Tinggal beberapa hari sahaja kita akan berpisah dengan Ramadhan. Bagi mama sendiri terasa sedih kerana dugaan membuat solat sunat di luar bulan Ramadhan agak mencabar bagi mama. Mama berdoa agar kebiasaan membuat solat sunat di malam bulan Rmadhan dapat di teruskan selepas ini. Antaranya ialah solat sunat witir. Solat Sunat Witir Penutup Solat Malam
Solat Sunat Witir Penutup Solat Malam
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ مَا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ قَالَ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ وِتْرًا فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِهِ
Daripada 'Abdullah bin 'Umar berkata: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW yang pada ketika itu sedang berada di atas mimbar. "Bagaimana cara solat malam?" Baginda menjawab: "Dua rakaat dua rakaat. Apabila dikhuatirkan masuk subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir (penutup) bagi solatnya." Ibnu Umar berkata: "Jadikanlah witir sebagai solat terakhir kalian, kerana Nabi SAW memerintahkan hal yang demikian." (HR Bukhari No: 452) Status Hadis Sahih
Kesimpulan Hadith:
1. Rasulullah SAW mengajar cara solat sunat malam hari (qiamullail) dilaksanakan dua rakaat dan salam diikuti dua rakaat lagi dan salam dan seterusnya sehingga ditutup dengan solat sunat witir.
2. Jika waktu dah hampir solat subuh, disarankan agar menunaikan solat sunat witir satu rakaat.
3. Solat witir dijadikan solat penutup kepada solat sunat di malam hari paling kurang satu rakaat.
Marilah kita tunaikan solat sunat di malam hari sekurang-kurangnya satu rakaat witir.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis
Tags
ISLAMIK
moga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang
ReplyDeleteamin...
DeleteGood sharing..tq dear
ReplyDeleteSemoga dipanjangkan umur berjumpa bulan ramadhan tahun hadapan
ReplyDeletejika setewlah taraweh ada salat witir sebaiknya dikerjakan malam jelang tutup malam
ReplyDeleteteringat pesan dato dr fadzilah kamsah: kalau boleh setiap hari.lps isyak buat solat witir. x perlu tggu tarawih. mudah2an kalau kita meninggal kita dah buat 'penutup' utk.ibadah
ReplyDelete