Larangan Memburukkan Orang Lain

Sebagai seorang wanita, mama sendiri sentiasa terdedah dengan sifat memburukkan orang. Kadangkala mama sendiri perasan dan terasa buruk sangat perangai sebegini. Bayangkan kalau ada orang lain pula yang memburukkan kita, macam tu lah perasaan orang kalau dia tahu kita memburukkan dia. Larangan Memburukkan Orang Lain.

Baca juga

 

Larangan Memburukkan Orang Lain

Gambar hiasan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الرَّجُلُ هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:

1. Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.

2. Jangan sekali-kali kita memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.

3. Nasib diri kita adalah mengikut apa yang difikirkan oleh akal kita. Jika akal kita berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif.

4. Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.

5. Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukanlah semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.

6. Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka.

7. Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan tidak menjadikan orang lain sebagai pelarian (escapist) dengan menuding jari kepada orang lain.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah untuk menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka.


Sumber: 1 hari 1 hadis



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Allah. kadang2 kita buat mcm tu sampai lupa keburukan sendiri kan. semoga kita istiqamah tak bercakap buruk tentang orang

    ReplyDelete
  2. kita ni cuma hamba je. dia kau aku mereka semua hamba. tak.lebih tak kurang. jd kenapa nak memburuk burukkan sesama.makhluk?

    ReplyDelete
  3. kita memang dilarang mencela orang lain
    bisa jadi yabg dicela lebih baik

    ReplyDelete
  4. good sharing. moga dpt jadi lebih baik lagi.. aamiin

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. Banyaknya dosa saya terutama dosa bersangka buruk terhadap orang lain. Moga ada kesempatan untuk ubah sikap dengan selalu muhasabah diri.

    ReplyDelete
  6. terasa kena tampar muka sendiri bila baca... itulah kadang2 kita tak sedar kan..

    ReplyDelete
  7. Kadang kadang terjadik sangka buruk sebab pernah dipermainkan..tu macam susah nak bersangka baik .tapi kalau benda tak betul, watpe kita burukkan orang lain, kan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih diatas perkongsian ini, moga dapat diselitkan dalam ingatan saya.. InsyaAllah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post