Dinner di Restoran Kambing Ke Langit, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

Beberapa bulan lalu mama sekeluarga repeat makan Dinner di Restoran Kambing Ke Langit, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. First time mama order dari restoran ni masa PKP dulu dan pernah sekali kami makan di sini. Bila cari-cari tak jumpa pula sama ada mama penah cerita atau tak di blog ni. Terima kasih semua atas doa, mak mertua mama dah discharge semalam tapi masih perlu folo up nanti.


Dinner di Restoran Kambing Ke Langit, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

Inilah antara menu yang kami order 3 beranak 

Baca juga


Nasi goreng lamb chop untuk en hubby. Sebenarnya dia order menu kat bawah ni tapi bila tgk kuah banjir macam tu dia tukar dengan mama. Alah, sama aje sape yang makan sebab kami selalu makan share-share. Not bad kambing dia sedap.

Nasi Goreng Kambing Special RM16++. Banyak kambing dalam nasi goreng tapi disebabkan kuah tu banjir maka rasa kuah tu agak mengganggu rasa nasi dan kambing.



Chicken Maryland favourite anak mama. Sebanarnya mama dh lupa dia order apa. Mama agak aje chicken maryland hikhiks.



Menu dan Harga Makanan di Restoran Kambing Ke Langit, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

Ini adalah Menu dan Harga Makanan di Restoran Kambing Ke Langit, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Mama tak letak semua sebab banyak juga menu kat sini. Ada menu goreng-goreng dan pelbagai jenis minuman, Korang boleh tengok secara online. Kalau yang ada rumah di Kajang, mama tak sure ada cawangan kat sana atau tak. 



Makanan kat sini pada mama OK tapi takdelah terlalu sedap sangat. Cuma daging kambing tu perlu improve sikit sebab daging kambing dia agak liat. En hubby dh bagitau pada staff kedai. Harap diorang improve. Dulu mama pernah order nasi goreng kambing dan kambing goreng dari kedai ni. Sedapp.. Pekerja OK dan servis pantas. Boleh la singgah lagi nanti.


Maklumat Restoran Kambing Ke Langit, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Alamat Restoran Kambing Ke Langit

Alamat: 2gx, Jalan Plumbum X 7/X, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Alaaaaa...lapar la masuk sini....nampak sedpa tu ha menu kat sini...

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera
    Ada kambing mesti sedap

    ReplyDelete
  3. Nasi goreng lamb chop tuuu sedapp nyaa

    ReplyDelete
  4. lama tk ke seksyen 7 ...menarik nmpk menu kambing tp liat tu spoil skit kn

    ReplyDelete
  5. uitttt banjir betul niii tp kalau dia asingkan lauk dgn nasi lg ngan kot... pandangan sy laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anies sebab kuah dia byk sgt. kalau asing ok

      Delete
  6. memang banjir betul yang nasi goreng kambing tu..kalau kurang sikit kuah tu, rasanya okey sikit...

    ReplyDelete
  7. kenapa yang special tu banjir betul ya.. seram pulak kita tengok dah rupa nasi ladna dah..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post