Bercuti di Pulau Pangkor, Pantai Pasir Bogak atau Teluk Nipah Lagi Best?

Alhamdulillah percutian mama ke Pulau Pangkor bersama adik-adik sudah pun terlaksana bulan Februari lepas. Ada juga yang dm mama bertanyakan tentang Pulau Pangkor ni. Kali ni mama nak bezakan antara Pasir Bogak Dengan Teluk Nipah memandangkan mama dah duduk di kedua-dua tempat ni. Bercuti di Pulau Pangkor, Pantai Pasir Bogak atau Teluk Nipah Lagi Best? Ni berdasarkan pengalaman mama, mungkin berlainan dengan pengalaman org lain.

Baca ni juga Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak


Bercuti di Pulau Pangkor, Pantai Pasir Bogak atau Teluk Nipah Lagi Best?

Sunset

Mama memang suka sangat -sangat menikmati suasana matahari tenggelam iaitu sunset. Teluk Nipah lagi best sebab boleh enjoy sunset to the fullest. ..

Gambar mama di Teluk Nipah. Tgk lah betapa enjoynya kami masa tu hihi. 

Pantai

Pemandangan pantai di kedua-dua pandai sama cantik. Di Pasir Bogak terdapat byk batuan so memang best untuk OOTD kat sini. Teluk Nipah OK juga sebab ada banyak pokok. Mama nampak di Pasir Bogak agak kurang orang berbanding Teluk Nipah yang sentiasa ramai orang.

Pantai di Pasir Bogak

Anjing

Ada satu perkara yang mama rasa kurang best di Pasir Bogak. Banyak anjing kat sini. Even kat pantai pun ada anjing tau sebab tu mama macam malas nak main pasir situ.. Takut jumpa harta karun huhu..Di Teluk Nipah ada kucing, mama tak penah nampak anjing semasa di sana.

Semasa bergambar kat sini sebenarnya ada 5-6 ekor. Tengok ada 2 ekor photobomb gambar anak mama. Semasa mama berjalan seorang diri ke pantai ada banyak anjing tapi mujur diorang tak kacau kita. Cuma perasaan tu je agak terganggu sebab diorg bergaduh sesama sendiri dan barking sesama sendiri..

Touristy But Nature Friendly

Tajuk ni untuk kawasan di Teluk Nipah. Kalau bercuti time peak memang confirm penuh orang. Tempat ni lebih touristy. Kalau weekend ada orang manyanyi dan bermain alat muzik di tepi pantai. Tepi pantai pula banyak kedai makan dan ada kedai bebas cukai. Kalau korang suka suasana begini bolehlah ke Teluk Nipah. Kedai cenderamata dan baju2 pun banyak.


Hornbil

Seperti mama bgtau di atas area Teluk Nipah nature dia lebih terasa. Ada satu resort di sana yang offer hornbill feeding dan mama pernah consider nak beli tiketnya. Rupanya tak perlu nak bayar pun kalau nak tengok hornbill. Kalau korang lepak di Pantai Tteluk Nipah korang boleh nampak hornbil terbang ke sana sini dengan bebas.  

IMG_20200713_170159_copy_600x800


Pilihan Tempat Makan

Sudah semestinya Teluk Nipah lebih banyak pilihan kerana di sepanjang jalan dan disepanjang pantai ada banyak kedai makan. Pilihan makanan di Pasir Bogak agak terhad. Tercangak-cangak kami cari tempat makan yang walking distance. Cuma di Teluk Nipah ramai orang je.


Aktiviti Malam

Aktiviti malam di Teluk Nipah lebih happening. Nak pergi pantai pun tak takut sebab jalanraya di tepi pantai terang benderang. Sebab tu mama bagi anak mama ikut uncle dia memancing [ Baca Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali di Pulau Pangkor ]. Kalau boring di hotel, boleh aje kita berjalan di pesisir pantai dan enjoy live music. Ada budak-budak main bubble etc so tak boring. Di Pasir Bogak area Coray Bay tu, mama nak keluat malam pun rasa takut. Banyak anjing dan nampak ada yg agresif juga walaupun agresif sesama diorng.


Aktiviti Pantai

Yang mama lihat di Teluk Nipah lagi banyak aktiviti pantai berbanding Pasir Bogak. Boleh island hopping dari sini dan juga ada aktiviti snorkeling serta banana boat etc. Mama pun x sure kalau ada area Pantai Pasir Bogak lain yang OK. Kalau ada bagitau ye. Sebab mama tengok macam sendu


Beli Coklat 

Tentulah Pasir Bogak lagi best sebab ada Coray Bay yang juga ada CK Duty FREE. Ada banyak pilihan coklat bernbanding kedai duty free di Teluk Nipah.


Setakat ni aje perkongsian mama.  Untuk mama refer di masa depan juga. Cuba korang share juga pengalaman bercuti di Pangkor takut ada pendapat mama yang kurang tepat.

Kalau nak baca semua cerita mama tentang Pulau Pangkor dari kedai makan sehingga ke Tempat Menarik boleh klik di bawah.

>> POST PULAU PANGKOR MAMAPP <<


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Kalau nampak burung enggang, mesti saya akan cari pasangannya jugak sebab biasanya enggang terbang berpasangan.

    ReplyDelete
  2. oo yeke carneyz, mama baru tahu. patutlah mama tak penah nampak dia terbang sendirian

    ReplyDelete
  3. Saya pun excited kalau tengok sunset

    ReplyDelete
  4. kat rumah mak aku dulu ada sepasang hornbill tapi dah lama betul tak nampak diorang

    ReplyDelete
  5. sy x penah g lg pulau ni harap2 lps bc entry ni ada laa rezeki sy...

    ReplyDelete
  6. wak selalu lepak kat teluk nipah je., hehe

    ReplyDelete
  7. pernah pi sini 2014, ntah bila nak repeat pergi lagi...

    ReplyDelete
  8. ternyata dari review mama...Teluk Nipah lebih best

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. saje mama taknak tulis mana yg lebih mama suka. tapi nak buat trip sekali lagi kat teluk nipah hihi

      Delete
  9. bestnya..ni nak healing mood tgh down skrg, layan juga lepak tepi pantai...

    ReplyDelete
  10. Nanti nak repeat Pulau Pangkor best dekat sini... tenang

    ReplyDelete
  11. Kalau weekdays kawasan nipah ok ke kedai buka ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada buka. sebab byk kedai2 kecil tepi pantai dan juga ada di hotel/chalet.. selain dari restoran2 kedai besar tu

      Delete
Previous Post Next Post