Assalamualaikum semua. Mesti ramai yang sedang berpuasa hari wukuf harini kan. Mama doakan semoga segala amalan dan doa dimakbulkan dan diberi ganjaran maksimum dari Allah. Esok sudah pun 10 Zulhijjah dah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Selamat hariraya semua, mama mohon maaf kalau ada salah dan silap ye.
Idea Masakan Raya Dan Open House
Mama letak idea masakan raya kat sini lah sambil cari idea..
- Resepi Masakan Hariraya Yang Mudah Dan Confirm Jadi
- Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu Style
- Resepi Mee Bandung Muar dari Orang Muar Gerenti Jadi
- Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap
Mama berada di Shah Alam aje. Raya kali ni memang tak plan apa nak masak. sejak sebulan lalu mama tersangat super duper busy. Harini masih lagi bekerja siap ada audit lagi. Padahal mama sendiri yang plan audit ni. Layankan aje sebab sedang mengejar masa.
Semalam baru teringat yang barang kat dapur dah habis. Dan esok nak raya. hmm.. nak masak apa la ye. Mula-mula ingat nak masak nasi tomato aje. Tapi memandangkan mama nak masak yang simple2.. mungkin satgi mama pi beli ayam 2 ekor buat rendang dan rebus nasi impit. Masak kuah kacang. Rasanya inilah menu paling simple. Lemang udah dibeli untuk esok. Rasanya tu je la menu simple kami. Lodeh 50-50 taktau nak masak ke tak..
Korang masak apa? kot mama tetiba dapat idea masakan lain pula..
Jumaat mama dah mula keje dah. So, kita chill2 aje la hariraya kali ni.
MA tolong Ibu je masak2..menu raya biasa. Ibu siap buat kuih raya ye..nanti MA story tau.. gigih & rajin tul Ibu... MA pun keja lagi, ni still kat opis
ReplyDeletejgn lupa story tau.. oo sama la kita masih beker.. lauk pun mungkin saya la esok kan
Deletetengah fikir juga ni mama nak masak apa...dah petang masih lagi tak tau menu huhu
ReplyDeleterasanya sama la mama rebus nasi impit buat rendang kuah kacang
wah ada geng.. rasanya inilah menu yg simple dan jimat kan
Deletemacam biasa rendang, ketupat dan kuah lodeh hehehe
ReplyDeletemasak opor saja
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeleteNasi ayam je hari ini
ReplyDeleteMasak ketupat segera, rendang rusa dan coto makassar.
ReplyDeleteMasak simple asal kenyang. 🤭
ReplyDeletesaya tak masak apa sb suami kuarantin
ReplyDeleteaku masak 2 menu je itu pun tak terhabis..
ReplyDeletemalam raya tu mula2 nak masak nasi minyak dengan ayam kurma tapi periuk multi-cooker buat hal jadi tukar resipi masak laksa sarawak je, simple ✌🏻
ReplyDeleteSimple tapi bermakna..Kami haritu ada Nasi Briyani di tengahari raya..hihi..Salam Aidiladha yang dah lepas ya .
ReplyDeleteRaya hari tu Kak Sue masak rendang ayam dengan panaskan sambal daging yang Kak Sue frozenkan ja Adda..
ReplyDelete