Lama dah mama tak layan drama Korea selepas mama tengok cerita Mouse dulu. Bukan apa, rasa letih dan secara tak sedar drama Mouse lakonan Lee Seung Gi tu menaikkan expectation mama. So, drama yang biasa-biasa ni mama tak tengok dah. Ada tengok Big Mouth lakonan Lee Jong Suk tapi mengecewakan. Memandangkan mama suka sangat drama Missing the other side season 1 dulu, maka tentulah mama akan tengok season 2 pula. Review Drama Korea Missing The Other Side 2.
Ni Review Missing The Other Side Season 1.
Review Drama Korea Missing The Other Side 2
Maklumat Drama Korea Missing The Other Side 2
Total Episodes: 14
Masa tayangan: December 2022 - January 2023
Pelakon: Kim Wook - Ko Soo, Jang Pan-Seok - Heo Jun-Ho, Lee Jong-A - Ahn So-Hee dan Shin Joon-Ho - Ha-Joon
4 pelakon utama seperti seasoon 1 dulu dan ramai juga pelakon-pelakon baru. Watak utama season 2 yang best ialah Oh Il-Yong dan Captain Kang Eun-Sil yang bertindak seperti ketua kampung ala Thomas masa season 1 dulu.
Sinopsis Drama Korea Missing The Other Side 2
Season 2 ni plot lebih kurang sama macam musim sebelumnya, dengan pelakon utama yang sama di kampung iaitu di Kampung Gongdan di mana orang yang hilang, termasuk Kang Eun Sil dan Oh Il Yong, tinggal. Kim Wook, Jang Pan Seok dapat melihat hantu semula selepas 2 tahun tidak dapat melihat mereka selepas bertemu Oh Il-Yong di kafe, Il-Yong memberikan alamat kompleks terbiar di mana mereka mendapati kampung itu, penuh dengan kanak-kanak yang telah meninggal dunia selama bertahun-tahun dan ingin balik kepada ibu bapa mereka. Kampung ini diuruskan oleh Kapten Kang, kerana dia menjaga keperluan penduduk kampung dan kanak-kanak, mengetahui selok-belok, dan byk membantu semua orang.
Detektif Shin Joon Ho pula membantu mereka di dunia luar dengan cuba mencari mayat orang yang hilang dan mengejar kebenaran di sebalik kematian mereka. Persahabatan antara Kim Wook, Pan Seok dan detektif Shin bertambah kukuh, memberikan maklumat kes orang hilang yang menyebabkan detektif Shin menemui mayat yang tersembunyi selama beberapa hari atau tahun.
Ending cerita ni seperti akan ada season 3. Kalau ada season 3 confirm mama akan tengok lagi.
suka dia punya casting, suka tengok detiktif shin. watak II-Yong pun best hopefully kalau ada musim ketiga, dia pun ada sekali juga..
ReplyDeletekalau ada musim ke 3 confirm mama akan tgk lagi. haah kan il young tu best watak dia
Deletealaaa... x kuar kat netflix lagi cerita ni. memang nak tgk sgt tapi tu la..
ReplyDelete1st season dulu pun, memang nangis je but best sgt
cite ni mmg buat kite nangis kan huhu
Deletedah abis dah tgk season 2 tu..memang best and betul la, mcm ada sambungan season 3 but..mesti best jugak sbb kali ni yg perempuan tu pun nampak jugaks.. looking forward sgt kan...
DeleteKena tengoklah cerita ni nanti. Skrg tgh layan drama 56 episod, ehehehe.
ReplyDeletepanjangnya siri tu tajuk apa tu
DeleteOkay nak tengoklah nanti macam best
ReplyDeletetgk season 1 dulu bonde
DeleteMemang best drama MTOS 1&2 ni kan. Combo dengan mengalir airmata tiap kali yang tinggalkan kampung tu.
ReplyDeletekan....
DeleteMacam best nie, nak tengok lah nanti..
ReplyDeleteCerita pasal orang hilang dan boleh tengok hantu juga rupanya.
ReplyDeletenampaknya sy kena tgk S1 dulu baru bleh tgk yg ni kalau x nanti blur blur😁
ReplyDeletebetul anies, sesiapa yg tak tgk kena start dari season 1
DeleteCuya baru2 ni pon ulang tengok cerita korea...Cuya malas nak follow up cerita2 baru nanti ketagih jadinya..kekekke
ReplyDeletesama la cuya, kkalau worth aje mama tgk
Deletemcm best je. nak tgk la nnti
ReplyDeleteX berapa minat citer korea, kalau idak nak jugak layan citer k.adda share ni…
ReplyDeletehaa... aku belum sempat tengok yang ni.. ok boleh masuk list
ReplyDelete