Assalamualaikum semua. Maaaf mama kesibukan beberapa hari ini. Tentu ramai juga yang sibuk macam mama kan. Almaklumlah anak baru mulakan persekolahan bagi sesi 2023/24 ni. Anak sedara mama seorang masuk darjah 1 & seorang prasekolah dan keduanya mmg berjiwa kental. Langsung tak nangis alhamdulillah. Harini mama nak cerita mama dan keluarga Dinner di Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor. Bagi yang mencari Peguam Syarie Shah Alam mama boleh rekemen.
Ini adalah pertama kali mama makan di sini. Baca juga:
- Jom Iftar di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023
- Dinner dan Sambutan Birthday di Black Canyon Central I-City Shah Alam Selangor
Dinner di Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor
Mama diajak oleh MIL untuk sama-sama makan kat sini. MIL mama pun seorang foodie tau hihi
Claypot yee mee untuk anak mama. Sedap juga rasanya walaupun kuah agak cair dan yee mee tu rasa lembut macam maggie je
Kuey teow goreng ni sedap, Ala kopitiam
French toast yang sedap.
mee apa ye ye.. mee sup kot untuk MIL mama..
Air kat sini agak cair dan rasa dia so - so je
Menu dan Harga di Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor
Berikut ialah Menu dan Harga di Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor
Bolehlah kalau nak makan biasa-biasa kat sini. Mama rasa kena pandai cari menu yang sedap. Setakat ni french toast dgn kuey teow goreng dia sedap. Mama nampak orang lain order nasi + lauk mungkin lauk dia sedap. Apapun memang penuh restoran ni masa mama datang hampir takde tempat nak duduk. Mungkin ramai yang suka makan kat sini.
Maklumat Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor
Mama balik masa ni restoran dah nak tutup. Tu yang nampak kosong
Pak Long Kopitiam
Alamat: Plaza Shah Alam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D 9/D, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Dibuka setiap hari dari 10 pagi - 10 malam
Tags
FOOD
Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
alhamdulilah tq wak
DeleteSaya pernah craving kuey teow tapi nak ala-ala makcik kantin buat. Sebab tak nak yang basah tu. Sekali makan dekat kopitiam memang kena selera.
ReplyDeleteuih lain macam craving tu hihi.. dah jumpa x ala-ala makcik kantin buat tu
Deletesedap pulak sy tgk mi sup tu😀
ReplyDeleteKalau semua sedap bukan ke baguskan?
ReplyDeleteSalam Ramadhan mamapp. Baca ni di bulan puasa, terasa berkeroncong perut walaupun baru pukul 10 hehe
ReplyDeleteaiseh rasa bersalah plak mama hihi byk post makanan nak buat ni. nnti dtg malam tau
Deletemenyesal buka awal blog ni, patut buka malam je baru selamat hhhehhehehe
ReplyDeletealamak ini mmg merbahaya ni dana.. datang balik malam tau hihi
DeleteSedapnyaaa
ReplyDeletebetul kak
Deleteyang coklat itu enak
ReplyDelete