Dinner di JKR Corner's Restaurant Baling, Kedah

Assalamualaikum semua, harini mama nak cerita tentang tempat makan yang kami selalu singgah kalau ke Baling, Kedah. Sudah beberapa kali kami makan Dinner di JKR Corner's Restaurant Baling, Kedah ni. Harini baru sempat nak cerita. Tetiba teringin pula nak jalan-jalan cari makan di Kajang.

Baca juga kisah 


Dinner di JKR Corner's Restaurant Baling, Kedah

Sebenarnya dah bermacam-macam menu kami order kat sini. Kesemuanya memang sedap dan harga memang berpatutan.  Mama letak mana yang dan je la yek..


Antara menu yang kami order. Kalau tak silap mama order set. Mama ke sini last sekali 22/9 tahun lepas.

Ikan siakap ni kami belah 2, separuh goreng untuk en hubby yang nak makan simple dan satu lagi kalau tak silap mama buat sweet sour.

Ni teh tarik dan teh tarik halia Nescafe tarik kat sini sedap juga tau

Menu lain yang kami pernah order. Sup daging dia pun sedap. 


Total kami makan adalah RM 53. Ada 2 sup daging, seekor ikan siakap RM 31, teh tarik dan teh tarik halia. Berbaloi-baloi sangatkan. Murah dan sedap. Cuma kalau makan kat sini kena menunggu sikit, Tak berapa nak laju. So far, mama puas hati makan kat sini. 

Menu dan Harga makanan di Restoran JKR Corner Baling, Kedah

Ini ialah Menu dan Harga makanan di Restoran JKR Corner Baling, Kedah



Ada juga yang set, mama tak ambil gambar.


Maklumat Restoran JKR Corner Baling, Kedah

Ruangan dalam kedai


Kedai terletak di tepi jalanraya.

JKR Corner's Restaurant

Alamat: JKR Corner Restaurant in front JKR'S Baling, 09100 Baling, Kedah

Masa operasi: 5 petang – 12 malam


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Murah itu. Ada kesempatan Adda ke Baling boleh selalu makan.

    ReplyDelete
  2. Lama sy tak singgah makan di Pekan Baling... Rindu sungguh dgn my hometown ni 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya mama lagi kerap balik kampung PH la ni hihi

      Delete
  3. wahhh ada sup tu yg besttt👍👍

    ReplyDelete
  4. wah...mantaplah...harga juga masih berpatutan

    ReplyDelete
  5. harga murah..kalau murah & sedap rasa makanan dia,berbaloi...environment kedai pun nampak kemas, bersih..

    ReplyDelete
  6. harga murah terus rasa nikmat banyak dicari pembeli

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wahh terima kasih sangat review kedai kecik kami, maaf kalau ada terkurang jemputlah datang lagi 😊

    ReplyDelete
Previous Post Next Post