Tengah Kumpul Mood

Assalamualaikum semua.. Mama memang sangat sibuk sejak awal tahun lagi dan mujur jugalah mood blogging mama sentiasa membara ecewah haha.. Masalahnya mood itu sudah kelaut semula. Maka mama menunggu masa yang sesuai untuk memancingnya semula kiki.. puitis tak bahasa mama.. So, harap faham la kalau tetiba mama hiatus nanti ye.. tengah kumpul balik mood mama yang hilang ni..




Jangan terkejut tgk gambar ni. Semalam mama terjumpa masa godek2 galeri henpon. erus rasa nak up kat sini. Gambar di Muzium Polis beberapa bulan lepas. Boleh baca ni Percutian Bajet Kami Di Kuala Lumpur


Sebenarnya, sejak hari Jumaat lepas mama dilanda demam selama 4 hari on off.. Badan dah tak berapa muda. Sibuk ke sana sini dengan kerja dan family. Akhirnya dia mogok juga la. Mama juga diserang batuk teruk sehingga sekarang sampai dada pun terasa sakit dan nafas jadi semput. Agaknya byk kahak kot. Tapi batuk mama ni jenis kering aje. Tu yang buat mood kelaut kot. Apapun mama rasa ramai juga yang sedang tak sihat sekarang. Mama doakan semoga korang yangmembaca ni dikurniakan kesihatan yang terbaik ye. Amin... 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

23 Comments

Words of wisdom

  1. syafakillah...semoga diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala. aminnn

    ReplyDelete
  2. musim mungkin . saya diserang migrain semalam . ish satu kerja apa pon tak jadik .

    ReplyDelete
  3. Moga mama cepat sembuh.. Aamin....Cuya pon mood blogging tenggelam timbul gak..hehe

    ReplyDelete
  4. Seram jugak tengok patung bergayutan ni, cuba bayangkan pergi muzium ni malam2 hihi. Semoga mama cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  5. Get Well Soon Mama! Take care...Semoga kembali membara mood berblogging.. Gi healing duluuuu..hehe

    ReplyDelete
  6. salam singgah. mudahan beransur baik sudah. kami pun masa raya kurban demam tak bngun2. anak balik serama tak sempat masakkan ahad tu. huhuh.

    ReplyDelete
  7. Allahu.. semoga mama cepat sembuh, Amiiinnnn YRA.

    ReplyDelete
  8. Cepat baik ye Mama 🤲
    PH pun keluar entry simple2 je. Ikutkan byk yg nak dikongsi tapi malas nak menulis panjang, buat entry santai-santai je la supaya kekal mood nak menulis :)

    ReplyDelete
  9. gws kak, cuaca skrg tak menentu itu yang kdg badan kita pun panas sejuk

    ReplyDelete
  10. semoga mama lekas sembuh. berehat la mama kejap.

    ReplyDelete
  11. salam singgah lagi di sini, semoga sehat selalu...

    ReplyDelete
  12. Kak Sue pun baru baik demam, rasa semput nak bernafas nie Adda.. semoga Adda cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  13. aku pun.. ntah mana mood blog terbang ntah.. semoga cepat sembuh adda

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum mama. Saya singgah sini. Lamanya saya tak blogging. Alang2 dah nampak post mama kat feeds kita tinggalkan jejak kat mama sekali. Doakan family saya cepat sihat. Dari mak ke anak2 semua batuk selesema tak baik lagi ni

    ReplyDelete
  15. semoga cepat sembuh & semoga mood tu cepat terkumpul yer... caiyok caiyok!

    ReplyDelete
  16. Semoga cepat sembuhnya
    Jangan lupa makan ubat penat

    ReplyDelete
  17. ha'ah ramai yang dah start batuk sekarang, mungkin sebab peralihan cuaca dari panas ke sejuk lembap

    ReplyDelete
  18. Tengah musim la Adda, especially influenza

    ReplyDelete
  19. Tak pernah sampai Muzium nih, nampak sangat KL pun tak habis ronda!

    ReplyDelete
  20. Sha pun doakan semoga kak addadiberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post