Assalamualaiku semua. Nisfu Syaaban baru saja berlalu. Bermakna kurang lagi 2 minggu kita akan berjumpa bulan Ramadhan. Sekejapnya masa berlalu. Cerita tentang bulan Ramadhan ni tentu sekali tahun ni agak berbeza sejak kita dilanda virus Covid-19 2 tahun lalu. Kerana sudah banyak kelonggaran termasuklah kelonggaran ke tempat makan. Tentu ramai yang menunggu-nunggu tawaran buffet Ramadhan tahun 2023. Mama nak ajak Jom Iftar di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023.
Jom Iftar di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023
Bagi sesiapa yang mencari buffet Ramadhan tahun 2023 mama rekemen Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Banyak sangat pilihan makanan dan harga per pax pun sangat berpatutan. Kalau tak percaya jom baca sampai habis. Tak jauh sangat Bangi dengan Shah Alam so kalau orang Shah Alam atau Peguam Syarie Shah Alam nak berbuka kat sana pun apa salahnya.
Antara makanan yg sedap di buffet Ramadhan BGR 2023. Ini stesen nasi kerabu.
Nasi Kerabu, ini dimasak secara tradisional menggunakan bunga telang yang dihidang bersama beraneka ulam hasil tanaman yang dipetik segar daripada ladang BGR sendiri. Unik sangat kan.
Pelbagai Pilihan Menu Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023
Terdapat berpulu-puluh hidangan menu utama dan lebih dari 50 menu pencuci mulut yang ditawarkan untuk menu berbuka puasa di Buffet Ramadhan BGR tahun 2023.
Nantikan juga hidangan baru yang bakal diperkenalkan tahun ini seperti Indian Chicken Varuval, Paru Salai Masak Lemak Cili Api, House-made Swedish Meatball, Marmite Fried Chicken, Soy Sauce Chicken with Ginger Scallion Sauce, Ikan Masak Asam Pedas, Makanan Laut Masak Berlado, Thai Beef Noodles dan banyak lagi.
Selain itu terdapat juga Sate Ayam yang dibuat dan dibakar di BGR, Smoked Spaghetti Carbonara, dan kegemaran ramai setiap tahun: Sous Vide Egg dengan Mushroom Espuma.
Kanak-kanak yang datang bersama dapat menikmati Ais Krim Soft Serve, Popcorn Karamel dan menu baru tahun ini: Gula-gula Kapas dan juga ‘Menghias Spanish Churros Anda’ dengan Sos Marshmallow, Sos Pekat Coklat dan Rainbow Sprinkles buatan BGR.
Nasi kerabu, Thai beef noodle, sup kambing mamak dan deep fried cheese dumpling
Sous Vide Egg dengan Mushroom Espuma, pad kra pao, kupang cili dan bebola daging ayam masak sos pedas
ikan asam pedas, paru salai, satay dan carbonara
Kambing golek, telur kandar, pulut & serawa durian dan sweedeish meetball
Lemang balut serunding ayam pedas, nasi kerabu dan kepak ayam goreng pedas. Sedap kepak ayam ni tau.
Menu kegemaran di BGR tidak lain dari Kambing Golek yang dibakar secara perlahan. Sedap kambing ni, daging dia tak keras dan rasa dia sebati. Selain itu ada Sup Kambing Mamak yang berempah dan wangi,
Pelbagai Pilihan Makanan Pencuci Mulut
Pengunjung bufet boleh memilih lebih dari 50 menu pencuci mulut sama ada kuih muih tempatan, kek dan bermacam lagi. Antaranya Talam Cendol, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Apam Seri Ayu, Lemang Balut Serunding Ayam Pedas, Pulut Putih dan Serawa Durian Terdapat juga pilihan kek seperti Lamington Cake, Blueberry Cheese Cake, Opera Cake dan Hazelnut Chocolate Cake sebagai pembuka selera dan pencuci mulut.
Pelbagai menu pencuci mulut di Buffet BGR 2023
Susunan kuih muih yang menarik dan praktikal. Air minuman juga sedap-sedap belaka. Antaranya air bandung, kordial mangga, fruit punch, air mata kucing, teh hijau Thai dan air snickers.
Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023
Jom Book Slot Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023 Sekarang! Berikut adalah harga per pax Iftar di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023. Buat pengetahuan Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023 bermula dari tarikh 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023.
Harga bagi normal rate (25, 26, 31 Mac - 20 Apr)
- Dewasa RM65
- Kanak2 RM32.50
Harga early bird (23, 24, 27-30 Mac 2023)
- Dewasa RM60
- Kanak2 RM27.50
Harga istimewa bagi grup melebihi 20 pax
Ringkasan harga per pax and grouping seperti di bawah.
Tempahan Buffet Ramadhan
Tempahan melalui call/whatsapp: 03-89299888
Website untuk tempahan: https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-siti/
Mengapa Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Tahun 2023 Menjadi Pilihan
Suasana berbuka di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023
Sesiapa yang berminat untuk berbuka di BGR tidak perlu risau kerana banyak kemudahan di sini. Walaupun bawa keluarga dan anak-anak mama rasa tiada masalah;
- Pilihan menu yang pelbagai di masak oleh chef berpengalaman dan mendapat pengiktirafan Halal sejak tahun 2009.
- Menu kids friendly. Selain dari pelbagai menu yang sesuai untuk kanak-kanak terdapat juga makanan yang disukai seperti aiskrim, gula kapas dan popcorn.
- Harga per pax yang berpatutan, berbaloi dengan rasa yang sedap dan pilihan makanan yang banyak
- Kemudahan parking yang banyak sehingga boleh mematkan 800 parking
- Ruang makan luas dan selesa sesuai untuk seisi keluarga.
- Kemudahan surau & tandas yang selesa
Ruangan yang luas dan selesa untuk seisi keluarga
Ruangan berhawa dingin yang luas dan bersih.
Maklumat Bangi Golf Resort
Alamat: : 1, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Social Media:
Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial/Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort
#iftarbgr #iftarbangigolfresort #BGRrest
Tags
FOOD
Meriahnya!
ReplyDeleteTeringin juga sesekali buka puasa di buffet Ramadan.
siap2 sambut ramadan
Deletesedapnyaaaaaa menu2 diaaaa👍👍👍
ReplyDeleteBGR memang tiap tahun meriah dengan menu2 kan mama :)
ReplyDeleteBGR memang meriah fengan menu berbuka puasa. Berbaloi bawa family berbuka di sini kan kak
ReplyDeleteBGR ni pernah pergi sebelum covid hari tu, makanan memang banyak pilihan BGR juga antara buffet yang murah sangat berbaloi.
ReplyDeletebanyak sekali daftar makanan yang tersedia. bingung pilih makanan yang mana jadinya
ReplyDeletemeriah..ni time berbuka confirm rambang mata nak makan yang mana satu dulu..semua pun nampak sedap-sedap...
ReplyDeleteaku suka kat sini.. harga dia berbaloi dah mesra budak2
ReplyDeleteDah 3 tahun x berbuka kat BGR, bila la diornag nak jemput lagi..haha...harga dia maintain rahmah ye..
ReplyDelete