sini Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor.


Spaghetti masak lemak. Rare kan spaghetti ni. Seriau mama nak rasa tapi not bad juga

Nasi untuk acha yang memang penggemar nasi dan kari

tak ingat la spaghetti apa, buttermikl kot

lasagna mama. sedap dan kenyang. suka salad tu fresh


bun ni manis2

garlic bread bersama mushroom soup

Seafood oglio olio yang anak sedara mama makan, sampai bertambah sepinggan lagi hihi

En hubby order chicken chop. besar yakmar chicken dia

cheese ball dia memang sedap sgt. kalau ke sini korang kena cuba.

Kek birthday girl. Beli kat Andra juga dalam RM60++. Sedap kek ni rasa moist dan tak muak bila makan. Happy birthday QMin semoga menjadi anak solehah dan cemerlang dunia akhirat. Boleh belanja antie nanti hihi

Menu dan Harga Makanan di Andra by Gula Cakery Eco Ardence Shah Alam Selangor

Berikut adalah senarai Andra by Gula Cakery Eco Ardence Shah Alam Selangor

















Alhamdulillah seronok berkumpul bersama keluarga. walupun rasa sunyi anak takde tapi mama layankan aje telatah anak2 sedara. Makanan kat sini semunya sedap dan potionnya memang banyak. Food presentation memeng mabeles dan pekerja pun semuanya tak lekang dengan senyuman. Cuma harga memang agak pricey sikit. Total makanan kami dalam RM1000, harga makanan cuma dalam RM 800++ aje, selebihnua tax. Haru sungguh tengok tax banyak tu.. adehh.. Kitaorang lepak sini sampai kedai tutup. Staff sini tak halau pun cuma pepaham sendiri la bila diorang dah mula kemas2 tu hihi..

Maklumat Andra by Gula Cakery Eco Ardence Shah Alam Selangor

Makan kat luar kedai. Senang budak2 nak lari sana sini


Andra by Gula Cakery Eco Ardence Shah Alam Selangor

Alamat: Lab 12-INT-G Ardence Labs, Eco Ardence, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Weekdays 12tgh hari - 10 malam, Weekend 10 pagi - 10 malam


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Kalau siap bertambah tu mesti makanan sedap kan...

    ReplyDelete
  2. memang tak boleh nafi shah alam lembah kelang memang banyak tempat makan sedap

    ReplyDelete
  3. Berapa ramai yang ada itu sertai harijadi anak saudara Adda?
    Menupun unik juga.
    Selamat kembali daripada bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11 dewasa, budak2 9.5 (yg stgh dlm perut hihi)
      tq NA..

      Delete
  4. Mmg best menu under gula cakery ni...slalu pi yg outlet dkt kl east mall..bun tu namanya mantou fav tu...pasta lemak tu pun sdap..mmg rare

    ReplyDelete
  5. sedapnya chili butter cream dengan mantao tu! Nampak menarik semua menu dekat gula ni. Nak try jugak lah nanti. happy belated birthday yasmin :)

    ReplyDelete
  6. Baru tau gula cakery ni ada menu berat. Ingatkan ada jual kek dan dessert je. Next time nak try pasta masak lemak tu, mesti sedap.

    ReplyDelete
  7. wahhhh banyaknyaaaaa makanan sedap2!!! penah mkn kat Gula Cakery tp yg berat2 mcm ni x penah lg...

    happy belated birthday yasmin

    ReplyDelete
  8. makanannya lezat kayaknya. harga mahal di sini ya

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap semua makanannya. Kalau saya makanan sedap, portion pun banyak servis tiptop tak kisah dah tang harga mahal atau murah

    ReplyDelete
  10. amboi siap bertambah lagi sepinggan tu, sedap sangat maksudnya tu..hehe...tertarik plak nak cuba...

    ReplyDelete
  11. macam2 pilihan ada ya? aku ingat cuma ada western je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post