Menu Berbuka Puasa Minggu Terakhir Ramadhan 1444H

Assalamualaikum semua. Mesti semua tengah berdebar tunggu pengumuman raya. Mama masih di Shah Alam. Dalam hati berdoa agar raya sabtu. Kalau raya esok alamatnya mama balik Johor malam ni. Kali ni nak share Menu Berbuka Puasa Minggu Terakhir Ramadhan 1444H bagi mama sekeluarga. Marilah tengok menu humble kami.

Hari ke 22 seriously mama tak rasa nak makan nasi. So buka menu baked beans bersama roti bakar dan telur sunny side up tu. Sesekali sedap gak menu mcm ni

Hari ke 23 mama teringin ayam percik Dan en hubby teringin nasi lemak, so kita buka dgn dua menu ni. Beli kat pasar malam aje.



Hari ke 24 mama berbuka bersama keluarga kat luar. Berbuka secara buffet di Teh Laris Cafe. Highly recommend sebab sedap2 walaupun makanan xdelah byk sgt pilihan. Sedihs terkenang2 anak mama yg jauh diperantauan. Berbuka bersama awal sket dgn family lain sebab anak sedara mama dh nak balik kampung beraya. 

Hari ke 25 ada request nak lempeng dan sambal tumis sebab tak puas makan kat Teh Laris semalam. Nak sambal tumis sedap katanya..

Hari ke 26 nasi goreng kampung Dan salad telur. Telur tu asalnya nak buat salad semalamnya tapi dah kentang.

Hari ke 27 mama ambil anak dari Kedah dan kami tidur di ipoh.  Kami buka nasi kandar d'naina bersama air teh ais. Malam moreh ZUS dan sahur naan cheese.


Hari ke 28 first time anak mama berbuka tahun ni di rumah. Maka mama.masak special lauk kesukaan dia ayam masak merah dan sup sayur kentang dan suhun. Kebetulan mak mertua dan adik ipar datang berbuka.

Hari ke 29 iaitu harini mama nak goreng nasi aje dengan telur dadar dan salad. Simple2 aje sebab sambip2 packing barang balik kampung dan gosok baju raya. Selamat berbuka semua.






mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. Sedapnyaa nasi goreng selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  2. Hai mama..saya dh kembali..sedap nampak tu

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya mama... semoga selamat sampai ke kampung. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. minumannya segarnya sampai terlihan butiran esnya

    ReplyDelete
  5. sedap2 & simple je menu-menu ni. biasa dkt nak habis puasa, dah tak ada idea nak masak apa...

    ReplyDelete
  6. sedpanyaaaa lpeng dgn sambal tumis. mkn m ni je pun dah kenyang

    ReplyDelete
Previous Post Next Post