Assalamualaikum semua. Salam Ramadhan ke 12 buat korang. Bulan Rmadhan kali ni memang mama agak slow dalam dunia blog. Walaupun korang nampak blog mama berupdate tapi hakikatnya sangatlah susah nak up satu post. heret jari ke keyboard you.. Harini mama nak share Resepi Nasi Goreng USA ala Warung yang mama masak untuk berbuka hari ke 7 dulu. Sedap tau nasi ni kalah kedai hihi.. Jom tengok resepi.
Resepi Nasi Goreng USA ala Warung
Dari dulu lagi mama memang suka makan nasi goreng USA especially bila tengah lapar. Kalau tak lapar jawabnya tak habis sebab potion dia banyak. Ada nasi, telur dan lauk mana larat nak habiskan semuanya..
Buat sendiri best juga, boleh makan ikut mana yang kita nak. Sedap mcm.makan kat warung tau tapi lagi puas hati sebab ikut taste sendiri. Mama suka nasi goreng warna merah untuk nasi goreng USA. Kalau beli kadang-kadang diberi nasi goreng warna putih macam nasi goreng cina tu, potong mood makan mama.
Resepi untuk 3-4 orang makan.
1. Resepi Nasi Goreng
Jom masak nasi goreng dulu. Ala, gelap pula gambar mama ni
Bahan-bahan:
3 mangkuk nasi
1 biji bawang besar - kisar
2 biji bawang putih - kisar
2 biji cili merah - kisar
3 sudu besar cili kisar
8 biji cili padi - kisar
1 batang fishcake, potong dadu
Soa tiram 1 sudu
Garam secukupnya
Caranya:
1. Tumis semua bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan fishcake dan sos tiram. Goreng sebentar sehingga fishcake agak garing.
3. Masukkan nasi, gaul-gaul dan perisakan dengan garam.. Siap!
2. Resepi Ayam Masak Merah
Mama punya versi ayam. Kalau nak buat versi daging selalunya orang rebus daging dulu sehingga empuk dan letak sedikit pewarna merah, Kalau nak buat versi seafood pun boleh, letak sotong dan udang.
Bahan-bahan:
Isi ayam dlm suku mangkuk - hiris kasar
1 biji bawang besar - hiris2 biji bawang putih - hiris
3 sudu cili kisar
3 biji cili api - belah hujung sikit
1 biji cili merah - hiris
2 sudu besar sos Thai
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Kobis bunga - potong kasar
1/3 carrot - hiris kasar memanjang
Caranya:
1. Goremgkam ayam tu dulu untuk rasa garing. Ni optional. Kalau taknak goreng dulu pun xpe.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar. Goreng sehingga cili kisar garing. Masukkan cili merah dan cili api.
3. Masukkan sos cili thai dan sos tiram. Boleh tambah air sedikit untuk tidak terlalu pekat. Siap!
Tags
Resepi
Nasi faveret asben saya masa zaman mula2 kenal dulu hehe. Klu keluar makan je dia order nasi goreng USA. Tapi dia suka dengan daging masak merah. Klu kat kedai daging tu warnanya merah tak boleh bawak bincang hehehe.
ReplyDeletekalau warna merah mmg nampak sedap sgt kan yum yumm
Deleteaihhhh cepat laa maghribbbbbb
ReplyDeleteBolehlah cuba. Selalu buat nadi goreng cili api sahaja.
ReplyDeleteBoleh bukak kedai dah ni mama :D
ReplyDeletePH save dulu resepinya ye 🤗
utk makan sendiri boleh la PH haha
DeleteUishhhh sedap mama. Makan waktu berbuka menyelerakan. Selamat berpuasa mama. ;)
ReplyDeletesedapnya tak tahan untuk segera makan
Deletehuishh..sedap ni..:)
ReplyDeletedulu suka sgt..now dah tukar ke nasi goreng ikan masin plak.. he he..
ReplyDeletesedap gak tu, sesuaikan dgn selera memasng kan
Deletewaduhh nasi goreng USA tu pon mancongkam., hehe
ReplyDeleteLengkap hidangannya kak... sedap nampaknya
ReplyDeletewah sedapnye...
ReplyDeleteAlaaaa...sedapnyaaa...nak jugak....tapi nak yang kat kedai...hahahaha
ReplyDeletehaha, nak org masakkan juga ye
DeleteOoo.. Cam tu eh nasi goreng USA. Saya ingatkan USA tu ada Udang, Sotong dan Ayam.
ReplyDeleteni versi mama sebab mama takleh makan udang. guna bahan apa yg ada je fairus
Deleteen hubby tak suka campur ayam dlm nasi goreng
Deletetelurnya itu bikin terlihat beda jika dipandang
ReplyDeletesaya pun selama ni ingatkan nasi goreng USA tu Udang Sotong Ayam ahaha
ReplyDeleteOh, sedap pulak nama telur tu. Biasa kita panggil telur mata je..sesekali panggil sunny side up pun on jugak
ReplyDeleteha'ah nasi goreng USA kena warna merah baru nampak cantik haha
ReplyDeleteokey boleh cuba utk menu breakfast...x pernah try masak sendiri nasi goreng USA..biasa makan kat kedai je..
ReplyDeleteaku tak pernah lagi order nasi goreng USA.. macam rare sangat rasanya nama menu rupanya simple je ya
ReplyDelete