Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua

Salam 16 Ramadhan semua. Aduyai malasnya nak update blog tapi kugagahkan jua huhu. Arini mama nak tunjuk Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua tahun ni. Konsep makanan Ramadhan tahun nu adalah makanan yang humble hihi. Jom tengok betapa humblenya menu mama.

Hari ke 8 mama dah tak tau nak makan apa. Almost give juga lah nak masak. Tapi tetiba termasak juga. Masak simple aje telur sambal dan sayur campur goreng sos tiram. Telur lupa nak campur dgn sambal.. punyalah blur hari tu

Hari ke 9 hari membeli je.. Tapi menu kali ni xde sayur sebab en husband x suka letak kangkung dlm yong tau fu tu. So tak tercapai hasrat mama nak makan byk sayur hari2. Aci tak talam ubi tu sebagai sayur hihi.. Mama buat sirap soda laici bersama limau nipis sedap tau.  Ni resepinya.


Cara Buat Air Sirap Soda Laici

Caranya 1 tin laici mama buang suku airnya dan masukkan selebihnya dalam jug. Letak sirap kordial secukupnya, jus dari 1 biji limau nipis dan suku botol 1.5l aiskrim soda (lebih dari sirap bandung aritu) air sekucupnya. Letak ais. Sedap!!

Malam moreh kat kedai mamak plak sebab dah gian tak ngopi dah seminggu. Last2 menyesal sebab order roti telur. Terover kenyang pula..

Hari ke 10 so simple nasi lemak tamparuli. Beli aje. Tahun ni Nasi lemak Tamparuli dijual kat bazae ramadhan sek 18. 

Hari ke 11, sambal kentang+ikan bilis favorite en husband bersama sayur campur. Banyak lebihan sayur so mama  kasi habis. Tau tak dulu masa bercinta en hubby uji mama dulu disuruh masak sambal kentang ni. Kelakar..

Hari ke 12 mama berbuka di rumah makcik mama. Plan yang tiba-tiba kerana menerima tetamu Syeikh dan isteri dari Syria. Sempat kami bertarawih bersama dan mendengat tazkirah ringkas. Buka nasi arab sedap..

Hari ke 13. Seriusly mama tak dah berapa lalu nak makan nasi so mama buat roti jon berinti ni. Nanti mama share resepi ye.


Hari ke 14 sambal sardin dan sayur tumis aje. Sayur baby sawi putih ke tu.. Mama sendiri tak pasti nama dia hihi.

Alhamdulillah dah setel 2 minggu Ramadhan, Sure next week mama lagi blur nak masak apa huhu.. ada idea x.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Sama makan lauk ringkas. Makin tidak lalu makan.
    Hehe suka lauk ikan bilis dengan kentang. Mungkin buat apabila seorang nanti.

    ReplyDelete
  2. Ada juga kisah menu Ramadhan Mrs.A punyalah malas masih pending kat draft hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gagahkan diri mrs A oii.. jom jom jgn dibiar terperap dlm tu

      Delete
  3. saya idea masak makin tandus dah ni mama...

    ReplyDelete
  4. sedap2 semuanya. saya pun sama, dah masuk minggu kedua semakin ketandusan idea memasak.

    ReplyDelete
  5. ya Alla. cepat sekali Ramadan ini sdh masuk minggu kedua dan sebentar lagi Nuzulul Quran

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sedap semuanya. Tapi gambar sardin yang last tu buat saya rasa nak masak sardin jugakla..

    ReplyDelete
  7. Ada jugaklah entry menu Ramadan. Saya punya blog lagi berhabuk. Selamat berpuasa Mama

    ReplyDelete
  8. masak sambal paru, buttermilk chicken, udang masak lemak labu, sawi masak sos tiram haha tu je lah yang boleh ingat. saya pun jarang masak, beli kat bazaar je

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak makan nasi lemak... sedapnya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post