Setelah lama tak makan nasi lemak panas, tetiba kami suami isteri craving. Dan hasilnya dah 2 kali kami Repeat Nasi Lemak Panas Jalan 223 PJ ni dalam masa sebulan. Kali pertama mama ke sini dalam bulan raya. Masa tu tak banyak kedai yang buka dan tak ramai orang pun. Mama ingatkan mungkin dh tak ramai yang dtg sini kot. Kali kedua mama dtg 2 minggu lepas selepas habis Syawal, masa ni memang ramai sgt orang dan kedai pun banyak yang buka. Mungkin kali pertama tu orag masih mood raya kot.
Baca juga ni Nasi Lemak Panas Medan Selera Jaya 223 Petaling Jaya
Repeat Nasi Lemak Panas Jalan 223 PJ
Nasi lemak sini ada 2 kedai. Satu biru dan satu merah. Kedai biru ada di depan. Kat kedai ni sambal dia memang lebih pedas. Kalau korang suka pedas bolehlah beli kat situ, mcm husband mama.
Sejak dua menjak ni mama tak berapa tahan pedas so mama beli dari kedai merah. Mama pernah makan di kedua-dua kedai dan nasi lemak serta lauk semua sedap. Beza hanya pada sambal.
Otak otak yang sedap. Mama suka nescafe tarik kat sini tapi kali ni nescafe ais ni agak kureng pula
Menu wajib iaitu sup kambing. Sup kambing rasa dia sedap mcm dulu cuma kuah dia terlebih pekat agaknya letak tepung jagung. So, jadi muak sikit.
Apapun, kami rasa puas hati akhirnya setel juga craving kami. Siap tapau untuk ahli keluarga lagi. Mama perasan kat sini dah tak ramai pekerja macam dulu. Staff kedai sendiri promote kedai memasing bawa menu dan makanan ke meja kami. Mama sendiri pun order sup kambing sendiri di kedai tu. Tak ramai yang ambil order macam dulu. Kedai pun byk yang dh takde seperti kedai sorong bakar favourite kami tu huhu.. Lama pula mama tak ke Kajang, stu pun byk tempat makan best2 kan.
Sedapnyaaa nampak 😍😍. Kalo ingat nasi lemak, ingat saat kuliah di Penang, sarapan hari-hari 😄. Kebetulan dekat campus ada yg jual enak. Tak pernah bosan dengan nasi lemak, tapi saya suka yg sambelnya pedas mam 👍😄
ReplyDeletekuliah di penang di mana fanny.. di usm kah.. oo fanny suka pedas ye
DeleteNasi lemak memang tak menjemukan
ReplyDeleteNasi lemak kena dengan lauk dan sambal emmang n=menjadi pilihan semua x kira pagi petang ke malam kan?
ReplyDeletebetul kak.. kalau saya lauk telur pn dh cukup
Deletenasi lemak bungkus daun pisang..panas2..sedapnya..
ReplyDeleteSetiap kali ke KL, husbnd suka ajak makan kat sini. Dulu dulu dulu, dorg buka meja smpi ke jalan tu kan.. lepas pkp dah tak semeriah dulu. Dah tak ada kena serbu dengan org bawa menu.
ReplyDeletebetul tu. skrg dah tak meriah mcm dulu. org ambil order dah kurang. lambat sket servis tapi ramai masih macam dulu
Deleteayam goreng tu mesti sedap nengok rupa pun dah tahu sedap... sup tapi kental tak suka
ReplyDeletebetul dana. mmg sedap crunchy di luar juicy di dalam
Deletedia buka dr petang smpi tgh malam ya?
ReplyDeleteye anies, lagi malam lagi ramai org lepak
DeleteTengok gambar nasik lemaknya pun dah nampak sedap, belum makan lagi tu
ReplyDeleteterkesan dengan gaji minimum tu kot banyak kedai kurangkan pekerja lepas tu
ReplyDeleteSambalnya nampak sedap
ReplyDelete