Review The Majestic - Imperial Tower Ipoh, Perak

Assalamualaikum semua. Harini mama nak buat Review The Majestic - Imperial Tower Ipoh, Perak yang mama duduk masa baru habis kuarantin Covid. Mama pernah cerita yang post blog mama banyak tertangguh sejak mama dijangkiti Covid19 buat pertama kali dalam bulan April 2022. Selepas tu mama dijangkiti sekali lagi dalam bulan November 2022 pula. Dengan simptom long covid, lagilah banyak entry tertangguh dan mood kelaut. Masa tu on the way balik dari hantar anak mama ke Kedah. Alhamdulillah tak kacau timing sebab dah book awal. Post ni tertinggal dari gengnya..

Ini kejadian sewaktu dengannya


Review The Majestic - Imperial Tower Ipoh, Perak

Ini adalah pertama kali mama book di Majestic Tower. Tempat ni terletak di tengah bandar Ipoh. Setelah itu mama pernah juga menetap sini sekali dua lagi. Suasana Ipoh ini macam tinggal di Kajang juga, bandar tapi masih terasa kampungnya. 


Airbnb kali ni berkonsepkan laut dan sailor gitu. Cantik hiasan rumahnya mama suka

View luar bandaraya Ipoh

Ni view dari balcony depan rumah. Cantik kan. Bila malam banyak lampu2. Mama punya unit terletak di hujung so kalau keluar rumah mmg inilah pandangannya

Kawasan bilik dan dapur yang sederhana

Tengoklah konsep rumah ni. Seronok tengok. Mama memang suka laut

Memang seronok duduk unit ni. Memang bersih dan harga berpatutan. Guard sini peramah cuma parking agak tricky sikit. Jalan nak ke atas tu agak sempit dan laluan agak pelik. Nak ke lif agak jauh juga tak berapa sesuai kalau bawa org tua yg tak larat berjalan. Tapi unit sini memang best. Cuma mama tak tau kenapa rating unit2 kat sini rendah kat Airbnb. Mama duduk di Win's place dengan harga RM 160.95 satu malam.

Maklumat The Majestic - Imperial Tower Ipoh, Perak

Alamat The Majestic - Imperial Tower

Alamat: Plaza Kinta, 11, Jalan Dato Tahwill Azhar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Cantik deko rumah ni, pandai tuan rumah mendeko.

    ReplyDelete
  2. Pergi jalan ke mana di Ipoh tu?

    ReplyDelete
  3. Suka pergi Ipoh sebab ada banyak cafe hipster boleh try, lagipun banyak pokok dalam bandar..nice view. Btw deco dalam rumah memang cantik, tenang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama tak penah pegi lagi cafe hipster.. ehh jap rasanya baru satu dua kot. rekemen la sket mana yg best

      Delete
  4. tampak kemas dan selesa... dgn harga mcm tu mmg berbaloi sgt

    ReplyDelete
  5. cantiks...kemas & teratur je ..

    ReplyDelete
  6. Selesa tengok. Macam duduk rumah. Seronok mengadap laut.

    ReplyDelete
  7. ok je pada aku tu.. kenapa rating rendah?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post