Assalamualaikum semua, harini mama nak share Resepi Roti John Inti Melimpah yang mama buat berbuka minggu lepas. Tak terasa nak berbuka nasi maka mama buat roti john aje. Puas hati bila buat sendiri sebab boleh letak bahan sebanyak yang kita suka.
Baca juga:
- Resepi Cekodok Jagung Yang Mudah Dan Sedap
- Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sahaja Mudah Dan Sedap
Resepi Roti John Inti Melimpah
Bahan-bahan
Untuk 8 biji size mini
1 mangkuk isi ayam dicincang halus atau minced chicken/beef
1 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dicincang
3 sudu serbuk kari daging
1/2 sudu serbuk Lada sulah
1 sudu cili sos
Garam secukup rasa
8 biji telur
Roti hotdog
Sos thousand island
Mayonnaise
Salad atau sayur seperti kubis /tomato/carrot etc
Cara Masak inti
1. Masukkan minyak masak. Tumis bawang besar, bawang merah dan cili merah sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan goreng sehingga garing, masukkan sedikit air
3. Bila dah mendidih masukkan serbuk lada sulah, sos cili dan garam. Masak sehingga air agak kering dan naik minyak. Siap! Ketepikan.
Cara Sediakan Telur
Pecahkan telur Dan pukul sehingga agak kembang. Masukkan 1/3 Dari inti yang dimasak di atas. Gail sehingga sebati.
Cara Sediakan Roti John.
1. Roti dibelah 2 dan sapu butter sitengahnya. Panas atas kuali leper sehingga butter keperangan. Balikkan roti seketika Dan angkat. Buat untuk semua roti
2. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Letakkan telur yg dipukul bersama inti tadi. Agak2 telur tu meliputi size roti.
3. Setelah nampak telur sudah agak masak, tampalkan roti fi atasnya. Tekan2 roti tu supaya melekat dgn telur. Setelah telur garing, terbalikkan roti Dan panaskan the other side. Then Ketepikan.
Final Step
1. Letakkan inti di atas roti.
2. Letak salad/sayuran
3. Letak thousand island Dan mayonnaise. Kalau suka boleh letak sos cili juga. Mama tak letak sos cili sebab dan letak dlm inti.
Siap untuk dihidangkan. Boleh belah roti tu untuk senang makan. Sedap tau. Kali kedua mama buat last week dan mama gantikan inti dengan daging bakar. Yum.. yum..
Sy beli dgn kwn sy mmg puashati la
ReplyDeleteSetambung sos cheese dia letakk
Dgn ayam nya sayur byk
Inti melimpah macam ni takpe lagi Adda....adik akak suka beli yang cheese leleh melimpah ruah tu..its not good for health actually..akak x makan kalau dah melimpah ruah cheese tu...
ReplyDeleteBuat sendiri pasti puas hati
ReplyDeletebetul lebih puas rasa nya
DeleteThis year buat sekali je hari tu, tapi x la melimpah pun
ReplyDeleterajinnya buat sendiri...tapi betul buat sendiri lagi puas hati..kita boleh letak inti banyak...
ReplyDeleteoh roti john ada juga di mall-mall seberang ya
ReplyDeletebuka payung ms bazar ramadan ni.. kompem kena serbu
ReplyDelete