Assalamualakum semua. Tetiba mama teringat Kisah Mee Celup Berapi ni dan mesti buat mama senyum sorang-sorang. Alkisahnya mama ni memang tak pernah makan mee celup sehinggalah beberapa bulan lepas mama lihat adik mama order mee celup di satu kedai makan berdekatan Kati, Kuala Kangsar Perak. Mama ada rasa sikit mee celup dia dan rasa dia macam ala mee sup aje kan.
Baca juga
Kisah Mee Celup Berapi
Beberapa bulan selepas tu, tetiba mama terasa nak makan mee celup tu dan mama serta en hubby singgahlah ke kedai tu selepas hantar anak mama ke Kedah. Mengingatkan rasa mee celup yang adik mama makan dulu maka mama pun mintalah mee celup, nak yang pedas. Adik yang ambil order tu rasanya orang Siam.
Bila mama minta nak pedas, muka dia macam pelik atau tak faham. Dia tanya, "nak pedas ke?" Mama pun jawab ye nak pedas. Dia tanya lagi tapi mama tak berapa faham. Last2 mama cakap "nak cili lebih?" dengan muka agak annoying. Lapar tau!. Barulah dia dapat tangkap dan anggukkan kepala.
Dalam hati mama kadang-kadang terdetik juga, "Aku salah order ke"..
uiiii... tgk pun dah leh agak pedas tu
ReplyDeleteapa benar enak ya
Deletewowwww selalunya orang asingkan cili tu. hentam masukkan semua memang bengkak mulut macam kylie jenner
ReplyDeleteselalunya cili asing ye.. mama tak pernah order so tak tau hihi.. tu yg minta nak pedas. patutlah dia tak faham. last2 dia curah aje semangkuk cili adui
DeleteSalah pesan agaknya.
ReplyDeleteSaya tidak pernah pesan mi celup.
Mak aii banyak betul cili tu.
ReplyDeletehahahahah tulah kak, dh pedas nk pedas lagi kan dia bubuh banyak gila cili tu
ReplyDeleteya Allah, seram tengok cilinya berenang²
ReplyDeletemenakutkan cili diaaa. Hahaha
ReplyDeletetgk warna je da tahu🔥🔥🔥
ReplyDeleteKenapa la kat seremban susah nak dapat mee celup best...ada pun x berapa nak best
ReplyDeletemee celup antara faveret ammi. sejak pindah seremban ni belum jumpa lagi kedai yg best mee celupnya
ReplyDeletemmg berapi tu...ikutkan mee celup tk pedas cumanya kalo saper2 nk pedas mmg ada biasanya cili kita bole minta...
ReplyDeleteaduii..sorry kak..tergelak part yang mcm nak tercirit & bengkak mulut tu..haha...boleh imagine keadaan akak masa tu macamana tambah pulak order air panas..kalau saya macam ni, rasanya confirm terus laju2 ke toilet nak tercirit...haha
ReplyDeletehaha mmg merana time tu fiez.. tapi skrg boleh la nak gelak2 .. ni area kati
DeleteMee Celop memang fav saya nak-nak ada cili jeruk... sedapnya
ReplyDeletehahaha.. kalau aku tanyalah dulu sebelum makan.. hahaha jujur benar ya pelanggan ni
ReplyDelete