Cuti birthday Agong hari Isnin lepas mama telah pergi ke Aeon Shah Alam untuk beli barang keperluan anak mama. Pusing sana pusing sini ternampak ada restoran Chicago Chicken City pula. Agaknya kedai baru sebab mama tak pernah nampak sebelum ni. Belek punya belek kami memutuskan untuk Try Ayam Chicago Chicken City ni. Kalau korang bina rumah di Kajang pun banyak makanan best-best kat sana.
Try Ayam Chicago Chicken City
Cantik kan deco kedai ni.
Ni la order kami untuk 3 orang. Ayam tu nampak sedap kan. Sebenarnya masa mama masuk ke restoran ni mama dah jeling ayam orang atas meja. Sebab nampak sedap maka mama buat decision nak cuba.
Add order cheesy wedges dan chicagozilla. Besar berger tu tengok la punya tinggi.
Ada 2 chicken patty dalam tu memang la beso. Siapa makan confirm comot sebab tak muat mulut hihi.
Sedap juga burger tu. Ada bauan cheese yang sedap. Ayam goreng dia pun sedap, crunchy di luar dan juicy di dalam. Rasa dia pun fresh. Coleslaw dia sedap dan mashed potato pun ok. Tapi tekak mama rasa mashed potato dia macam agak tawar. Tak tau la tekak orang lain. Chicago burger ni style texas chicken juga air free refill.. Harga pun ok.
Harga keseluruhan.
Penuh perut. Alhamdulillah. Mama sebenarnya dah masak nasi impit kuah kacang dan rendang ayam di rumah. Mujur sempat brunch masakan mama. Lepas makan ni terus kami tak dinner.. Kekenyangan.
original post 8 june 2023
baru ni..tak pernah nampak..okey boleh masuk dlm list utk try...part refill air tu yang best..
ReplyDeletewah...makan sedap. Untung juga dapat layan makan di kedai yang masih baharu...mesti kerusi dan meja masih berbau kedai lagi
ReplyDeletetengok bungkusan burger tu dah mcm texas pulak😁
ReplyDeleteNampak sedap mama ayam goreng tu. Menyelerakan. ;)
ReplyDeleteOutlet baru, x pernah dgr..ayam goreng nmpk yummy!
ReplyDeletewahh ada chicago chicken eh mama, boleh saing dengan texas ni hehe :)
ReplyDeleteapasal menggoda sgt ayamnya tu akak oi
ReplyDeleteBesar besar chicken patty tu. Kalau saya makan kena cubit-cubit sikit hihihiii.
ReplyDeletekalau harus memilih, ya pasti memilih yang besar ayamnya
DeleteHari tu cuba ngan Dania...tp ayam goreng tu dry sgt...
ReplyDeletekentucky memang laris manis di dunia
ReplyDeleteSaya lebih tertarik dengan cheezy wedges nya mama 😍😍😍. Kalo ayam goreng, saya memang biasa aja. Bisa makan, tapi lebih suka ayam bakar daripada goreng 😄.
ReplyDeleteCuma kalo cheezy wedges , beuugh itu suka sangaaaat .
Gerai ayam ini saya kayaknya ada liat juga di jonker Melaka. Cabang yg sama kayaknya.. tapi saya tak coba saat itu Krn nak merasakan masakan lokal melaka
aku tak pernah try lagi yang ni.. macam ok je nak cuba tu
ReplyDelete