Most Wanted! Nas Nuri Kontraktor Rumah Kajang Dengan Kualiti Terbaik

Hari raya sudahpun berlalu. Mama sempat beraya ke rumah kawan mama seorang guru. Dia baru mendirikan rumah banglo 2 tingkat. Seronok sangat tour rumah dia. Memang nampak rumah tu custom made mengikut citarasa dan kesesuaian keluarganya yang ramai anak tu. Memang beruntung bila bina banglo idaman sendiri. Dikalangan rakan-rakan mama memang ramai yang berkerjaya sebagai cikgu dan doktor yang membina rumah sendiri berbanding membeli dengan pemaju. Mungkin mereka mementingkan kepuasan, menjadikan pelaburan selain faktor pendapatan yang terjamin. Bagi yang ingin membina banglo di area Kajang mama rekemen satu kontraktor. Most Wanted! Nas Nuri Kontraktor Rumah Kajang Kualiti Terbaik


Mengapa Kajang Menjadi Tumpuan Pemilik Rumah

Kajang ialah nama yang selalu dikaitkan dengan satay sedap iaitu Satay Kajang. Walau bagaimanapun, bandar yang berusia lebih 200 tahun ni semakin menjadi pilihan ramai bagi membeli dan mendirikan rumah. Perkara ini boleh dilihat dari statistik pembelian rumah yang meningkat dari setahun ke setahun. Antara faktor utama..

Nas Nuri

Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang

Lokasi Strategik. 

Daerah di pinggir selatan Lembah Klang ini hampir dengan bandar besar seperti Kuala Lumpur yang hanya sejauh 24 kilometer dan juga berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya yang hanya 17 km saja. 

Senang Akses. 

Sudahlah lokasi strategik, ia juga senang di akses dengan adanya kemudahan highway seperti Lebuhraya KL-Seremban, Kajang SILK, SKVE, LEKAS, etc. Selain itu, ia senang di akses  dengan pengangkutan awam seperti MRT dan KTM Komuter. Kerana itu ramaiyang bekerja di KL, Cyberjaya dan Putrajaya malahan Seremban memilih untuk beli rumah di Kajang.

Kos Mampu Milik. 

Faktor utama adalah kos membina rumah di kawasan Kajang masih lagi berpatutan dan tidak naik mendadak. Alang-alang dah murah tu, kalau diberi pilihan membeli dari pemaju atau membina rumah di atas tanah sendiri, lebih baiklah jika dapat bina sendiri rumah impian di tanah sendiri, kan! Boleh la dapat rumah idaman macam kawan mama tu.

IMG_20170824_183525

Sedapnya satay Kajang. Tak pernah tak sedap kan.

Selain dari tu, Kajang juga mempunyai komuniti family friendly, selain mentaliti yang tak berapa kosmopolitan, pilihan tempat makanan dan banyak kemudahan yang sesuai untuk seisi keluarga dan masyarakat dengan harga yang berpatutan.


Most Wanted! Nas Nuri Kontraktor Rumah Kajang Dengan Kualiti Terbaik

Mama tahu ramai yang sedang mencari-cari kontraktor yang bagus untuk membina rumah. Pemilihan kontraktor teramatlah penting sebelum membina rumah kerana jika tersalah pilih boleh menyebabkan kerugian yang besar dan seterusnya mencalarkan emosi kita sendiri. Terdapat satu kontraktor yang dipercayai dan menghasilkan binaan yang bermutu tinggi iaitu Nas Nuri Consturction. 

Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang

Cantik kan 2 gambar rumah yang mama share di atas ni. Ini adalah contoh binaan rumah oleh Nas Nuri yang terkini di Kajang. 

Siapa itu Nas Nuri Construction

NAS Nuri Construction Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman. 
Logo-Nas-Nuri%2Bsaiz%2B580
Sebelum ini Nas Nuri pernah terlibat dalam kerja pembersihan, pembinaan jeti, pembinaan kediaman perumahan, baik pulih bangunan kerajaan dan lain-lain kerja berkaitan. Pada tahun 2009, pihak syarikat mengambil keputusan untuk mewujudkan NAS Nuri Construction Sdn Bhd dengan menumpukan pada binaan rumah banglo milik persendirian. Sehingga kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah terlibat dalam lebih 100 kerja membina kediaman dan juga renovasi. 


Mengapa Nas Nuri Kontraktor Terbaik Bina Rumah di Kajang Selangor

Berikut adalah antara sebab Mengapa Nas Nuri Kontraktor Terbaik Bina Rumah di Kajang Selangor..

Pengalaman Luas Membina Banglo di Kajang dan Kawasan Lembah Klang

Nas Nuri Construction mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pembinaan rumah dan telah membina lebih dari 100 banglo di sekitar Lembah Klang. Tentu saja dengan pengalaman sebegini akan memudahkan segala proses kerana Nas Nuri lebih tahu selok belok hal yang melibatkan pihak berkuasa seperti kelulusan sijil CCC Majlis Bandaran. Mereka juga boleh memberikan tunjuk ajar seperti mendapatkan cara pembiayaan tunai/ pembiayaan bank atau LPPSA. 

Contoh banglo yang telah dibina oleh Nas Nuri..

Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang


Kontraktor Berdaftar Yang Dipercayai

NAS Nuri Construction Sdn Bhd merupakan syarikat yang berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500 000.00. Maka, tak perlu lah risau jika projek terbengkalai atau perkara tak diingini berlaku. Tak perlu risau tentang kualiti kemasan rumah sebab Nas Nuri telah melepasi score QLASSIC yang diperkenalkan CIDB bagi mengenalpasti kontraktor yang menghasilkan mutu kemasan terbaik. Nas Nuri sentiasa menerapkan elemen QLASSIC dalam setiap pembinaannya bagi memastikan kualiti kemasan terbaik.


Mementingkan Mutu dan Kepuasan Pelanggan

Dalam setahun, Nas Nuri hanya mengambil 15 slot saja, maka dari sini kita boleh tahu bahawa Nas Nuri bukanlah syarikat kontraktor yang mementingkan keuntungan. Mereka lebih mementingkan kualiti. Selain itu khidmat servis selepas jualan juga disediakan. Setiap binaan ada 3 tahun warranty untuk struktur dan 1 tahun warranty untun kemasan. Setiap pelanggan tentu ada "peace of mind" apabila disediakan servis sebegini. Lihatlah contoh rumah banglo di Kajang ni, jelas hasil kerja Nas Nuri yang bermutu tinggi.
Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang

Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang


Menyediakan Pelan Banglo Secara Percuma

Sememangnya Nas Nuri ni sangat pemurah. Lebih dari 30 pelan banglo tersedia dengan rekabentuk terkini. Semuanya boleh di download secara percuma dan boleh terus digunakan untuk bina rumah. Bagi yang inginkan pelan baru, boleh hubungi Nas Nuri, ia juga ada disediakan.Selain dari pelan banglo, Nas Nuri juga tidak kedekut ilmu. Korang boleh dapatkan pelbagai tips dari cara membeli tanah sehinggalah tips pembinaan rumah melalui websitenya. Boleh refer di bawah post ini.


Pakej Rekabentuk Dalaman Dengan Kos Menarik

Nas Nuri menyediakan rekabentuk dalaman (ID) dibawah nama Kriasi Design dengan kos yang menarik. Bagi yang ingin dapatkan sentuhan ID professional bolehlah masukkan pakej ini sekali. Tawaran ini khas bagi pelanggan yang membina banglo bersama Nas Nuri saja. 

Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang

Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang

Rumah Dibina Tinggi Kualiti dan Ada Nilai Tambah

Nas Nuri mementingkan kualiti rumah yang dibina. Kerana itulah mereka menggunakan bahan yang berkualiti contohnya cat luar jenis tahan cuaca dan menyediakan rawatan anai-anai. Kebanyakan rumah yang dibina dilengkapi dengan longkang dan kaki lima keliling rumah. How thoughtful kan!

Peace of Mind & Dipercayai

Segala kerja binaan ditapak akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh 2 pegawai, iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan juga pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak). Pekerja binaan pula dipecah mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai (tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir), setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai bertanggungjawab, dan segala urusan pembelian barang ditapak diuruskan staff kewangan di pejabat.


Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kajang


Itulah antara sebab mengapa Nas Nuri Construction menjadi construction company terbaik untuk bina rumah di Kajang dan juga kawasan sekitarnya. Korang boleh lawati website Nas Nuri di bawah dan korang boleh lihat betapa telus dan ikhlas mereka ingin memberikan hasil terbaik untuk rumah korang. 


Maklumat Lanjut Berkenaan Nas Nuri

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan membina banglo di Kajang, korang boleh hubungi Nas Nuri Construction melalui maklumat di bawah. 

Logo-Nas-Nuri%2Bsaiz%2B580
NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
Alamat: No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Office: 03-33597852 Sales: 019-3487372
E-mel: sales.nasnuri@gmail.com
Website: https://www.dawaibesi.com/
Website: www.nasnuri.com
Facebook : FB Nas Nuri



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. oh rumahnya indah sekali ya dan terlihat luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sgt kan pak, seronok sgt kalau dapat bina rumah macam ni

      Delete
  2. support kontraktor Bumiputera👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anies, kualiti setanding kontraktor non bumi dan lebih lagi nilainya

      Delete
  3. Cantiknya landskap rumah tu, memang teringin nak rumah cecantik tapi bila tengok poket, eh bocor :P

    ReplyDelete
  4. haritu Cuya makan satay Kajang, banyak betul isi dia

    ReplyDelete
  5. Cari perumahan memang harus kontraktor yg terbaik gak bisa asal"an, lokasi, kenyamanan,fasilitas dan sebagainya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post