So Many Thing Happened in 2 Weeks

Assalamualaikum semua, apa khabar korang. Rindu lah nak blogwalking etc. Harini baru mama OK sket. Terima kasih pada kengkawan yang masih singgah blog mama walaupun mama tak berapa aktif sbeberapa minggu ni. Mama memang sangat sibuk dgn kerja di office sejak 2 bulan lepas. Dalam kesibukan tu tetiba sekolah anak mama minta parents ambil anak dari hostel utk 5 hari sebab sekolah nak digunakan untuk event.


So, mama decide untuk stay Penang selama 4 hari dan Kedah selama 2 hari. Mama bgtau husband mungkin ada hikmahnya. Allah bagi rehat-rehat2 chil2 kat Penang tu sebab seminggu sebelum tu mama sampai demam-demam. Kat sana mama tak pergi jenjalan pun. Stay di homestay dan masak2 untuk keluarga.. Mujur timing tak kacau dengan schedule mama di office. Kebetulan baru habis internal audit. Balik dari urusan anak mama, mama kena pulun untuk setelkan report audit sebab hanya ada masa 2 hari bekerja untuk mama setelkan sebelum audit luar pula. Pada masa yang sama mama pula ada appointment di PPUM (ada masalah kesihatan sket, kalau ada mood nanti mama cerita). 



Pada masa yang sama pula MIL mama tiba-tiba muntah2 dan sakit perut. Bila dibawa ke hospital didapati usus dia tersumbat dan terpaksa dilakukan pembedahan secepat mungkin dan mama jaga dia di wad beberapa kali juga. Kesian dia selepas operation masih dalam kesakitan. Alhamdulillah sekarang dah semakin pulih dan dah boleh makan solid food. Semalam pula baru habis audit luar. Percaya atau tak, semua ni berlalu dalam masa tak sampai 2 minggu. Dan minggu lepas la kemuncaknya huhu.. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya.


Mama akan continue sibuk sampai habis bulan 8 ni. Doakan kelancaran semua kerja-kerja mama dan doakan MIL mama agar cepat sihat ye. Bila mood menulis datang nanti mama buat post byk2. Semasa bercuti aritu sempat juga mama masukkan gambar2 dalam draft blog. Baru perasan banyaknya post yang tertunggak. Banyak perkara tak cerita lagi. Mama doakan semoga semua urusan korang pun berjalan lancar juga. Amin2.. OK baye nak sambung buat kerja..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. semoga segala urusan dipermudahkan aminnn

    ReplyDelete
  2. semoga semua nya dipermudahkan & berjalan dgn lancar..take care

    ReplyDelete
  3. Semoga dimydahkan semua urusan ya Adda dan semoga mil ada cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan mama dan semoga MIL cepat sembuh jugak.

    ReplyDelete
  5. Adda semoga dipermudahkan urusan. Bacapun rasa betapa masa Adda sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti.
    Semoga kesihatan dalam keadaan baik. Amin.

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya baik2 sahaja untuk mama dgn family

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa sihat selalu..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah permudahkan urusan. Amin.

    ReplyDelete
  10. Allahu...semoga semua yang baik2 aje buat Adda ye...

    ReplyDelete
  11. Moga dipermudahkan urusan Mama dan MIL kembali sihat

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermuda semua urusan kak adda dan semoga diberikan kesihatan yang baik buat MIL kak adda.. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. Saya yang baca ni pun terasa kesibukan Mama...Lelagi bila audit sana sini..Banyak yang perlu disemak Dan diperbetulkan...Penting persiapan yang cukup, kan... Moga terus dipermudahkan urusan, sihat Dan kuat semangatnya ya... Takpe, urusan blog diketepikan dulu..Buat yang Wajib jer...Nanti sambung sini...Kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post