Suka Lepak di Dusun Food Street Batu42 Baling, Kedah Tapi Sayangnya..

Tempat mama selalu lepak di Baling ialah Dusun Food Street Batu42 Baling, Kedah Tapi Sayangnya.... Ayat yang sayangnya tu ye, tajuk yang agak kuciwa.. Mama baru tahu tentang berita Dusun Foodcourt ni bila tergerak hati nak tgk FB dia. Selalunya kalau ke Baling mama dan en hubby suka lepak sini sebelum bertolak pulang ke Shah Alam. Minum-minum sambil makan simple-simple. Kalau ke Kajang tentu seronok juga banyak kedai makan best2.

Baca juga:


Dusun Food Street Batu42 Baling, Kedah

Sebelum itu mama nak story dulu tentang tempat ni.

Dusun Food Street Batu42 Baling ni adalah tempat makan ala foodcourt yang selalunya buka mulai tgh hari. Ada byk gerai di tepi jalan dan juga di foodcourt ini sendiri. So, bila mama ambil anak mama biasanya  sampai dalam kul 2 ptg. Sementara nak pulang kami selalu lepak sini. Makanan favourite mama dan en hubby ialah laksa dan rojak buah di satu kedai kat sini. 


Keadaan di waktu malam tahun lepas.


Best lepak sini sebab dikelilingi pokok besar. Tak terasa panas sgt 

Ni la rojak buah feveret kami

Laksa yang amat murah

Kedai yang kami selalu beli Hebanyakan menu harga RM 4 aje murah betul kan. Cendol santa dia pun sedap tau



Tapi sayang..

Sayangnya tempat ni dah tutup buat selamanya.. Alasan adalah peniaga dah tak boleh survive , Dah 2 Bulan Tak Mampu Tampung Kos Maintenance (info dari FB). Last month mama ada ke sini. Kami ingatkan tempat ni dilanda ribut sebab nampak tunggang langgang.. Laa... rupanya dah tutup huhu.. Lepas ni nak lepak mana plak ye..


Maklumat Dusun Food Street Batu42 Baling, Kedah  (Dah permanently closed) 

Dusun Food Street Batu42 Baling, Kedah

Alamat: DUSUN FOOD STREET, PERSIARAN KOTA JAYA, Kampung Batu, 09100 Baling, Kedah



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Mahal ya jaga tempat itu. Habis otu oindah mana? Harap Adda dapat balik makan laksa dan rojak buah gerai itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi dengan pemandangan indah penyebab di harga

      Delete
  2. alaa sayangnyaaaa kalau sy ddk situ dan ada rezeki lebih boleh sy bantu trs kekalkan bisnes ni.... sayangnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sayang sgt lokasi dh cun pelanggan pn ada

      Delete
  3. Bisnes makanan sukar untuk bertahan kerana kos yang amat tinggi....Jika rugi memanjang lebih baik tutup daripada terus menanggung kerugian

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga mr h x berbaloi utk teruskan kalau rugi

      Delete
  4. Kesian pd yg berniaga tu kan. kena carik tpt baru then struggle balik.

    ReplyDelete
  5. Batu 42 ni la tempat PH tunggu bas nak balik ke asrama di Alor Star dulu. Dulu tempat ni kebun getah je... Sekarang dah berubah wajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang bus stand kat area sebelah satu lagi setau mama

      Delete
  6. alaaa sayangnya...dah jumpa tempat makan sedap, murah..tapi tutup pulak sbb owner tak mampu nak survive...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau nak cari rojak buah sedap kat mana dah huhu

      Delete
  7. Suka laksa petang-petang sedap makan..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post