Dinner di Restoran Homst Shah Alam, Seksyen 13 Selangor

Alkisahnya semasa mama puasa enam beberapa minggu lepas mama telah berbuka puasa dan Dinner di Restoran Homst Shah Alam, Seksyen 13 Selangor bersama en hubby. Masa tu anak mama masih di asrama so kami berdua aje lah. Bila anak mama dah balik cuti sekolah baru ni, kami repeat lagi di sini. Walaupun dah pernah makan Dinner di Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant Bandar Baru Bangi tapi kami tak pernah lagi try di cawangan Shah Alam. Kalau korang bina rumah di Kajang pun ada cawangan terdekat di sana.


Dinner di Restoran Homst Shah Alam, Seksyen 13 Selangor

Inilah menu yang kami
Wantan mee favourite mama sejak anak dara. Dulu mama selalu makan di Subang Parade. Tapi sekarang tak kerap sgt makan

Nasi goreng malaysia yang berbaloi2. ada udang, ayam, keropok.. Banyak bahannya. Anak mama dan ayahnya suka menu ni..

Chee cheong fun tomyam. Tomyam dia agak pekat so tak boleh nak hirup2 kuah tu. Agak masin juga so next time mama tak order dah kot.

Bandung cincau

Seperti di cawangan Bangi, nescafe tarik cawangan Shah Alam sama sedap. Tak berapa manis, dan rasa nescafe dia kaw. Sampai mama tak boleh tido malam tu hihi..


Menu dan Harga di Restoran Homst Shah Alam, Seksyen 13 Selangor


Berikut ialah antara Menu dan Harga Restoran Homst Shah Alam, Seksyen 13 Selangor





Makan kat sini hampir semua menunya sedap. Chinese food tapi ada juga yang fusion juga. Restoran ni selalu ramai orang dan ada masanya susah juga nak cari parking kawasan ni. Untuk menu set ok la harganya tapi kalau order nasi dan lauk pauk agak pricey juga. Ada outdoor seating dan juga indoor.

Ni indoor

Maklumat Restoran Homst Shah Alam, Seksyen 13 Selangor

Alamat Restoran Homst Shah Alam, Seksyen 13 Selangor

Alamat: 5&7, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Masa operasi:  11pagi - 10.30 malam (Jumaat 3ptg - 11 malam)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. pernh mkn sini utk farewell..tp menu order mcm2 ..sedap

    ReplyDelete
  2. wahhh merah betul kuah chee chong fun tomyam tu...

    ReplyDelete
  3. Ada nampak cawangan di Ampang tapi tak pernah mencuba. Mula2 ingatkan ni restoran Western sebab nama restorannya tak menggambarkan ciri Chinese food 😅

    ReplyDelete
  4. Wantan mee tu menggoda selera tau!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post