Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan menjadi calon syurga amin... Harini mama nak buat perkongsian tentang bagaimana kita ingin mendapatkan Mahligai Di Syurga Kerana 12 Rakaat Solat Sunat Sehari. Tentu terasa gembira apabila kita dapat secure Mahligai di syurga buat kita kan.. Ops baru teringat harini genap lah 16 tahun mama dan en hubby sama-sama melayari hidup berumahtangga. Kami tak penah celebrate pun hihi..
Dianugerahkan Mahligai Di Syurga Kerana 12 Rakaat Solat Sunat Sehari
Gambar hiasan.. Mahligai sebenar tentulah lagi cantik dan grande dari ni kan
عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
Daripada Ummu Habibah ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dalam sehari semalam solat sunat dua belas rakaat maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga; iaitu empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya
dan dua rakaat sebelum subuh." (HR Tirmizi No: 415) Hadis Sahih
Kesimpulan Hadith:
1. Selain daripada solat fardhu lima waktu sehari semalam, kita juga digalakkan melakukan solat sunat mengiringi waktu.
2. Orang yang melaksanakan 12 rakaat solat sunat sehari semalam, Allah akan membangunkan sebuah mahligai di syurga.
3. 12 rakaat solat sunat itu sehari semalam terdiri dari empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya dan dua rakaat sebelum subuh.
Sumber 1 Hari 1 Hadis
Tags
ISLAMIK
Belum mampu buat 12 rakaat solat sunat.
ReplyDeleteHarap dapat buat. Insya Allah.
insya Alloh
Deletebelum mampu buat solat sunat 12 rakaat sehari... lemahnya sayaaaa😭
ReplyDeleteGood sharing Adda, masih mencuba nak cukupkan solat sunat nie, InsyaAllah..
ReplyDeleteselamat hari ulang tahun dan semoga kekal bahagia hingga ke Jannnah..solat sunat sangat dituntut untuk menampung kekurangan solat fardu...kalau tak mampu buiat sekadar yang terdaya sahaja
ReplyDeletesejujurnya mama sendiri pun masih berusaha untuk buat solat sunat ni.. ini peringatan utk diri mama juga semoga kita beroleh manfaat
ReplyDeleteHarap dapat buat berusaha lagi solat sunat tu
ReplyDeletePerkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga sama-sama kita praktikkan.
ReplyDeletesama2 jom
DeleteSedangkan kita kat dunia berhempas-pulas bekerja pun belum tentu dapat buat mahligai sendiri. Dengan mendirikan 12 rakaat solat sunat je, Allah kasi kita mahligai di syurga. Subhanallah.
ReplyDeletebetul carneyz, allah dh bagi jalan dah cara mudah. nak atau tanak buat aje
Delete12 rakaat yang harus berusaha diamalkan
ReplyDeleteNoted.. terima kasih perkongsian
ReplyDeleteAllahuAkbar. semoga kita semua nnti mampu untuk buat solat sunat banyak2
ReplyDeleteGood sharing kak.Peringatan kat diri sendiri ni.
ReplyDeletesemoga ada kesempatan untuk kita kerjakan semuanya termasuk yang wajib kan adda.. amin...
ReplyDelete