Misi Rescue Anak 2.0

Assalamualaikum semua, apakhabar. Mama ok aje. Nak cerita satu perkara kat sini untuk rekod mama. Last week Rabu malam mama tetiba menerima panggilan dari anak bujang mama pukul 8 malam. Tengok pada timing dia call mmg hati mama dup dap .. Rupanya betul sangkaan mama.. Anak mama diserang sakit mata..

Baca


View everytime ke sana

Sebenarnya semenjak seminggu lepas memang dah ramai yang terkena sakit mata di hostel dia. Lebih 30 orang dengarnya. Mama sentiasa berdoa agar anak mama tak terkena dan selalu pesan dia untuk elakkan dari bersentuh dengan kengkawan. Sebab beberapa dorm mate dia dah kena dah. Apakan daya dah tertulis anak mama pun terkena juga. Mama dengan ayah redha dan esoknya kami ambil EL dan terus ke Kedah. Kami balik hari ke Shah Alam. Letih juga sampai sini kul 1 pagi.


Kena Rujuk Pakar Mata

Terkejut mama bila dibawa ke klinik dan doktor bagitau ada pendarahan dalam mata dia. Dia terus buat referal letter untuk ke hospital. Mama terus ke Hospital Shah Alam dan terus dirujuk ke Klinik Pakar. Sekarang dah 4 hari anak mama menggunakan 2 jenis ubat titis mata. Mata yang ada pendarahan tu masih merah tapi dia kata ada rasa berkurangan sikit.. Insya Allah Jumaat ni kami folo up pakar dan mama doakan semoga dia dah sembuh waktu tu. Boleh balik ke sekolah dan ambil exam nex week.

Referal letter anak mama



Sibuk dia nak melawat nenek di hospital tapi mama tak bagi. Karang satu wad pula jangkit.. Bahaya sebab skrg ni memang musim sakit mata. Doktor sendiri pun cakap macam tu.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. semoga cepat cepat sembuh, aamiin. Selain sakit mata musim influenza pula kembali laa ni kan. jaga kesihatan kita semua mama.. :)

    ReplyDelete
  2. Aduhai...semoga cepat sembuh ye...memang musim..anak- anak buah SA pun terkena..anak tiri pun sama

    ReplyDelete
  3. allah akbar... apa2 pun syafakallah... semoga kembali sembuh sperti sedia kala

    ReplyDelete
  4. Semoga anak cepat sembuh. Betul, better dia duduk di rumah je takut berjangkit dengan orang lain di hospital.

    ReplyDelete
  5. Sampai ada pendarahan tu. Semoa cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Ye, byk kes conjunctivitis di asrama sekarang ni. Sekolah anak PH, demam influenza :(
    Mudah-mudahan cepat sembuh ye Syafii 🤲

    ReplyDelete
  7. Semoga anaknya segera sembuh seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  8. cantiknya vies tu kak, cuma kalau waktu malam seram. GWS buat anak bujang akak tu... teruk jugak ye kak sampai kene rujuk pakar

    ReplyDelete
  9. moga cepat sembuh anak mama. skrg ni musim segala batuk,influenze & penyakit kan mama pp

    ReplyDelete
  10. Moga lekas sembuh, betul sekarang musim sakit mata.

    ReplyDelete
  11. Syafakallah nak.. memang musim sekarang nie kan..

    ReplyDelete
  12. Semoga diberi kesembuhan dna kesihatan yang baik buat anak kak adda.. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. Aduh, sakit tu.... Moga terus baik baik Dan tak terjangkit lagi ye... Teringat zaman sekolah saya dedulu, ramai terkena sakit mata ni... Parents terpaksa amek anak anak kat hostel...Sakit mmg sakit tapi gembira dapat balik rumah 😅 Saya lah tu.. Sekali je seumur hidup kena..dah takda lagi kena sampai dewasa ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post