Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Assalamualaikum semua, kita sudah pun memasuki fasa terakhir 10 Ramadan. Sekejapnya bulan Ramadhan hampir berlalu terasa sedih pula di hati ni. Semoga kita akan bertemu Ramadhan tahun depan amin..Sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam al-Qadr yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Ini adalah post lama mama. Mama repeat untuk baca-baca ye.

Baca juga:

  1. Memburu Lailatul Qadar - Buat 5 perkara ni confirm berjaya
  2. Ibadah lain yang menyamai Malam seribu bulan
  3. Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan


Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan




لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksud: “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 3-5)


Antara kelebihan malam al-Qadr ialah:

  • Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam al-Qadr mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam al-Qadr. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
  • Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
  • Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan
  •  Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”  Riwayat Ahmad


Antara perkara yang boleh dibuat pada 10 malam terakhir ini;

1.  Solat berjemaah Maghrib, Isya dan Subuh sebaiknya di Masjid.
2.  Menghidupkan malam dengan Solat Tarawih, Solat Tahajud dan solat Witir. Jika dapat, solat sunat tasbih juga.
3.  Sedekah pada setiap malam.
4.  Banyakkan membaca al-Quran.
5.  Memperbanyakkan doa, antaranya:

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).


6.  Memperbanyakkan istighfar, tasbih dan selawat.
7.  Menjauhkan diri daripada perkara tidak bermanfaat seperti melihat filem, drama, atau bermain games.
8.  Memberi makanan kepada orang berbuka puasa.
9.  Beriktikaf.



Sumber: https://t.me/kapsul_tazkirah


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post